What's up?

  • run

    HOME

Pesta buku online terbesar? Shopee buat KLIBF online 2020!


Hari ni bermula lah hari pertama pesta buku online dalam Shopee ni. Sepanjang aku layan Shopee, ini lah kali pertama aku perasan ada pesta buku online. Alah, macam pesta buku besar Big Bad Wolf tu, tapi secara online. Aku yang memang suka beli buku murah-murah, sangat teruja bila ada event macam ni. Tak perlu lagi susah payah keluar pergi kedai fizikal plus banyak diskaun yang ditawarkan dalam Shopee ni.

Shocking sale yang memang wajib ada.

Macam-macam jenis genre buku yang ada dalam pesta ni. Dari kanak-kanak, pendidikan, novel cinta cintun, sehingga lah komik! Tadi waktu aku belek-belek page pesta buku ni, baru aku sedar selama ni MPH Bookstore dan Pelangi Books pun ada online shop kat Shopee.

Pelbagai kedai online ada.

Dulu waktu zaman sekolah dan berhingus, aku paling suka buku rujukan terbitan Pelangi Books ni. Kemas dan padat. Lagi satu, mostly font yang digunakan user-friendly. Tak terlalu formal sangat dan tak terlalu simple. MPH Bookstore dekat je dengan tempat aku ni. Tapi setiap kali pergi sana, lupa buku apa yang patut aku beli. Sebab rambang mata! Bila ada dalam Shopee ni, senang sikit nak pilih. Ambil masa lama pun tak siapa yang boleh marah.


Diskaun RM2.90. Murah tak?

Bekazon pun sememangnya join event ni. Banyak jugak diskaun yang ada. Tapi itu lah. Kalau ada bajet lebih, boleh beli. Bekazon antara brand komik tempatan yang masih bertahan sekarang ni. Kalau nak tahu, majalah Ujang&Apo? yang aku mention dalam entri pertama aku, ini lah company diorang.

Jadi, apa lagi? Jom sama-sama serbu KLIBF online ni bermula 25 Jun 2020 hingga 8 Julai 2020!

Masak fettuccine carbonara dengan mudah!


Hari tu aku ada tengok satu video ni. Rancangan memasak plus temu bual ala-ala Ketuk-Ketuk Ramadan. Sambil memasak sambil bergosip. Guest kali ni Shane Filan, vocalist utama kumpulan Westlife. Dalam rancangan ni, salah sorang host dan juga chef Itali, Gino, sembang pasal masak-masak dengan Shane.


Lepas tu, Shane ni ada sebut pasal spaghetti bolognese, yang dia pandai masak spaghetti ni masa kat rumah. Gino ni terus tegur. Katanya mana ada spaghetti bolognese! Orang Amerika yang reka-reka masakan tu. Kat Itali diorang tak guna spaghetti sebab tak ngam gitu! Diorang guna fettuccine. Aku pun apa lagi, pelik ada, kagum pun ada. Ilmu baru. Selama ni aku ingat spaghetti bolognese tu masakan pure Itali!

Aku jarang makan fettuccine ni sebab mi fettuccine ni ambil masa untuk masak sempurna bila rebus. Mi spaghetti cepat pulak masak. Keesokan harinya, aku pun order fettuccine kat Lazada. Plan nak beli sos bolognese, tapi tak jadi. Aku order sos carbonara. Kononnya nak try brand San Remo sebab selama ni guna brand Prego.



Dua hari kemudian, sampai lah barang yang dipesan. Aku beli time promo. Free shipping bila beli barang at least RM15. Excited jugak sebab siap dapat free gift lagi. Pemurah betul company ni. Bila dah masak, rasa macam mana?

Bagi aku, sos carbonara San Remo ni bila makan kosong macam tu ja memang best. Tapi bila campur dengan fettuccine, rasa keseluruhan tu agak kureng sikit. Mungkin sebab aku letak sikit sangat sos carbonara?

Ghost pepper dry black noodles? Aku makan separuh, lepas tu aku give up!


