What's up?

  • run

    HOME

Sepetang di Pantai Pulau Kekabu, Marang. Dulu lain, sekarang lain.


Hari Ahad lepas aku ada pergi ke Bandar Marang, salah satu daerah di negeri Terengganu Darul Iman. Aku dah lama tak jejakkan kaki ke Marang ni, daerah tempat aku membesar dari kecil sampai lah aku masuk universiti dan bekerja. Banyak sangat kenangan manis dan pahit di sini. Aku ke sini pun sebab ada urusan penting. Aku gerak ke sana dalam pukul 9.30 pagi, naik bas. Sampai kat Marang pukul 2.30 petang. Aku beli siap-siap tiket kembali aka return ticket, pukul 9.30 malam. Urusan aku selesai kat Marang ni dalam pukul 4 petang. Jadi, aku melilau jugak lah kat sini sementara tunggu bas nak balik.

Tepi jambatan Pulau Kekabu.

Muara tepi pantai. Aku lepak kat sini hirup udara petang.

Lepas setel urusan, aku pergi ke Pulau Kekabu. Sebenarnya bukan macam naik bot pergi pulau tu, tapi tempat ni dipisahkan oleh sungai kecil. Jadi, bila nak ke tempat ni nampak macam pulau sebab kena lintas jambatan sepanjang lebih kurang 100 meter. Dulu, beberapa tahun lepas, kat sini memang tak ramai orang datang. Sebab agak tersorok plus semak samun banyak. Kat sini memang ada sebuah pantai yang bagi aku, sangat cantik. Pasir pantai putih bersinar, air yang jernih dan pantai yang landai.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku biasanya pergi ke Pantai Ru Rendang, yang jauh sikit dari pantai Pulau Kekabu ni. Pantai Ru Rendang ni banyak pok ru yang rendang dan teduh bila nak santai-santai. Sebab tu dipanggil Ru Rendang. Nak tahu pokok ru tu apa, boleh tengok kat blog Anim Agro Technology ni. Kat pantai ni banyak remis, iaitu sejenis lala kecil. Aku kalau datang sini, mesti akan cari remis atau cangkerang yang terbiar di persisiran pantai. Boleh buat koleksi.

Lupa nak bagitau. Sebelum aku singgah kat Pantai Pulau Kekabu, aku jalan kaki pergi ke kedai barangan haiwan peliharaan berdekatan. Sebelum datang Marang, aku godek-godek dulu info pasal kedai ni dalam FB. Niat aku nak beli ikan guppy kat sini. Tapi agak teruja bila sampai, aku tengok terlampau banyak jenis ikan kat sini. Bukan saja guppy biasa yang aku pernah beli, tapi ada jugak ikan neon tetra yang sangat lawa. Warna kulit fluorescent gitu. Harga kat sini pun sangat murah berbanding kat kedai kawasan kampung aku.

Sangat murah harganya.

Macam-macam guppy ada.

Berbalik kepada Pulau Kekabu, aku terkejut tengok perubahan keseluruhan kawasan ni. Siap ada tandas yang baru dan lawa (aku tak sempat snap gambar). Kawasan pantai yang sangat bersih. Ermm, sebenarnya tak bersih sangat sebab aku ada nampak ada plastik terbiar dan seketul lampin bayi yang ditinggalkan. Jahanam betul siapa yang buang sesuka hati tu. Mencemarkan alam sekitar!

Bakal jadi jajan feberet aku.

Amacam? Boleh kawal nafsu?

Kat sini pun ada banyak gerai makanan yang macam pasar malam tu. Air buah, keropok lekor, sosej, bebola, semua ni wajib dijual di semua pantai di Terengganu ni. Tapi ada sejenis makanan yang aku tak pernah nampak dan tak pernah makan. Penjual tu kata nama makanan ni perut sumbat daging. Ya, daging. Yang disumbat ke dalam perut lembu. Aku search maklumat pasal ni, memang namanya perut sumbat daging aka Sosej Kemboja. Aku tak makan daging sebab alergik tapi benda alah ni buatkan hati aku tak keruan. Nampak menggiurkan sangat. Aku pun beli sebijik sebab nak tahu best ke tak. Bila makan tu, memang best! Dari luar nampak bentuk sosej, tapi bila makan rasa macam sate! Memang best sangat dan sos pencicahnya pun ngam dengan perut sumbat daging ni.

