30 drama terbaik TVB yang pernah ditayangkan di Malaysia.


Mungkin generasi Z tak tahu atau tak layan pun drama TVB yang trending suatu ketika dulu (1990's hingga 2010's) sebelum masuknya segala mak nenek rancangan Korea kat Malaysia. TV2, TV3, NTV7, 8TV dan Astro memang ada slot khas untuk drama TVB waktu tu. TVB (Television Broadcasts Limited) ni salah satu stesen TV terbesar kat Hong Kong. Drama TVB ni merupakan drama yang diterbitkan stesen TV tu.

1. Armed Reaction



Tak silap aku ni antara drama TVB pertama yang aku tengok. Drama pasal polis kat Hong Kong. Masa ni lah mula kenal beberapa pelakon TVB yang terkenal. Main kat TV3 waktu petang. Tiap balik sekolah, memang confirm melekat kat depan TV layan cerita ni. Sampai sekarang ingat lagi pasangan sejoli Marco Ngai dan Joyce Tang.

Armed Reaction ada 5 season. Tapi rasanya TV3 tayang hanya dua season. Season terbaru iaitu season 5 aka Armed Reaction 2021 baru je habis tayang (kat Hong Kong) awal tahun ni.

2. Healing Hands



Main kat NTV7 tak silap aku. Waktu malam. Cerita pasal doktor bedah macam Grey's Anatomy tu. Aku tak sempat layan sangat. Drama waktu malam memang jarang tengok kes pukul 10 malam dah kena masuk tidur.

3. Burning Flame



Bukan peminat drama TVB lah kalau tak tahu cerita ni. Kisah pasal bomba. Tayang kat TV2 pukul 7 malam. Balik dari main kat luar, terus duk depan TV. Memang best cerita ni sampai kat sekolah pun duk sembang dengan kawan. Ada sampai 3 season. Tapi TV2 tayang sampai season 2 je. Lagu OP yang cukup dramatik. Aku ingat lagi Ah Yau yang memang passionated nak jadi bomba.

4. Face to Face



Tayang kat NTV7 dalam tahun 2002 rasanya. Waktu petang. Kisah pasal lelaki yang hilang ingatan. Makin dia cuba ingat semula segala memori, makin complicated jadinya. Dari drama ni lah aku dan kakak-kakak aku kenal Ekin Cheng.

5. Plain Love II



Kisah kehidupan pembuat teh. Kali pertama aku tengok proses teh dibuat secara tradisional. Daripada proses memungut daun teh sampai lah memasak daun tu. Dalam drama ni ada dua orang kawan baik yang kerja sekali kat ladang teh. Tapi sebab salah faham, daripada BFF jadi musuh.

6. At the Threshold of an Era



Antara drama yang ceritanya berskala besar. Ada dua season. Cerita pasal 3 orang entrepreneurs dalam bidang construction. Plan diorang nak wujudkan satu bandar yang bebas dari pencemaran.

7. Witness to a Prosecution



Kembali ke zaman dulu-dulu (Dinasti Song). Kisah pasal lelaki yang yang pandai dalam forensik. Difitnah sebagai pembunuh, dipanah petir tapi hidup semula. Dengan bantuan koroner, dia terbukti tak bersalah. Bermula dari situ lah dia bersama-sama koroner tu selesaikan pelbagai kes.

8. Aiming High



Kisah pasal pemain judo. Chun (Nicholas Tse) nak belajar judo dari sorang pak cik ni. Tapi disebabkan si Chun ni ada buat hal sebelum ni, pak cik tu suruh Jing (adik pak cik tu) yang ajar. Diorang mula bercinta sampai lah ada beberapa konflik yang berlaku. Drama ni jugak lah yang sebabkan aku suka sangat nak belajar judo. Tapi sampai sekarang tak pernah belajar. Adeh.

9. Crimson Sabre



Drama ni aku ingat-ingat lupa. Kisah pasal lelaki yang dilatih dari kecil untuk jadi pendekar pedang. Ada sorang pendekar yang selamatkan dia masa kecil. Sampai lah dia besar dan mengembara. Masa tu, dia jumpa harta dan wasiat milik pendekar tu. Start dari situ lah dia mula belajar ilmu pedang milik pendekar tu.

10. Return of the Cuckoo



Drama ni memang aku ingat sangat. Pasal lelaki bisu, Man Cho yang jatuh cinta dengan adik angkat dia, Kwan Ho. Masa kecik, Man Cho selalu kena dera oleh mak dia. Dia trauma masa kecik. Paling tragis, mak dia sampai paksa dia minum cecair peluntur. Disebabkan tu lah, Man Cho tak boleh bercakap dan jadi bisu.

