What's up?

  • run

    HOME

Pengalaman guna pulse oximeter. Shopping kat Lazada je.


Akhirnya sampai jugak barang yang aku order. Lama dah berangan nak ada pulse oximeter ni. Tapi risau sebab ada yang tiruan. Nak beli yang mahal, tak mampu pulak. Jadi, mula lah pencarian dalam Lazada. Kenapa bukan Shopee? Sebenarnya tak semua barang yang Shopee jual. Aku berkenan dengan design pulse oximeter ni. Nampak cantik dan simple. Cari dalam Shopee, tak jumpa. Mungkin seller ni jual dalam Lazada je.

Link Lazada: Pulse oximeter

Apa lagi, lepas baca review, aku check out lah seketul. Ramai yang beli kata jenis ni elok je. Ye lah. Nak kata murah, tak jugak. Sebab harga pun RM31.90 seketul. Ada yang test guna pen, hasilnya bacaan oximeter tu tak bergerak. Maksudnya, memang betul benda ni hanya detect jari.

Full set. Aku beli warna hitam.

Test guna pen.

Dalam masa 10 hari, barang pun selamat sampai kat tangan aku. Memang excited nak guna. Walaupun tak nampak penting mana pun, tapi untuk sesetengah keadaan, benda ni sangat penting. Lagi-lagi bila nak elakkan happy hypoxia. Kita tak tahu bila kandungan oksigen dalam darah berkurang.


Aku beli brand Youwemed. Tak pernah dengar pun. Mungkin OEM. Aku berani beli pun sebab kedai ni LazGlobal. Lagi boleh percaya kalau nak dibandingkan dengan kedai lain yang bukan kategori ni.

Ada bekas untuk simpan oximeter.

Dua bateri AAA.

Bila dah test, memang menjadi. Elok je benda ni dapat baca paras oksigen aku. Ada banyak function lain. Tak habis explore lagi. Paling best, dapat free bekas untuk simpan oximeter ni. Siap ada lanyard lagi. Selain tu, kena beli siap-siap dua bateri AAA sebab seller memang tak sediakan pun bateri. Walaupun mungkin tak selalu guna, semoga oximeter ni tahan untuk jangka masa panjang.

18 comment (s):

  1. Untunglah ada bekas.. Yg ammi beli takde bekas. Jadi kotak dia masih simpan sampai skrg sbb takut letak rata kang betindih ke apa rosak pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Bila ada bekas ni, memang selamat sikit. Sebab guna pun jarang. Kalau dibiarkan macam tu, entah hilang ke mana nanti. ๐Ÿ˜…

      Delete
  2. uishh siap ada bekas eh...
    tu la kita beli pun hat yg murah je la :p
    member2 beli under KPJ memamng mahal la ye tp memanjang abs stok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak beli yang mahal tak mampu lagi. ๐Ÿ˜‚

      Delete
  3. Siap dapat bekas simpan oximeter lagi kan . Tak ada la nanti tercicir di merata tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Ni pun siap diberi lanyard. Boleh gantung kalau tak nak bagi hilang.

      Delete
  4. agak mahal tp berbaloi juga sbb dapat bekas sekali. dgn norma baru sekarang, mungkin oximeter pun boleh buat casing lawa rupa casing airpod lepas ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu. Mungkin akan datang kalau benda ni dapat permintaan tinggi, akan ada company yang buat custom casing.

      Delete
  5. oxymeter dah jadi keperluan dan setiap rumah kena ada 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kena ada jugak walaupun jarang guna. Persediaan bila berlaku apa-apa nanti.

      Delete
  6. bagus ni ada free box utk simpan... benda2 ni mmg keperluan dh skrg ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Senang nak cek paras oksigen. Risau dek pandemik ni.

      Delete
  7. menarik..yang SA punya biasa - biasa je...kena cari yang lain jugak la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang biasa-biasa pun takpe kak. Asalkan berfungsi dan bukan fake product.

      Delete
  8. Bestnya beli dapat free beg sekali . Saya beli dekat hospital. Sebab tak pandai nak search sangat dekat shopee and lazada lepastu nak check sahih lagi semua. So beli dekat hospital sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak mampu lagi nak beli yang hospital atau farmasi punya. Sebab tu cari kat kedai online. ๐Ÿ˜…

      Delete
  9. antara benda wajib yg mesti ada sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Senang nak tahu paras oksigen dalam darah.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.