What's up?

  • run

    HOME

Entri pertama. Selamat datang kembali.


Sebenarnya dah lama sangat aku tak mengaktifkan diri dalam dunia blog ni. Aku bukannya pandai sangat menterjemahkan idea aku ke dalam bentuk penulisan! Aku ingat lagi antara tahun 2009-2012. Waktu ni memang havoc persada blogging ni. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan gitu. Masing-masing berlumba-lumba buat blog, update hari-hari. Sampaikan dalam satu hari tu hampir 10 entri! Template blog tak payah cakap lah. Memang kreatif nauzubillah. Siap ada yang bukak bisnes upah design template. Ko hado?

Tapi tu dulu. Waktu zaman smartphone baru nak up. Dulu yang aktif berblogging ni kebanyakannya student ipt. Sebab nak update blog ni kena pakai laptop baru senang. Dan bila masuk 2nd year, hampir semua ada laptop sendiri. Nak guna phone boleh tapi agak leceh. Dulu pun memang trend berblogging. Twitter? IG? FB? Ada. Memang dah ada waktu tu tapi macam aku cakap, zaman smartphone baru nak up. Tak semua yang ada dan mampu beli smartphone. Antara smartphone dan laptop, lagi better beli laptop. Lagi satu, apps untuk smartphone pun tak sebanyak sekarang.

Gambar kat atas tu takde kaitan pun dengan apa yang aku tulis ni. Saja taruk sebab takde gambar lain. Sebenarnya tu majalah Ujang&Apo? yang aku beli dan dapat sebelum raya. Aku terpaksa pergi ambil sendiri dekat pejabat pos. Aku tak tahu kenapa kena pergi ambil kat sana. Posmen tak nak hantar atau tak dapat hantar? Ah! Persetankan semua tu. Yang penting sekarang aku nak mula membaca majalah ni.

Blog aku ni aku akan guna sebaik mungkin untuk menukil cerita, berita atau apa-apa jua yang mampu dicetuskan oleh otak aku ni. Sekarang internet pun boleh dikatakan lebih murah berbanding dulu. Jadi, rugi kalau tak digunakan sebaiknya. Adios!