Man Cho dibesarkan oleh Kiu Yee, mak angkat dia. Mak angkat dia tu ada anak perempuan, Kwan Ho. Man Cho dan Kwan Ho membesar bersama sampai lah bila besar, diorang mula ada rasa cinta.


Tahun 2015, selepas 15 tahun drama ni ditayangkan, TVB hasilkan naskhah ni dalam bentuk filem. Kesinambungan kisah Man Cho dan Kwan Ho dari versi drama.

11. Gods of Honour



Antara drama TVB yang cukup famous masa zaman sekolah dulu. Geng-geng sekolah memang ramai yang tengok cerita ni. Inspirasi dari kisah-kisah Buddha. Tentang Na Zha yang bersama kawan-kawan dia tegakkan keadilan dalam sistem pemerintahan yang cukup korup. Boleh katakan drama TVB ni merupakan cult classic kat Malaysia waktu tu. Dengan aksi dan bermacam-macam kuasa sakti ada.

12. A Step into the Past



Drama kedua Louis Koo selepas drama Burning Flame. Drama ni jugak drama TVB pertama pasal time travel yang pernah tayang kat Malaysia. Kisah pasal pegawai polis Hong Kong yang kembali ke masa lepas, zaman kuno China. Kehadiran dia kat zaman kuno ni memang sangat penting yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa bersejarah.


Selepas 20 tahun, filem Back to the Past yang merupakan kesinambungan drama ni akan ditayangkan. Trailer pertama dah keluar masa 16 Mac 2021 hari tu. Memang excited lah peminat drama ni tengok nanti.

13. On the Track or Off



Aku tak berapa ingat drama ni tapi tajuknya memang aku ingat. Kisah pasal pelatih dan penunggang kuda. Lelaki ni memang minat kuda dan bercita-cita jadi pelatih kuda (equine trainer) yang sah.

14. The Awakening Story



Lagu OP drama ni memang aku ingat. Dengan runut 'la lal la' tu sekali. Drama ni kisah pasal wanita yang koma selama 16 tahun. Tapi sepanjang dia koma, suami dan anak-anak dia tak pernah give up jaga dia. Bila dia sedar dari koma, banyak pulak konflik yang dia kena hadap!

15. Country Spirit aka Plain Love III



Kesinambungan drama Plain Love II. Kalau dulu cerita pasal pembuatan teh, kali ni cerita pasal pembuatan rice wine atau arak beras. Watak utama cerita ni Ah Shun (Gordon Lam) dan Shun Fung (Charmaine Sheh).

Kisah awalnya bermula bila anak owner kilang arak beras meninggal dunia sebab mati lemas masa satu kes kebakaran. Untuk elak bala, mak dia nak cari calon isteri untuk dikahwinkan (walaupun dia dah meninggal dunia). Tak silap aku ni dipanggil ghost marriage ikut kepercayaan diorang. Syaratnya bakal isteri tu mesti sama tarikh lahir.

Kebetulan tarikh lahir Ah Shun sama dengan anak dia yang meninggal tu. Disebabkan keadaan keluarga dia yang miskin, Ah Shun terpaksa setuju dengan perkahwinan tu.

16. A Herbalist Affair



Kisah pasal pengamal berubatan Cina yang tahu pasal kegunaan herba-herba dan cara rawatan tradisional. Yee Fai (Roger Kwok) cucu kepada pengamal perubatan terkenal. Sekarang dia kerja kat syarikat perubatan Cina, antara syarikat besar dan hebat. Dalam masa sama, Sin Yu (Charmaine Sheh) jadi setiausaha dia.

Walaupun diorang ni tak sebulu, lama-lama jatuh cinta jugak. Tapi bila Yee Fai dapat tahu yang Sin Yu anak bos besar syarikat dia, dia mula marah sebab dia ingat Sin Yu ni spy yang bos dia hantar.

17. Lofty Waters Verdant Bow



Kisah lelaki yang mengembara untuk cari penawar bagi racun dalam badan dia. Sepanjang pengembaraan tu, dia kenal dua orang perempuan yang suka kat dia.

18. Square Pegs



Tayang kat TV2. Awal-awal aku tak layan sangat. Tapi bila dah tengok beberapa episod, best pulak cerita ni. Pasal perempuan yang terpaksa kahwin dengan lelaki kurang upaya walaupun dia tak kenal. Lelaki tu mampu berfikir macam budak umur 8 tahun je. Tapi dia tak jadi kahwin kes masa hari perkahwinan tu, dia bawak lelaki tu lari. Sampai satu masa, lelaki tu mula suka kat dia.

