Milo mula gunakan penyedut minuman kertas? Ini yang aku tunggu selama ni.


Baru tadi aku tengok dalam buletin utama TV3, ada satu slot ni yang info pasal Milo. Benda yang selama ni aku nantikan akhirnya terjadi! Air kotak Milo lepas ni tak lagi sertakan penyedut minuman atau straw plastik tapi akan sertakan straw kertas. Yahoo!



Sepanjang aku kat Putrajaya, aku pernah nampak ada billboard yang paparkan Putrajaya akan jadi wilayah yang bebas straw plastik. Setakat aku pergi makan kat kedai, kebanyakan diorang dah tak sertakan straw langsung. Bagus kan? Tapi yang tak bagus, kedai makan tu takde aternatif nak gantikan straw plastik tu. Padahal aku tengok dalam Shopee dan Lazada banyak je orang jual straw kertas. Ke straw kertas lagi mahal?



Aku pernah makan kat satu tempat ni kat Presint 15, tahun lepas. Nama kedai tu Dayang Sarawak tak silap aku. Diorang memang takde bagi straw plastik, tapi diorang bagi straw kertas. Nampak? Antara kedai yang tahu keperluan dan kehendak pelanggan. Kita yang dah terbiasa minum air kat kedai pakai straw, memang terasa agak janggal bila takde straw.

Bagi aku, straw kertas ni ok je. Ada yang cakap straw kertas mudah lembik bila kena air. Ye ke? Aku minum ok je. Straw kertas tu pun bukannya berendam berjam-jam dalam air. Cuma akan jadi lembik kat bahagian atas bila kau asyik duk kemam straw tu macam takde kerja lain nak dibuat.

Straw kertas yang aku beli kat Hero. RM1.50 dapat 12 batang straw.

Jadi, berbalik kepada Milo ni, aku sangat lah sokong 100%. Kenapa? Sebab macam aku cakap tadi, agak janggal bila minum air (kotak) tak pakai straw. Kalau minum air kat rumah tu lain lah ceritanya. Tak pakai straw pun takde hal. Ni bila kat luar, macam kurang sopan bila tak pakai straw. Ni pendapat aku je.

Antara Milo dan produk Nestle lain yang akan gunakan straw kertas ni:
  • Milo UHT (200ml)
  • Milo Nutri Pluz UHT (200ml)
  • Milo UHT (125ml)
  • Nestle Just Milk Penuh Krim UHT (200ml)
  • Nestle Just Milk Perisa Strawberi UHT (200ml)
  • Nestle Omega Plus UHT (200ml)
  • Nestle Omega Plus Perisa Coklat Gelap UHT (200ml)

Aku memang tabik spring dengan Milo ni. Sangat-sangat bijak dan pandai dari segi pemasaran. Aku yakin, lepas ni mesti company lain akan ikut jejak langkah Milo dengan menggunakan straw kertas.

Post a Comment

0 Comments