Lepas ni payah dah nak jalan-jalan sini.

Lepas makan termasuk makan keropok dan minum air buah, aku pun siap-siap kemas barang dan jalan balik ke stesen bas. Ya, Marang pun ada stesen bas tau. Aku pun kali pertama jejakkan kaki ke stesen bas ni. Dulu ada bus stop je kalau nak naik bas ekspress atau bas ulang-alik tu. Sekarang ada stesen bas. Kalau hujan, tak perlu risau terkena percikan air hujan lagi. Sangat convenient. Untung lah penduduk Bandar Marang ni.

Milo mula gunakan penyedut minuman kertas? Ini yang aku tunggu selama ni.


Baru tadi aku tengok dalam buletin utama TV3, ada satu slot ni yang info pasal Milo. Benda yang selama ni aku nantikan akhirnya terjadi! Air kotak Milo lepas ni tak lagi sertakan penyedut minuman atau straw plastik tapi akan sertakan straw kertas. Yahoo!



Sepanjang aku kat Putrajaya, aku pernah nampak ada billboard yang paparkan Putrajaya akan jadi wilayah yang bebas straw plastik. Setakat aku pergi makan kat kedai, kebanyakan diorang dah tak sertakan straw langsung. Bagus kan? Tapi yang tak bagus, kedai makan tu takde aternatif nak gantikan straw plastik tu. Padahal aku tengok dalam Shopee dan Lazada banyak je orang jual straw kertas. Ke straw kertas lagi mahal?



Aku pernah makan kat satu tempat ni kat Presint 15, tahun lepas. Nama kedai tu Dayang Sarawak tak silap aku. Diorang memang takde bagi straw plastik, tapi diorang bagi straw kertas. Nampak? Antara kedai yang tahu keperluan dan kehendak pelanggan. Kita yang dah terbiasa minum air kat kedai pakai straw, memang terasa agak janggal bila takde straw.

Bagi aku, straw kertas ni ok je. Ada yang cakap straw kertas mudah lembik bila kena air. Ye ke? Aku minum ok je. Straw kertas tu pun bukannya berendam berjam-jam dalam air. Cuma akan jadi lembik kat bahagian atas bila kau asyik duk kemam straw tu macam takde kerja lain nak dibuat.

Straw kertas yang aku beli kat Hero. RM1.50 dapat 12 batang straw.

Jadi, berbalik kepada Milo ni, aku sangat lah sokong 100%. Kenapa? Sebab macam aku cakap tadi, agak janggal bila minum air (kotak) tak pakai straw. Kalau minum air kat rumah tu lain lah ceritanya. Tak pakai straw pun takde hal. Ni bila kat luar, macam kurang sopan bila tak pakai straw. Ni pendapat aku je.

Antara Milo dan produk Nestle lain yang akan gunakan straw kertas ni:

  • Milo UHT (200ml)
  • Milo Nutri Pluz UHT (200ml)
  • Milo UHT (125ml)
  • Nestle Just Milk Penuh Krim UHT (200ml)
  • Nestle Just Milk Perisa Strawberi UHT (200ml)
  • Nestle Omega Plus UHT (200ml)
  • Nestle Omega Plus Perisa Coklat Gelap UHT (200ml)

Aku memang tabik spring dengan Milo ni. Sangat-sangat bijak dan pandai dari segi pemasaran. Aku yakin, lepas ni mesti company lain akan ikut jejak langkah Milo dengan menggunakan straw kertas.

3 kedai berhantu akhirnya ada dalam Shopee! MR. DIY, ECO Shop dan Daiso!


