What's up?

  • run

    HOME

Senarai pemain badminton Malaysia dalam Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

 Update: China juara Piala Sudirman 2021 (3 Oktober 2021)


Sedikit info pasal Piala Sudirman. Piala Sudirman merupakan pertandingan badminton yang diadakan setiap dua tahun di seluruh dunia. Menariknya, Piala Sudirman tak beri ganjaran berupa wang tunai kepada pemenang. Pemain sertai pertandingan ni atas nama untuk harumkan nama negara masing-masing dan untuk dapatkan point dalam ranking Badminton World Federation (BWF).

Mungkin ramai yang keliru dengan nama piala ni. 'Sudirman' bukan lah diambil dari penyanyi tersohor Malaysia iaitu Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad. Tapi nama 'Sudirman' ni datangnya daripada bekas pemain badminton Indonesia iaitu Dick Sudirman.

Siapa Dick Sudirman?


Beliau merupakan bekas pemain badminton tersohor kat Indonesia suatu ketika dulu. Boleh katakan beliau merupakan orang kuat dunia badminton, bukan je kat Indonesia tapi dikenali jugak di seluruh dunia badminton. Sudirman ni memang legend kat sana sampai tercetusnya Piala Sudirman ni.

Anak-anak Sidek yang legend.

Kalau kat Malaysia, anak-anak Sidek yang jadi antara pemangkin sukan badminton, yang sampai sekarang masih jadi sukan yang naikkan nama Malaysia di mata dunia. Suatu hari nanti, tak mustahil akan ada Piala Sidek untuk menghargai semangat dan kesungguhan diorang dalam memartabatkan sukan badminton ni.

Senarai pemain badminton Piala Sudirman 2021


Kategori Pemain
Perseorangan lelaki
  • Lee Zii Jia (23 tahun) Kapten
  • Ng Tze Yong (21 tahun)
  • Aidil Sholeh Ali Sadikin (21 tahun)
Perseorangan wanita
  • S Kisona (22 tahun)
  • Eoon Qi Xuan (20 tahun)
  • K Letshanaa (18 tahun)
Beregu lelaki
  • Aaron Chia (24 tahun) - Soh Wooi Yik (23 tahun)
  • Man Wei Chong (22 tahun) - Tee Kai Wun (21 tahun)
Beregu wanita
  • Pearly Tan (21 tahun) - M Thinaah (23 tahun)
  • Yap Ling (21 tahun) - Teoh Mei Xing (24 tahun)
Beregu campuran
  • Hoo Pang Ron (23 tahun) - Cheah Yee See (25 tahun)
  • Chen Tang Jie (23 tahun) - Peck Yen Wei (25 tahun)

Piala Sudirman 2021 bermula pada 26 September 2021 hingga 3 Oktober 2021. Untuk musim ni, Malaysia hantar 18 pemain yang terdiri daripada 5 jenis kategori. Kebanyakan diorang ni merupakan pemain-pemain muda yang jarang kita tengok dalam pertandingan-pertandingan besar. Macam biasa, kalau nak tengok live, boleh tengok dalam Astro atau YouTube channel BWF TV.


Setakat ni, China yang jadi negara paling banyak menang dalam Piala Sudirman iaitu sebanyak 11 kemenangan dari 16 perlawanan. Melampau kan? Hahaha. Takde lah. Dah diorang hebat, apa boleh buat? Malaysia tak pernah menang. Pencapaian terbaik pada tahun 2009. Waktu tu team Malaysia berjaya masuk ke separuh akhir.


Malaysia tak menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam Piala Sudirman ni. Target pun nampak lebih realistik iaitu untuk berjaya masuk ke suku akhir. Wong Choong Hann yang merangkap jurulatih badminton Malaysia sendiri beritahu yang harapannya untuk skuad Piala Sudirman kali ni fokus untuk ke suku akhir dulu. Lepas berjaya, baru plan selanjutnya akan dimulakan.

Semoga ada sinar yang terang-benderang buat Malaysia dalam Piala Sudirman kali ni. Walaupun kebanyakan pemain dalam pertandingan ni masih baru dan tak berpengalaman besar, harapnya diorang mampu capai target yang dirancang. Malaysia boleh!

Update 1 (1 Oktober 2021, 5.30 PM)


Malaysia berjaya capai target untuk masuk ke peringkat suku akhir. Tahniah. Lepas ni, harapnya Wong Choong Hann buat plan yang betul-betul terbaik dalam pemilihan pemain untuk menentang team Indonesia. Bukan senang tu.

Update 2 (2 Oktober 2021, 2.50 AM)


Tahniah team Malaysia! Sejarah tercipta. Malaysia berjaya jejakkan kaki ke separuh akhir buat kali pertama. Pertarungan sengit selama 6 jam dari pukul 9 malam yang cukup mendebarkan. Semoga bersiap sedia untuk berjumpa Jepun di separuh akhir nanti.

Update 3 (3 Oktober 2021, 1.15 AM)



Terima kasih team Malaysia atas kesungguhan dan semangat jitu yang ditunjukkan dalam separuh akhir Piala Sudirman 2021. Pertarungan yang cukup sengit. Walaupun tak berjaya ke final, semoga perlawanan kali ni menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain BBNU untuk bertarung ke peringkat yang lebih tinggi.

Update 4 (3 Oktober 2021, 11.30 PM)


Tahniah buat negara Tembok Besar, China yang berjaya mengekalkan kemenangan. China berjaya ke final menentang Jepun, seterusnya jadi juara dengan mata 3 - 1. 

6 comment (s):

  1. selamat berjaya dan mengharumkan nama malaysia kepada semua pemain negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mereka dah buat yang terbaik. Semoga terus sukses pada masa akan datang.

      Delete
  2. Semoga ada sinar dan semangat baru untuk pemain badminton Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Antara sukan yang menyatukan rakyat Malaysia.

      Delete
  3. dapat gangsa pun dah kira hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Bukan senang nak main kat international.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.