Tak terlambat lagi untuk aku story sikit pengalaman aku makan benda mengerikan ni. Megi ghost pepper ni keluaran Mamee. Megi? Mamee? Umum tahu rakyat Malaysia panggil mana-mana mi segera dengan panggilan megi. Bagi aku mamee tu merujuk kepada Mamee Monster, jajan yang biasa kita makan waktu kecik-kecik dulu.

Petang tu aku keluar pergi kedai. Nampak 7e, aku pun singgah sebab nak beli tisu basah dan air pepsi. Sekali nampak megi ghost pepper ni! Apa lagi aku grab satu dan terus bayar. Kan tengah viral benda alah ni.

Sampai rumah, aku terus masak. Suapan pertama ok lagi. Tapi bila masuk kali kedua, kerongkong aku dah mula rasa berapi! Pedas nauzubillah! Aku gagahkan lagi untuk suapan seterusnya. Tapi sampai separuh cup, aku give up! Tak tahan. Peluh mencurah-curah kat muka.

Mi yang teramat pedas!

Mi ni pedas. Lagi pedas daripada brand Samyang tu. Tapi rasa keenakan mi ghost pepper ni tak berapa kick. Bagi aku rasa mi kenyal Samyang lagi best. Bila makan tu dapat rasa kenikmatan walaupun pedas di bibir.

Nasib tak baik, malam tu perut aku memulas! Aku dah agak mesti sebab megi ghost pepper ni. Aku boleh makan pedas. Aku suka makan pedas. Hampir setiap hari kalau aku masak, aku akan letak cili atau lada dalam masakan. Nasi goreng, mi goreng, megi, masak merah, masak kicap semua kena pedas. Tapi megi ghost pepper ni pedas lain macam!

Jajan Mamee Monster paling pedas.

Sama lah dengan jajan mamee ghost peeper yang pack warna biru hitam tu. Aku makan sepaket, tak lama lepas tu perut memulas. Entah cili apa yang diorang gunakan. Sedap tapi pedas dan memang lepas ni aku takkan makan dah. Cukup lah sekali je aku makan megi ghost pepper ni!

Jaguh bola kampung The Big Green!


The Big Green ni filem Disney tahun 1995. Dah 25 tahun berlalu. Lama kan? Ni kalau yang dah kahwin ni rasanya dah ada 2 orang anak kot. Minggu lepas aku sempat tengok cerita ni kat laptop. Bukan kat pawagam ye. Pawagam masih lagi tutup. Sebenarnya banyak filem kanak-kanak 90-an pasal sukan. Dari besbol, bola sepak, ragbi, bola keranjang sampai lah hoki ais. Cerita yang membantu mempupuk semangat kerjasama berpasukan.

Hari pertama cikgu Anna mengajar.

Juan Morales. Murid baru. Pandai main bola sepak tapi mak dia tak approved.

Untuk kali ni, The Big Green ni berkisarkan mengenai bola sepak. Sekumpulan budak kampung yang tak tahu main bola sepak sampai lah dapat masuk liga utama kat kampung diorang. Ada sorang cikgu baru ni, Anna, yang datang dari England. Masa mula-mula mengajar kat sini, dia tengok murid kelas dia tak minat belajar. Budak-budak tu tak minat belajar sebab kata diorang dah 4 tahun berturut-turut diorang dapat markah test paling teruk dalam daerah tu. Budak-budak ni rasa diorang losers.

Team The Big Green. Siap ada kambing jadi maskot.

Tempat diorang practice petang-petang.

Tapi cikgu Anna ni rasa kalau budak-budak ni kurang minat belajar formal macam ni, dia guna pendekatan lain. Dia bawak murid-murid dia main bola sepak kat padang. Dengan cara ni, at least budak-budak tu ada kemahiran tersendiri. Lagi satu, ada sorang polis kat sini bekas pemain bola. Dan pernah jadi juara kat situ. Disebabkan rasa teruja untuk kembalikan kejuaraan tu semula, cikgu Anna ni pun latih lah budak-budak ni main bola sepak.

