Claim hadiah birthday kat emart.


Aku singgah emart kejap. Nak claim aiskrim percuma. Dapat voucher yang emart bagi sempena birthday hari tu. Hujung-hujung baru teringat nak guna.


Jarang aku beli aiskrim bila masuk emart. Biasanya beli air atau tteokbokki. Sebab dah percuma, rugi lah kalau tak claim kan?

Depan kaunter, aku perasan ada tiffin aka mangkuk tingkat. Gambar lukisan Izzati Suza sempena raya. Harga seketul RM33. Lawa tapi aku tak beli pun.


Sebab tak sibuk dan tak ramai orang, aku tanya staff ada lagi ke tak sampul duit raya. Dah habis katanya. Tapi dia bagi beberapa ketul sticker.


Walaupun aku dah ada semua sticker tu, tapi aku ambil je. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Lagipun sticker warna hijau tu payah nak dapat. Sticker raya tahun lepas.

Post a Comment

0 Comments