19. Perish in the Name of Love



Yang ni kisah konflik dalam pemerintahan Dinasti Ming. Dikatakan pada zaman ni negara tu ada banyak masalah dan peperangan. Kisah pasal Emperor Song dalam tangani krisis kat negara dia dan percintaan antara puteri raja dengan rakyat biasa.

Bila drama pasal dinasti, memang takkan lari dari kepeningan jalan cerita. Missed satu episod, memang haru lah jawabnya.

Dalang di sebalik perpecahan dan kemusnahan sebuah keluarga dan percintaan rupa-rupanya mak Emperor Song tu sendiri.

20. Aqua Heroes



Drama ni tayang kat TV2. Seingat aku tahun 2005. Pasal sekumpulan remaja yang pandai berenang. Pelakon-pelakon utama drama ni pun bukan pelakon yang selalu ada dalam drama TVB sebelum-sebelum ni. Boleh katakan pelakon BBNU.

21. Point of No Return



Yang ni memang aku ingat dengan jelas. Dulu tayang kat TV3. Memang aku suka tengok. Sekali lagi gandingan antara Julian Cheung dan Charmaine Sheh selepas drama Return of the Cuckoo. Kisah pasal anak orang kaya yang malas belajar dan suka ambil mudah semua benda. Ayah dia owner syarikat kereta api. Dengan harapan suatu hari nanti, anak dia, Chi Lam dapat ambil alih syarikat tu.

Bila ayah dia meninggal dunia, baru lah Tin Chi (Julian Cheung) betul-betul serius belajar dan menuntut segala ilmu untuk jadi ketua syarikat kereta api tu nanti.

Drama ni baru aku tengok semula tahun lepas kat Astro. Channel TVB Classic. Tapi sedih takde subtitle Bahasa Melayu atau English. Masa tengok tu, terpaksa buat-buat faham.

22. To Get Unstuck in Time



Drama kedua berkonsepkan time travel dari TVB yang ditayangkan kat Malaysia. Antara drama TVB favourite aku. Kisah pasal polis, Morning Sir yang boleh berkomunikasi dengan ayah dia dari masa lepas (masa sekarang ayah dia dah meninggal dunia) menggunakan telefon antena besar gedabak tahun 80-an atau 90-an tu.

Dari situ lah dia tahu kisah sebenar kematian ayah dia dan disebabkan perubahan yang dia buat kat masa lepas, masa sekarang pun terkesan.

23. War and Beauty



Kisah zaman Dinasti Qing. Antara drama epik dari TVB. Banyak pelakon-pelakon gred A dalam drama ni. Kisah pasal kegilaan untuk jadi berkuasa dalam pemerintahan dan sanggup berbunuhan untuk dapatkan apa yang diorang nak. Watak-watak utama merupakan golongan wanita yang gila kuasa.

24. The Academy



Pasal kehidupan rekrut baru polis Hong Kong. Sekumpulan anak-anak muda yang menjalani latihan kepolisan. Drama ni pernah tayang kat TV2 pukul 7 petang tak silap. Aku memang tengok dari awal sampai habis.

Ada dua watak utama, Lam Man (Ron Ng) dan Pak Kiu (Sammul Chan). Diorang ni tak sebulu awalnya tapi lama-lama jadi kawan baik. Ending cerita ni memang sedih walaupun diorang semua berjaya tamat latihan untuk jadi polis.

25. Always Ready



Kisah pasal Government Flying Service (GFS) kat Hong Kong. Melibatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), ambulans udara, bomba dan bagi bantuan dalam operasi polis.

26. Under the Canopy of Love



Lagu tema drama ni memang best. Aku siap buat ringtone lagi waktu tu. Kisah pasal Sze (Niki Chow) yang masa zaman sekolah dulu, ada crush kat Alan (Kevin Cheng). Lepas tamat sekolah, diorang lost contact. Tapi ditakdirkan masa dalam mall, diorang jumpa semula kat bawah bumbung yang design macam canopy.

27. Ten Brothers



Yang ni aku dapat tahu bila member sekelas bagitau. Tayang kat NTV7 tahun 2008 waktu petang. Kisah pasal perempuan yang melahirkan 10 orang anak yang ada kuasa sakti. Kesnya dia tersalah minum sup yang ada 10 biji kacang ajaib. Lepas tu, tak pasal-pasal mengandung walaupun tak kahwin lagi.

28. War and Destiny



Drama ni tayang waktu malam kat NTV7. Tak silap aku tahun 2009. Gigih tengok. Berlatarbelakangkan era Perang Dunia ke-2 kat Nanjing. Bila Jepun nak ambil alih kawasan tu, keluarga Ping On (Myolie Wu), yang juga owner syarikat beras terpaksa lari ke tempat yang selamat kat luar bandar. Ada lah beberapa konflik antara Ping On dengan orang sekeliling dia.