Menang jugak akhirnya.

Gambar kat billboard kampung diorang.

Latih punya latih, akhirnya budak-budak ni jadi juara match bola sepak. Macam tak logik, tapi itu lah kan. Moral yang nak disampaikan kat sini adalah usaha. Selagi kita ada usaha, daripada zero kita boleh jadi hero. Daripada kaki bangku boleh jadi kaki emas!

OWL Eyewear buat promosi kaw kaw? Cepat beli sebelum habis!


Memandangkan kanta spek mata aku sebelah kiri dah calar teruk sangat, aku plan nak tukar spek mata baru. Niat di hati nak tukar kanta je, tapi frame spek mata aku ni hidup segan, mati tak mahu. Lusuh dan berlumut sebab banyak kali kena air plus warna frame dah pun pudar. Bajet aku dalam RM250 paling mahal. Walaupun spek mata aku yang rosak ni aku beli RM400, tapi bagi aku, sama je kegunaannya: untuk membantu melihat dengan lebih jelas. Takde bezanya. Nak jimat lah kononnya.

Aku pakai spek mata brand OWL ni dari tahun 2017. Hampir 3 tahun bertahan. OWL (Obsessed With Look) ni jenama Korea. Bagi aku, spek mata ni simple dan tahan lasak. Pernah sekali aku terhimpit spek mata ni masa tidur, tapi tak patah. Cuma kanta spek mata ni yang, bagi aku tak tahan lasak. Waktu lap kanta, bila aku kenakan sikit tekanan, terus ada kesan calar. Walaupun calar tu kecik, tapi agak mengganggu penglihatan.

Jadi, sebelum raya hari tu, aku usha blog yang review pasal spek mata. Ada yang mahal, ada yang murah. Ada jugak yang harga Yahudi! Spek je pun. Cari punya cari, last-last aku bukak website OWL. Terkejut beruk aku tengok ada promo sampai 35% diskaun!

Tiga pilihan cash voucher.

OWL gunakan term cash voucher. Kiranya kau beli voucher tu dengan harga sekian-sekian, dan dapat beli spek mata guna voucher tu. Paling murah voucher ni RM150 dan boleh cari spek mata yang harganya paling mahal RM200. Untung RM50 kat situ kan? Voucher ni boleh beli secara online, print out dan bawak pergi kedai.

Aku dengan tangkasnya terus call branch terdekat. Nak tanya pasal voucher ni. Rupa-rupanya tak perlu beli online dan print bagai pun! Terus pergi mana-mana branch OWL dan beli voucher kat situ. Senang kan?

Dengan gigihnya aku pergi ke branch OWL ni. Dalam mall. Memandangkan waktu tu masih lagi PKP, memang tak ramai orang dalam mall tu. In fact, hanya aku sorang yang excited pilih spek mata dalam kedai tu. Macam biasa, sebelum masuk kena tulis nama, nombor phone dan pakai hand sanitizer. Staff kat branch ni ada 2 orang. Layanan diorang memang terbaik! Cakap pun lemah lembut.

Spek mata raya. #raya2020

Konon nak cari spek mata sama spesies macam spek mata aku yang rosak ni. Tapi staff tu kata dah out of stock. Cari punya cari, ada satu yang aku berkenan. Kecik sikit daripada yang rosak ni. Aku bayar RM260 untuk dapatkan cash voucher RM400. Jimat RM140 kau! Harga asal hampir RM400 jugak sebab aku tambah UV protection. Bukan tu je, aku dapat free satu sunglass. Sangat berbaloi kan? Spek mata siap dalam masa 1 jam.

Sunglass percuma. Amacam? Cool tak?

Lagi satu, staff tu cakap promo ni tamat dalam bulan Jun ni. Kalau korang nak beli spek yang simple tapi berkualiti dan tahan lasak, cepat serbu kedai spek mata OWL ni!