Impak yang dirasai kesan daripada PKP, banyak kedai serbaneka fizikal buang pekerja. Dua minggu lepas, aku ada pergi ke kedai RM2 aka ECO Shop. Masuk je dalam kedai, aku perhati sekeliling. Tak banyak stok yang ada kat shelf, tak ramai staff tapi banyak longgokan kotak kat lantai yang aku kira mungkin stok baru sampai. Customer ramai tapi stok kurang. Rupa-rupanya, dengar dari mulut staff yang ada kat situ, dia bagitau ramai pekerja dah kena buang waktu PKP. Sekarang bila PKP dah tamat, tak ramai pekerja yang masuk semula. Ye lah, mungkin pekerja-pekerja yang dibuang tu dah dapat kerja baru. Bukan apa, expectation aku bila masuk kedai tu lain. Luar nampak besar tapi bila masuk dalam, stok tak banyak. Banyak shelf kosong tak diisi stok baru.



Aku rasa impak PKP ni yang membuatkan banyak kedai baru dalam Shopee muncul. Selama ni aku tahu MR. DIY je yang ada untuk kategori serbaneka dan hardware. Rupa-rupanya ada 2 kedai baru yang muncul: ECO Shop dan Daiso! Wah, makin menggila lah orang membeli nanti! Dah lah 3 kedai ni dinobatkan sebagai kedai berhantu. Masuk nak beli satu barang, keluar bawa 10 barang. Tak ke berhantu namanya?

Antara barang Daiso.

Antara barang ECO Shop.

Antara barang MR. DIY.

Aku sebagai customer tetap Shopee sangat teruja bila kedai-kedai ni ada. Sebab apa? Lepas ni dah tak payah nak keluar rumah pergi kedai fizikal. Kedai online kan ada. Senang dan praktikal. Boleh fikir masak-masak barang apa yang patut beli. Lagipun, Shopee banyak kali buat sale. Paling best dapat free shipping RM10. Bila beli barang at least RM10, shipping fee dah tak payah bayar. Jimat duit dan tenaga.

Kesemua ikan guppy aku dah mati. Aku tak pandai jaga ke?


Hari Khamis bersamaan 2 Julai 2020, aku beli ikan guppy kat kedai. Ada dua jenis ikan. Tapi aku tak ingat nama apa. Setiap jenis aku beli dua ekor. Jadi total empat ekor. Harga satu jenis tu RM4 seekor, lagi satu jenis RM6 seekor. Kesemuanya RM20 plus RM2 makanan ikan. Aku beli kononnya nak start bela ikan hiasan ni, memandangkan aku ada pasu kaca yang comel.

Makanan ikan yang staff bagi.

Tapi malangnya hari pertama tu dalam pukul 12 malam, seekor ikan guppy aku mati. Terapung-apung kat permukaan air. Sedih. Tak sampai sehari aku beli. Aku tak tahu sebab apa ikan tu mati. Sebab akar pokok dalam pasu kaca tu beracun? Sebab tak boleh adept dengan air mineral? Sebab pasu tu kecik sangat? Atau sebab makanan yang tak sesuai? Tapi seingat aku, staff yang jual tu recommended makanan tu. Jadi, takde masalah pasal makanan lah kan?

Sebelum pengkebumian.

Spesies ni pun sama dah takde harapan nak teruskan hidup.

Esoknya, seekor lagi mati. Jenis yang sama. Aku dah siap tukar air, buang pokok (beracun?) tu lagi. Dah bersih tapi mati jugak. Lusa, seekor lagi mati. Kali ni jenis yang lain. Jenis ekor kembang. Seriously aku tak tahu apa punca. Sebab bilik aku panas? Setahu aku air tu elok ja sejuk, tak panas pun. Last sekali, semalam, seekor lagi mati! Semua ikan aku mati! Sedih aku tak tahu nak buat apa. Dulu masa sekolah rendah, aku ada ja bela ikan guppy. Tapi takde mati sepantas ni. Kesian ikan-ikan tu, baru nak kenal dunia luar.

Aku gali lubang, lepas tu aku letak bangkai ikan-ikan ni.

Yang ni pun sama.

Aku siap pacak pokok kat situ sebagai tanda.

Aku tak sure lepas ni nak beli lagi ke tak ikan. Nanti beli, mati semua. Ke ikan-ikan guppy kat sini tak tahan lasak? Entah. Lebih baik aku letak pokok je dalam pasu tu.

Sebab line slow, aku port out dari Digi ke Celcom. Berbaloi ke?


