What's up?

  • run

    HOME

Menunggu surat PIN dari Google AdSense tiba ke rumah.


Minggu lepas, aku dapat emel dari Google AdSense. Katanya diorang dah hantar surat Personal Identification Number (PIN) ke alamat rumah aku pada 22 September 2021. Apa maksudnya? Maksudnya, duit dalam akaun AdSense aku dah cecah 10 USD. Berdasarkan syarat dalam AdSense, sesiapa yang dah cecah 10 USD dalam akaunnya, akan dapat surat PIN untuk proses pengesahan alamat.


Dijangka akan tiba ke alamat rumah aku dalam masa 2 hingga 4 minggu dari tarikh surat tu dihantar. Aku ada baca pengalaman bloggers pasal surat PIN ni. Ada yang tak terima pun. Surat tu tak dihantar ke rumah. Kesnya surat ni takde tracking number. Bila takde, memang leceh lah nak tahu keberadaan surat tu kan? Dan ada bloggers yang sampai terpaksa cari sendiri kat pejabat pos.

Harapnya nasib aku tak macam tu lah. Risau jugak nak kena pergi cari kat pejabat pos kalau surat ni tak sampai. Memang boleh request surat baru kalau surat sebelum ni tak sampai. Tapi kalau perkara sama berulang? Leceh jugak kan? Doakan semoga surat PIN ni sampai dengan jayanya ke tangan aku.

20 comment (s):

  1. alhamdulillah. smoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  2. Akak belum cecah lagi 10USD. Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Saya pun lama menunggu baru dapat kumpul.

      Delete
  3. kenapala dorg x hntr emel erk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Google risau robot yang buat blog. Sebab tu dia nak hantar surat ke rumah. Nak tahu wujud ke tak tuan blog. πŸ˜…

      Delete
  4. Ya.. mmg leceh, tapi da itu syarat dari Google.. kita kena hadap sja la..ehehehe..btw, Tahniah, Bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harap sampai dengan jayanya lah surat ni.

      Delete
  5. Insyaallah.. Semoga dipermudahkan untuk surat tu sampai depan pintu awak

    ReplyDelete
  6. Ccl pun masih menunggu surat dari GA ni . Dah hampir sebulan belum berkunjung tiba .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut jugak kalau lama-lama menunggu surat yang tak kunjung tiba. Harap dapat lah nanti.

      Delete
  7. Tahniah!!!!!!! Saya baru lagi nak berjaya cecah 10USD. Target by next month kalau dikurniakan rezeki

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH! kena check peti surat selalu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kadang tak sedar surat dah ada. Sebab posmen hantar pun takde nak panggil-panggil dah.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.