The Sandlot. Kali pertama aku tengok. Best ke?


Sejak berkurung dalam rumah ni, banyak masa aku guna mengadap laptop dan baca berita semasa. Waktu malam pulak layan movie. Dalam banyak-banyak movie, aku lebih suka tengok cerita mat saleh dulu-dulu. Bukan cerita perang atau aksi ganas, tapi lebih kepada cerita keluarga dan kanak-kanak.

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu balik sekolah, petang tu kalau tak keluar main, mesti akan tengok tv. Dan aku paling suka tengok cerita budak rambut belah. Aku tak pasti budak ni ke tak, tapi seingat aku tak ramai budak rambut belah sebaya dia waktu tu.

Tak silap aku memang dia ni.

Ni filem dia berlakon yang sempat aku layan. Robin of Locksley.

Bagi aku, filem-filem macam ni banyak nilai moral kalau nak dibandingkan dengan filem sekarang. Dulu mostly filem akan fokus pada jalan cerita. Best jalan cerita, best lah sesuatu filem tu. Sekarang tak. Kualiti filem seakan ditumpukan kepada teknik video diambil, CGI dan kualiti lakonan pelakon tu sendiri.

Dari kiri: Benny, Yeah-Yeah, Tommy, Timmy, Smalls, Squints, Hamilton, DeNunez, Bertram.

Berbalik kepada filem The Sandlot ni, aku terjumpa filem ni masa tengah godek-godek senarai filem kanak-kanak 90-an. The Sandlot ni ceritanya pasal besbol. Sekumpulan budak kampung yang main besbol kat tanah lapang. Dari awal sampai akhir cerita ni memang takde part yang bosan. Kisah pemain besbol pro, Benny "The Jet" Rodriguez disampaikan oleh Scott Smalls secara penceritaan (narration). Flashback 30 tahun kemudian.

Scott atau diorang panggil Smalls ni baru pindah ke kawasan baru ni. Aku agak ni kawasan kampung sebab tengok cara budak-budak kat sini pun bukan yang jenis up-to-date.

It was in the greatest summer of my life when he taught me how to play baseball and he became my best friend.

Smalls ni tak pandai main besbol. Baling bola pun failed. Tapi Benny ni ajar si Smalls ni sampai lah pandai. Perjalanan cerita awal-awal mostly pasal budak-budak ni main besbol lepas balik sekolah kat tanah lapang tu. Sampai lah satu hari, bola besbol diorang tercampak masuk ke dalam kawasan rumah orang. Berdasarkan rumor, tuan rumah ni menakutkan dan ada bela raksasa!

Dengan hati yang kental, diorang cuba macam-macam cara nak dapatkan boleh tu semula. Kat sini lah cerita ni paling best. Boleh tengok semangat kerjasama diorang. Kelebihan yang diorang guna, diorang apply kat sini. Last sekali? Ya. Memang diorang dapat semula bola tu.

Masa aku tengok filem ni, terngiang-ngiang kat kepala otak aku waktu dulu-dulu. Petang-petang lepas balik sekolah mesti akan keluar main dengan kawan-kawan. Kawasan perumahan aku ni berpagar, jadi selamat sikit lah kalau nak main. Takde orang luar boleh sesuka hati keluar masuk. Kalau nak kira, memang banyak game yang kitorang main. Besbol salah satu. Tapi tak dipanggil besbol, kitorang panggil bola katok. Katok tu maksudnya pukul. Besbol => bola pukul => bola katok. Get it? Memang feeling-feeling walking down memory lane gitu. Btw, untuk filem ni aku bagi 10 bintang!

Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang, kesian jugak tengok kebanyakan budak-budak. Leka dengan gajet. Pergi taman permainan pun bawak gajet. Tak boleh nak salahkan diorang 100%. Mungkin diorang dididik macam tu sejak kecil. Bezanya sama ada family education atau peer pressure.

Yang pasti, zaman kanak-kanak aku memang best!