Solitaire.org: Himpunan permainan kad klasik untuk masa depan.


Dalam entri sebelum ni aku ada info yang aku suka main game Solitaire. Dari zaman sekolah rendah lagi, bila balik kampung rumah pak cik aku, mesti akan tengok dia main game ni depan komputer besar gedabak.

Waktu tu aku ingatkan dia main game judi. Tapi tak pun. Game daun terup ni bukan judi walaupun selalu dikaitkan dengan judi macam filem God of Gamblers yang Chow Yun Fat berlakon. Ingat dulu-dulu, TV2 dan TV3 selalu tayang filem best-best dari Hong Kong.


Bila jenguk web Solitaire.org baru aku tahu yang game Solitaire ada banyak versi. Aku pun tak pernah tahu sebelum ni. Ada yang versi payah dan ada versi senang je nak main.

1. Klondike



Jarang sekali aku dengar perkataan Klondike. Lebih tepat, tak pernah dengar. Selalu dengar perkataan Solitaire je. Klondike ni apakah? Sebenarnya Klondike ni versi asal atau versi klasik Solitaire. Versi ni lah rupanya yang aku selalu main. Kena susun 4 set kad (dari Ace hingga King).

Nak main versi ni memang kena perah otak. Kena banyak berfikir ke depan. Kena rancang strategi. Kalau tak, memang sakit hati asyik sangkut je tengah jalan. Bila dah sangkut, memang confirm takkan menang.

2. Spider



Bukan kumpulan Spider yang nyanyi lagu Aladin tu tau. Ni Spider lain. Yang ni aku jarang main. Sebab bagi aku, sangat mencabar. Ada beberapa peraturan yang tak sama macam Klondike.
  1. Susun 10 kad face-down.
  2. Setiap 10 row tu, tambah 4 kad lagi.
  3. Tambah satu kad tambahan pada row 1 hingga 4.
  4. Buka kad paling atas untuk semua row tu.
  5. Sampai sini, step ni sama macam Klondike. Tapi kena susun kad dari King hingga Ace (Klondike: Ace hingga King).
  6. Bila takde kad yang boleh susun, kena ambil kad yang ada dalam deck dan wajib tambah satu pada setiap row.
  7. Bila dah lengkap set, keluarkan dan sambung lengkapkan kad-kad lain.

Kelebihan main Spider ni, mana-mana level kad boleh diletakkan kat row yang kosong. Tak macam Klondike, hanya King je yang boleh letak kat row kosong dulu.

Lagi satu, masa main, susunan kad tu boleh selang warna dan boleh disusun satu warna je. Tapi untuk keluarkan set yang complete, hanya set satu warna yang dibenarkan (sama ada hitam atau merah).

3. Freecell



Freecell ni pulak, semua kad akan face-up. Disusun 8 row dan setiap row ada 6 kad kecuali row 1 hingga 4 yang akan ada 7 kad. Kad ni disusun dengan selang warna sama macam Klondike.

Kenapa dipanggil Freecell? Sebab ada 4 column kosong kat tepi. Column ni digunakan bila kita nak alih kad dari petak utama buat sementara. Tapi untuk keluarkan kad ni dari column, kena susun ke dalam petak utama ikut selang warna dan susunan level (dari King hingga Ace).

Bagi aku, Freecell ni mudah sikit dari Klondike sebab kita boleh nampak kad dan boleh plan kad mana yang nak gerakkan dulu.

4. Pyramid



Pyramid paling senang bagi aku. Tapi kena perah otak dengan Matematik. Game ni simple. Susun kad macam bentuk piramid dan buang kad yang total nombor 13. Hanya maksimum 2 kombinasi kad dibenarkan kecuali King sebab King bernombor 13. Kiranya kalau jumpa kad King, boleh buang terus.

5. Tripeaks



Versi ni tak perlu Matematik sangat macam Pyramid. Kena susun kad dalam satu deck ikut susunan beza nombor tu sebanyak satu. Tak kisah kad baru yang face-up tu lagi besar atau kecil. Asalkan beza nombor adalah satu. Kalau sangkut atau takde kad yang boleh diambil dari 3 susunan bentuk piramid tu, boleh ambil kad dari dalam deck.

