Sebelum ni kan aku dapat sampul duit raya yang Maggi bagi masa diorang buat roadshow kat AEON. Waktu tu aku dapat last stock. Sebab lawa, aku macam nak kumpul lagi.
Lepas tu, aku tanya HQ Maggi ada lagi ke tak sampul. Nak buat koleksi. Tak lama tu, dapat reply yang diorang ada stok dan akan pos dalam masa terdekat.
Diorang pos hari Isnin. Sampul sampai hari Rabu. Cepat kan? Aku suka company gini. Sebab tak berkira dengan customer. Lagi-lagi customer yang betul-betul hargai produk diorang.
Aku ingatkan dapat sampul sama seketul tu je. Rupanya ada sampul lain extra sepaket. Kat situ ditulis Nestlé Professional. Mesti sampul ni limited edition.





0 Comments