What's up?

  • run

    HOME

Makanan viral daripada gula melaka yang mesti dicuba!


Sebelum ni aku ada info pasal makanan viral yang berasaskan pandan dan onde-onde. Memang banyak betul company yang berlumba-lumba hasilkan menu baru tu. Kali ni aku nak share makanan (viral) yang berasaskan gula melaka.




Produk ni dah lama ada. Dari tahun 2020 lagi. Ada 3 perisa iaitu krimer manis, pandan dan gula melaka. Aku dah try. Memang sedap kalau picit atas roti kosong. Tapi benda ni memang manis macam susu pekat Teapot yang normal tu.




Yang ni memang nampak best. Serius. Banyak yang bagi feedback positif. Ye lah. Jarang aisrkim tub Nestlé ni yang tak best. Aku baca review, ada yang kata best tapi rasa gula melaka tu mendominasi rasa kelapa.





Aku pernah beli jajan kacang dari company ni. Memang tak dapat dinafikan tahap kedesapannya tu walaupun harga kayangan. Banyak feedback positif dalam Shopee dan Lazada. Aku nak beli pun kena fikir banyak kali. Harga kayangan sangat.




Company apakah? First time aku dengar. Kintry ni produk buatan Malaysia. Ada kisah di sebalik kewujudan.


Granola versi ni tak sama macam yang Amazin' Graze. Yang ni pandan gula melaka. Boleh expect kan rasa tu macam mana?




Aku tak pernah tahu pun aiskrim ni wujud. Tesco ada jual kalau tengok kat page diorang. Tak pasti bila dijual. Based on blogger MiamorZafirah, aiskrim ni dah wujud dari tahun 2016 lagi. Katanya berbaloi beli sebab rasa kelapa dan gula melaka tu.




Ni bukan makanan tapi minuman. Antara produk baru keluaran Nescafé. Harga RM2.80 seketul kat 7e. Aku baca review, katanya sangat sedap. Tak terlalu manis macam rasa flavour original. Aku bukan peminat Nescafé tapi bila tengok macam ni, teringin nak cuba.


Bagus sebenarnya banyak company yang hasilkan menu mengikut cita rasa tempatan. Dapat ketengahkan makanan tradisi kita di persada dunia. Sekurang-kurangnya generasi baru yang tak biasa makan gula melaka, dapat cuba rasa dalam kepelbagaian menu zaman moden ni.

8 comment (s):

  1. Dalam banyak banyak makanan saya tertarik dengan nescafe gula melaka. Mungkin sebab saya suka coffee hehe

    ReplyDelete
  2. Pernah cuba teapot gula melaka memang sedap . Tp tak boleh letak terlalu banyak . Manis . Tertarik nak cuba nescafe gula melaka . Tpi belum jumpa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Terlalu manis. Kalau campur dalam air baru sesuai kot.

      Delete
  3. Banyak syarikat besar sekarang nak ikut perkembangan semasa dan mengetahui apa minat orang ramai..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba satuuu punn lagi, tapi menarikk dan tertarik untuk beli amazin' graze hehehe. Nampakkkk sedappp!

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.