The Sandlot. Kali pertama aku tengok. Best ke?


Sejak berkurung dalam rumah ni, banyak masa aku guna mengadap laptop dan baca berita semasa. Waktu malam pulak layan movie. Dalam banyak-banyak movie, aku lebih suka tengok cerita mat saleh dulu-dulu. Bukan cerita perang atau aksi ganas, tapi lebih kepada cerita keluarga dan kanak-kanak.

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu balik sekolah, petang tu kalau tak keluar main, mesti akan tengok tv. Dan aku paling suka tengok cerita budak rambut belah. Aku tak pasti budak ni ke tak, tapi seingat aku tak ramai budak rambut belah sebaya dia waktu tu.

Tak silap aku memang dia ni.

Ni filem dia berlakon yang sempat aku layan. Robin of Locksley.

Bagi aku, filem-filem macam ni banyak nilai moral kalau nak dibandingkan dengan filem sekarang. Dulu mostly filem akan fokus pada jalan cerita. Best jalan cerita, best lah sesuatu filem tu. Sekarang tak. Kualiti filem seakan ditumpukan kepada teknik video diambil, CGI dan kualiti lakonan pelakon tu sendiri.

Dari kiri: Benny, Yeah-Yeah, Tommy, Timmy, Smalls, Squints, Hamilton, DeNunez, Bertram.

Berbalik kepada filem The Sandlot ni, aku terjumpa filem ni masa tengah godek-godek senarai filem kanak-kanak 90-an. The Sandlot ni ceritanya pasal besbol. Sekumpulan budak kampung yang main besbol kat tanah lapang. Dari awal sampai akhir cerita ni memang takde part yang bosan. Kisah pemain besbol pro, Benny "The Jet" Rodriguez disampaikan oleh Scott Smalls secara penceritaan (narration). Flashback 30 tahun kemudian.

Scott atau diorang panggil Smalls ni baru pindah ke kawasan baru ni. Aku agak ni kawasan kampung sebab tengok cara budak-budak kat sini pun bukan yang jenis up-to-date.

It was in the greatest summer of my life when he taught me how to play baseball and he became my best friend.

Smalls ni tak pandai main besbol. Baling bola pun failed. Tapi Benny ni ajar si Smalls ni sampai lah pandai. Perjalanan cerita awal-awal mostly pasal budak-budak ni main besbol lepas balik sekolah kat tanah lapang tu. Sampai lah satu hari, bola besbol diorang tercampak masuk ke dalam kawasan rumah orang. Berdasarkan rumor, tuan rumah ni menakutkan dan ada bela raksasa!

Dengan hati yang kental, diorang cuba macam-macam cara nak dapatkan boleh tu semula. Kat sini lah cerita ni paling best. Boleh tengok semangat kerjasama diorang. Kelebihan yang diorang guna, diorang apply kat sini. Last sekali? Ya. Memang diorang dapat semula bola tu.

Masa aku tengok filem ni, terngiang-ngiang kat kepala otak aku waktu dulu-dulu. Petang-petang lepas balik sekolah mesti akan keluar main dengan kawan-kawan. Kawasan perumahan aku ni berpagar, jadi selamat sikit lah kalau nak main. Takde orang luar boleh sesuka hati keluar masuk. Kalau nak kira, memang banyak game yang kitorang main. Besbol salah satu. Tapi tak dipanggil besbol, kitorang panggil bola katok. Katok tu maksudnya pukul. Besbol => bola pukul => bola katok. Get it? Memang feeling-feeling walking down memory lane gitu. Btw, untuk filem ni aku bagi 10 bintang!

Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang, kesian jugak tengok kebanyakan budak-budak. Leka dengan gajet. Pergi taman permainan pun bawak gajet. Tak boleh nak salahkan diorang 100%. Mungkin diorang dididik macam tu sejak kecil. Bezanya sama ada family education atau peer pressure.

Yang pasti, zaman kanak-kanak aku memang best!

Post a Comment

0 Comments