Versi ni lebih rilaks dan aku rasa mana-mana orang yang tak tahu pasal Solitaire pun boleh main. Takde peraturan yang terlalu ketat.

6. Golf



Versi Golf lebih kurang macam Tripeaks. Kena discard kad yang beza nombor sebanyak satu. Omputih cakap, one higher or lower. Bezanya susunan kad tak perlu bentuk piramid. Susun kad dalam 7 row dan setiap row ada 5 kad face-up.

Sama macam Tripeaks, bila sangkut, kena ambil kad dari deck sampai lah jumpa kad yang beza satu nombor. Golf ada dua level:
  • Easy - Kad Ace dan King boleh saling bertindihan.
  • Hard - Kad Ace dan King tak boleh saling bertindihan.

Nama je hard. Tapi sebenarnya takde lah payah sangat pun. Sebab versi Golf ni memang senang dari versi-versi lain.

7. Mahjong



Aku ingatkan Mahjong yang orang Cina main tu. Tapi bukan. Versi Solitaire ni lagi simple. Kena pair dua blocks atau tiles. Alah. Pernah main tak game kad yang kena pair dua kad yang sama? Mesti pernah kan? Solitaire versi Mahjong ni macam tu lah.

Variasi map.

Paling best versi Mahjong ni, kita boleh pilih bentuk susunan (map) yang kita nak. Ada 4 pilihan bentuk iaitu Circus, Symbols, Wood dan Flowers.

8. Recommended: Klondike dan Spider


Klondike.

Spider.

Lepas main semua game ni, versi Klondike dan Spider paling mencabar. Silap langkah memang kalah. Kena start dari awal. Nasib baik main sorang je. Tapi itu lah. Kalau nak main santai je, boleh try main versi Pyramid, Tripeaks ataupun Golf. Game versi-versi ni lagi mudah nak faham.

Selain tu, game dalam web ni pun memang percuma dan takde iklan langsung. Bagi aku, tu salah satu kelebihan untuk orang yang jenis serabut bila jumpa iklan, lagi-lagi iklan yang jenis pop-up atau muncul tiba-tiba tu. Kacau konsentrasi betul.

Kalau tak pasti dengan peraturan game, dalam web tu ada diterangkan dengan jelas. Siap sekali dengan video tutorial lagi. Mulanya memang aku pun tak tahu jugak nak main kebanyakan game tu. Tapi bila baca penerangan dan tengok cara game tu dimainkan, baru lah aku faham.

Post a Comment

12 Comments

  1. Selalu main solitaire ngan freecell. Spide pon pernah main rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game nostalgia ni. Dalam komputer memang akan ada.

      Delete
  2. Pernah main solitaire yang klasik tu je lah. Sekarang dah variety dan advanced rupanya. Nampak sangat lama tak main game ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam-macam ada sekarang. Mungkin nak galakkan orang muda main game klasik ni.

      Delete
  3. Biasa mainnnn semuanyaa sebab memang dah sedia ada dalam latptop hehehe. Paling favorite, mahjong sebab senang hahaha.

    ReplyDelete
  4. hahahahha dulu2 selalu main solitaire ni sampai geram sebab asyik jammed tengah jalan..bapak ciksun pun suka betul main game ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Game ni memang kena fokus 200%. Kalau hilang fokus sikit, nyesal tak sudah. 😅

      Delete
  5. Selalu main solitaire haha. Lama dah tak main game ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau start main memang ketagih. Selagi tak menang, selagi tu duk main. 😅

      Delete
  6. Kikiki.. game paling ohsem masa zaman dedulu.. Saya pun suka main dan pernah juga terfikir, berjudi ke kau nie tapi sebab susun2 je tak libatkan duit.. tak berjudilahkan.. kikiki.. syok susun dia sampai habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang ligat otak berfikir. Silap steps, menyesal tak sudah. 🤣

      Delete