Bulan lepas, kecoh kat media sosial persaingan sengit antara telco-telco kat Malaysia ni. Masing-masing berlumba-lumba nak buat unlimited internet, call dan sebagainya dengan harga yang berpatutan (?). Aku baca testimoni customer yang dah langgan pelan baru tu. Ada yang kata berbaloi, ada yang tak!

Aku pun tak terkecuali nak cuba pelan baru ni. Masa kat bandar, aku pakai dua nombor yakni dua telco. Satu Digi dan satu lagi Maxis (Hotlink). Kat sana 4 telco (Digi, Maxis, Celcom dan U Mobile) memang laju speed internet. Paling laju Digi. Paling kurang laju Celcom tapi tak slow. Bila waktu orang masuk kerja, memang laju tapi bila dah balik kerja, line jadi slow sikit. Mungkin sebab ramai yang pakai Celcom kat sana.

Starter pack Hotlink Red. Aku beli kat mall.

Promo Hotlink waktu PKP.

Free 20GB tu yang best!

Maxis yang aku pakai aku beli pek Hotlink Red. Tapi aku tukar pelan ke Hotlink Superrr sebab aku banyak tengok Youtube (10GB percuma setiap bulan). Lepas tu, kalau langgan internet 2GB, dapat free Youtube 4GB. Kuota Youtube akan double. Jadi, memang berbaloi beli. Lebih-lebih lagi waktu PKP dulu, Hotlink siap ada percuma 20GB internet kalau langgan pelan seminggu. Line internet memang padu! Harga sebulan aku beli RM35. Dapat internet 6GB dan Youtube 12GB sebulan plus 10GB yang diberi percuma setiap bulan.

Untuk Digi, aku sebenarnya dah tukar telco dari Celcom ke Digi. Sebab waktu tu, Celcom kurang buat promo. Pelan internet burung hantu pun dah lama menghilang. Terbang entah ke mana! Aku lama pakai Celcom sebab pelan ni je. Sangat berbaloi. Digi aku ambil pelan Digi LiVE. Sebab? Sebab kalau langgan RM35 dapat tak silap aku kuota internet 8GB dan 2GB free antara pukul 1 petang hingga 7 petang.

Sim kad baru yang Digi pos. Aku tukar telco secara online.

Antara promo Digi.

Promo ni aku selalu langgan. Laju dan berbaloi.

Aku tak langgan Digi dan Celcom dalam masa sama. Kalau bulan ni aku langgan pelan Digi, bulan depan aku langgan pelan Hotlink. Gilir-gilir. Sebab nak hidupkan nombor, dalam masa sama nak dapat benefit kedua-dua telco ni. Tapi bila balik kampung, line yang boleh jalan Maxis dan Celcom saja. Digi kelaut! Satu bar turun naik. Loading IG sangat lah lama.

Haram tak laju kat sini!

Aku plan nak cuba U Mobile. Aku pun dengan gigihnya pergi lah 7e beli starter pack U Mobile. RM10. Tapi bila guna, tak tahu nak cakap apa. Line memang slow. Laju sikit dari Digi. Sikit je tau! Membazir. Menyesal betul aku beli.

Promo Hotlink baru.

Memang berbaloi. Tapi mahal sikit.

Jadi takde cara lain. Aku terpaksa tukar pelan Hotlink Video kepada Hotlink Prepaid Unlimited. Aku langgan yang RM45 sebulan. Niat nak cuba dulu. Speed internet capped at 6mbps. Alhamdulillah setakat aku guna memang laju. Cuma tiap kali lepas hujan, line jadi slow. Waktu lain laju. Berdesup tu tak lah, tapi masih laju. Bila dah langgan bulan lepas, bulan ni aku kena langgan pelan dari Digi sebab nanti kalau tak langgan, mati nombor Digi tu. Tapi masalahnya Digi slow haram kat sini!

Bermula lah perjalanan aku nak tukar telco Digi ke Celcom. Nanti bila dah berjaya, aku plan nak langgan pelan unlimited RM35 tu. Speed capped at 3mbps plus unlimited call. Berbaloi kan? Sebab kat kampung ni aku jarang download. Just streaming Youtube je.

Depan Blue Cube.

