What's up?

  • run

    HOME

Negeri-negeri yang pernah dijejaki dalam Malaysia.


Selama aku hidup kat Malaysia ni, ada 3 negeri yang aku tak pernah jejakkan kaki: Perlis, Sabah dan Sarawak. Penang aku sempat jejakkan kaki je kes terlajak bas.

Masa belajar kat Kedah dulu, aku tak tahu macam mana boleh terlajak sampai masuk Penang. Lepas cuti sem habis, aku balik semula ke kampus sorang-sorang. Biasanya ada member aku yang join sekali naik bas. Mungkin sebab terlalu lena dibuai mimpi, sampai aku tak perasan pun bas dah sampai kat perhentian bas kampus aku.

Nak dekat subuh, baru aku tersedar yang aku dah terlajak sampai Butterworth, hentian terakhir bas tu. Silap aku jugak tidur pakai earphone. Pasang lagu kuat-kuat. Mungkin driver dah inform tapi aku tak dengar. Last-last terlajak sampai Butterworth. Jadi, dari situ lah aku sampai ke Penang. Orang lain sampai Penang sebab jalan-jalan atau bercuti. Tapi aku sebab terlajak tidur. Adoi.

Setiap negeri yang aku jejak, memang ada keistimewaan tersendiri yang tak sama bila nak dibandingkan antara satu sama lain.
  • Terengganu - Pantai, pulau dan air terjun yang cantik. Banyak makanan tradisional yang best. Tempat terciptanya keropok lekor.
  • Kelantan - Makanan murah. Nasi berlauk yang ada ikan atau ayam besar, boleh dapat RM3 sebungkus.
  • Kuala Lumpur - Banyak bangunan pencakar langit yang mengagumkan. First time datang masa sekolah buat lawatan. Terasa jakun bila tengok Menara KL.
  • Kedah - Char kuetiau terbaik. Tak pernah lagi setakat ni aku jumpa char kuetiau sesedap kat kampus aku.
  • Penang - Singgah Butterworth sebab terlajak bas.
  • Perak - Tak banyak tempat yang aku pergi. Dulu pun pergi masa EduCamp kat UTP (Universti Teknologi Petronas). Pernah sampai kat Stesen Keretapi Ipoh. Lawa. Suka tengok warna putih bangunan tu.
  • Pahang - Aku suka Puding DiRaja. Walaupun sekali je aku pernah makan, tapi sampai sekarang aku masih ingat lagi kesedapannya. Kalau ada peluang lagi nak ke sana, makanan pertama yang aku akan cari adalah Puding DiRaja. Selain tu, ikan patin masak tempoyak pun best jugak. Pernah makan kuah yang cair tapi rasa tu tetap kick.
  • Putrajaya - Tenang je bila masuk sini. Tak sesak macam tempat lain. Bangunan dan perumahan pun tersusun elok.
  • Negeri Sembilan - Singgah kat pantai Port Dickson. Culture shock sebab tengok siap ada orang pasang khemah kat pantai. Terasa semangat patriotik bila lalu depan Maktab Tentera DiRaja.
  • Melaka - Teruja bila masuk dalam Mydin Mall terbesar kat Melaka. Waktu tu baru lagi bukak. Memang terasa sangat eksklusif.
  • Johor - Kali pertama aku makan mi bandung Muar. Makan kali pertama memang nikmat yang amat. Lecturer aku yang belanja. Tapi bila makan kali kedua kat tempat lain, terjumpa rambut dalam mi. Lepas tu, sampai sekarang trauma nak makan.
  • Selangor - Aku makan mi celup kat sini. Memang best. Ada satu restoran burger kat Sijangkang. Burger Warisan tak silap. Terasa hispter plus tradisional bila masuk sini. Burger diorang jual pun best.

Bot kat Pulau Kekabu, Marang, Terengganu.

AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan.

Stesen Keretapi Ipoh.

Puding DiRaja masa makan kat Pekan, Pahang.

Mi celup kat Klang, Selangor.

Aku bukan kaki travel. Tak banyak tempat menarik yang sempat aku singgah. Selalu tengok pengalaman orang lain je. Waktu kat kampus dulu pun memang banyak spent masa dalam kampus. Pagi pergi kelas, petang joging, malam study atau layan game. Kalau weekend pulak, mungkin sebulan sekali pusing-pusing bandar dengan kawan-kawan. Korang macam mana pulak? Dah habis pusing satu Malaysia ke belum?

12 comment (s):

  1. Belum habis pusing lagi. Duk Kelantan pun tak habis pusing lagi dalam Kelantan. KB Mall pun tak pernah masuk, pasar Siti Khadijah pun tak pernah masuk lagi. Adehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu pergi KB Mall pun penuh orang. Pasar tu belum jejak lagi. Ada masa, boleh ke sana pulak.

      Delete
  2. Saya pun tak habis pusing Malaysia lagi. Sabah Sarawak belum jejak lagi. Setiap negeri ada tarikannya. Saya jarang sekali nak ke pantai timur,utara tu ada lah jugak. Ronda ronda dari tengah ke selatan je lah. Pusing pusing situ je :)

    Dulu study kat Penang naik keretapi antara bandar atau bas sampai awal pagi. terpaksa tunggu bas harian pagi tu nak balik hostel. kenangan betul zaman study kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai timur paling best banyak pantai cantik. Pemandangan yang menyenangkan kata orang. Jauh dari hiruk-pikuk bandar.

      Betul. Pengalaman masa study memang best. First time bawak diri jauh dari famili.

      Delete
  3. Saya tak habis pusing lagiiii, negeri Sabah, Negeri Sembilan. Yang lain pun tak habis jelajah setiap tempat punn, ada singgah gitu gitu aje huhuhu. Teringin jugak nak jelajah 1Malaysia, tapi itulah musim sekarang macam ni kann, susah lah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang tak sempat pun nak travel serata tempat. Dulu plan dengan member pun sampai sudah tak pergi.

      Sekarang masing-masing bawak haluan sendiri.

      Delete
  4. Perghhh, saya banyak lagi tempat tak pusing, rasanya saya pergi Selangor, Perak, Terengganu dan Sarawak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak pergi Sabah dan Sarawak. Nak tahu suasana macam mana kat sana. Tapi sekarang macam takde peluang dah.

      Delete
  5. alhamdulillah, semua negeri di malaysia pernah dijejaki. yang last sekali sarawak, tahun 2012 klu tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah semua dah pergi. Boleh kenal tempat orang dan budaya setiap negeri.

      Delete
  6. kalau dah jejak kaki ke Perlis , rojer-rojer la CCL

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Teringin jugak nak ke negeri Padang Besar tu.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.