What's up?

  • run

    HOME

Menu supper hari ni: Nescafé Gula Melaka dan kek pandan kulit harimau.


Malam ni terasa lapar. Tapi malas masuk dapur masak nasi. Ingat nak masak megi tapi rasanya baru je lepas makan megi. Tak elok makan selalu. Teringat pulak masa pergi kat 7e hari tu, aku ada beli seketul air tin Nescafé. Tak bukak lagi dari hari tu. Duk tergolek dalam fridge.

Air tin gula melaka ni rasa sebijik macam rasa inti gula melaka dalam onde-onde. Rasa pekat kopi dan gula melaka. Boleh bayangkan tak? Sedap tapi aku rasa macam ada yang kurang. Tak rasa kick kopi. Macam terlebih gula melaka pun ada.

Air dah ada. Makanan? Aku bukak kek pandan yang aku beli masa singgah kat MR. DIY. Kek pandan ni masih maintain kesedapannya. Bila makan, aku paling suka lapisan tengah antara warna kuning dan hijau pandan. Lapisan tu memang manis. Macam rasa madu.

Supper hari ni semua manis. Tak tahu lah boleh tidur awal ke tak malam ni. Orang kata jangan makan manis sebelum tidur, nanti terlebh aktif sampai tak boleh tidur. Harapnya tak jadi macam tu lah. 😄

8 comment (s):

  1. Ammi nampak gak tin ni haritu..tapi hesitate nak beli.
    Sudahnya beli yg biasa minum je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Baru tau macam mana rasa kopi ni. 😄

      Delete
  2. memang nama kek pandan tu kulit harimau ke hehe. tapi sesuai juga dgn rupa dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama English nya Sponge Cake with Tiger Skin. MR. DIY memang tak putus-putus jual. 👍

      Delete
  3. Ngam dah tu air gula melaka dan kek pandan. Memang regu famous dua dua ni sekarang. Air kalau terlebih rasa gula melaka hilang rasa kopi tak best jugak kan. Nak cuba jugaklah nanti air nescafe gula melaka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Rasa kopi tu mungkin dah kuat tapi rasa gula melaka lagi kuat. 😂

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.