Petang Jumaat aku pergi ke Blue Cube kat dalam mall. Ramai jugak yang berbaris kat luar entrance. Masa aku tengah beratur, ada sorang staff lelaki ni tanya aku nak buat apa. Aku jawab nak tukar telco dari Digi ke Celcom. Lepas tu dia mintak IC aku, dia inform kat staff perempuan suruh uruskan. Tak sampai 5 minit aku kat Blue Cube tu, semua setel. Dah dapat sim baru. Cuma kena balik tunggu pengesahan port out dari Digi.

Yang ni first request. Digi lambat process.

Lepas cancel yang first, aku buat request kedua.

Succeed pun! Ambil masa lama!

Kat sini problem. Mesej dari Celcom dah masuk, tapi Digi lambat. Bila mesej Digi sampai, aku reply Y untuk port out. Tapi ambil masa lama. Last-last aku call operator. Dia bagitau status aku dalam process. Tapi dia mintak aku call semula Celcom untuk request permohonan yang baru, sementara dia (Digi) reject request pertama. Aku pun call operator Celcom. Dia buat request yang baru dan kena tunggu mesej confirmation dari Digi.

Part ni pun satu hal. Nak dapat confirmation dari Digi sangat lama. Dulu aku tukar telco Celcom ke Digi cepat je. Bila dah terima sim baru, mesej ikut procedure, terus berjaya on the spot. Tapi kali ni nak port out Digi ke Celcom punya lah lama. Aku kira hampir 20 jam baru berjaya! Tapi biar lah, asalkan dapat tukar pun dah Alhamdulillah.



Setakat ni, aku belum langgan apa-apa lagi pelan dari Celcom. Kalau tengok dalam app Celcom Live ni, aku dapat 1GB basic internet, 10GB FB, IG, Games Walla, 1GB percuma sempena PENJANA, dan 300MB bonus internet. Berbaloi? Tunggu dan lihat.

Beli mentol lampu di MR. DIY? Apa beza daylight, cool white dan warm white?


Aku ada beli lampu meja online. Memang lawa. Sebelum beli tu aku memang akan baca review habis-habisan. Manalah tahu kot-kot kena scam. Alhamdulillah setakat review yang aku baca ok. Tapi ada beberapa buyer yang dapat lampu ada kesan kemik. Aku risau jugak masa nak order. Sebab seller ni je yang jual murah.

Mentol free gift.

Bila pasang kat lampu meja.

Kun faya kun. Dalam hati aku, aku rasa baik beli je. Dalam masa 4 hari, lampu meja ni pun sampai. Cepat kan? Nasib baik semua ok. Kesan calar pun tak jumpa. Ada free gift mentol lampu. Tapi yang tak best, mentol ni jenis warm white. Aku prefer yang daylight. Beza ke? Ya, memang berbeza. Boleh refer pada gambar kat bawah ni yang aku baca dari website Flash Components.


Warm white ni warna oren. Aku tak biasa buat kerja bawah cahaya warna oren ni. Masa kat universiti dulu pun buat kerja bawah cahaya warna daylight dan cool white. Walaupun terang, tapi tak sakit mata bila lama-lama buat kerja atau study.


Aku pun cari lah kat MR. DIY online. Harga boleh tahan. RM5.90 sebiji. Kedai ni dekat dengan kawasan rumah aku. Plan nak search dulu siap-siap baru pergi ke kedai. Kang bila pergi nanti, lain pulak yang dicari. Sampai saja kat MR. DIY, aku terus pergi area mentol lampu. Ada banyak jenis. Pening mencari. Staff semua macam busy. Akhirnya jumpa mentol yang aku nak. Daylight. Aku request kat staff tu nak test elok ke tak sebelum beli. Lepas settle bayar, aku balik rumah dan test pasang kat lampu meja. Oh, lupa nak inform. Cashier cakap ada warranty seminggu. In case rosak, boleh datang kedai, bawa sekali resit pembelian.

Siap ada SIRIM.

Jimat tenaga sehingga 80%.

Selepas pasang mentol baru. Cun tak?

Lepas ni boleh lah buat kerja dengan selesa. Tu pun kalau tidur lewat.