29. Yes, Sir. Sorry, Sir! - Online



Walaupun sampai sekarang aku tak habis tengok, tapi aku suka jalan cerita drama ni. Kisah pasal lelaki yang bekerja sebagai polis dan jadi undercover kat sekolah. Sebab ada kes jual beli dadah kat sekolah. Kat sana, dia kena jadi cikgu dan layan kerenah anak-anak murid dia.

30. Highs and Lows - Online



Antara drama tema polis yang best. Penuh aksi dan ada plot twist yang buatkan penonton termasuk aku sakit hati. Kisah pasal inspektor kat Unit Narkotik, Gordon (Michael Miu) yang bekerjasama dengan partner dia dari Unit Risikan, Happy (Raymond Lam).

Happy syak yang Gordon ni polis yang korup dan terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Tapi rupanya bukan. Sebenarnya Gordon menyamar jadi geng pengedaran dadah sebab nak bongkar rahsia dan dalang di sebalik ketua pengedaran dadah tu.

Sebelum TV3 tukar slot TVB ni kepada slot Akasia, memang petang-petang duk tengok drama Hong Kong ni sambil makan jajan. Boleh katakan hampir semua tema yang TVB buat. Dari bomba, polis, pilot sampai lah dunia korporat dan zaman-zaman dinasti. Jalan cerita yang fresh dan cukup rasa. Ada masalah keluarga, persahabatan, cinta dan masalah kat tempat kerja.

Banyak lagi sebenarnya drama TVB yang Malaysia tayang. Tapi memang aku tak ingat sangat jalan cerita. Mungkin kalau tengok balik baru ingat kot. Yes, Sir. Sorry, Sir! dan Highs and Lows aku tengok online. Waktu ni memang dah tak tengok TV walaupun NTV7 masih lagi tayang beberapa drama TVB.

Post a Comment

23 Comments

  1. mengimbau kenangan betul sebut pasal TVB ni. dari drama mereka la yg kecik-kecik tetiba gigih cakap kantonis broken tu. masuk kolej, kawan Chinese pun terkejut "eh tahu cakap Cina ke?" hasil pengaruh TV 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dulu ternanti-nanti setiap drama TVB. Memang hafal jugak beberapa perkataan Kantonis tu. 😅

      Delete
  2. rasanya separuh dari list ni saya tengok. At the Threshold of an Era tu memang favourite selain War and Beauty dan Burning Flame.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua drama epik ni. Ibarat Winter Sonata dalam senarai drama Korea.

      Delete
  3. zaman ni memang best melayan drama tvb kat tv3. dari cite polis, bomba sampai cite kung fu semua i tapau..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Tak lepas peluang setiap kali main kat TV. Memang akan chop remote dulu.

      Delete
  4. Hanya satu akak tengok apa yang BK senaraikan. At The Threshold Of An Era.
    Ada tengok Breaking Point, Leon Lain berlakon. Lanky Boys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Breaking Point tak pernah tengok. Tahun 1991 lama sangat tu. 😅

      Delete
  5. Dulu memang rajin layan drama cenggini, nak pulak kalau drama berkisar zaman dahulukala. Baju2 yang dorang pakai, cantik2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Zaman-zaman dulu yang banyak diinspirasi dari kisah-kisah sejarah. Kita orang Malaysia yang tengok pun boleh belajar pasal sejarah negara diorang.

      Delete
  6. Dalam 30 drama ini, takde satu pun saya pernah tengokkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah. Rugi lah. Semua drama ni memang top waktu zaman kegemilangan drama TVB kat Malaysia dulu-dulu.

      Delete
  7. Ingat yang no 27 tu je.. hahaha.. sebab 10 budak ajaib tu.. yang lain 2 tu macam pernah tgk tapi lupa dah.. selalu layan yang jenis klasik sebab suka tengok busana dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ten Brothers tu memang sempoi layan petang-petang. Healing Hands tu cerita berat sikit. Saya pun ingat-ingat lupa jalan ceritanya.

      Delete
  8. Hi..
    Tak sangka ada jugak peminat drama tvb kt malaysia ni selain aku.
    Cerita kt atas tu boleh kata hampir semua dh tengok.
    Sekarang tengah layan drama 1990s yang top2
    Baru je habis tengok detective investigation files season 1-3
    Season 1-3 micheal tao dengan joey joey
    Sekarang tengah layan Season 4 louis koo dgn sunny chan
    Memang layan...

    Banyak lagi drama top2 1980s dan 1990s yg ada dalam koleksi tunggu giliran nk tgk..

    Sekarang masih tengok lagi ke siri tvb?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course ada. Dari zaman sekolah rendah sampai masuk u dan sampai sekarang tengok lagi.

      DIF tu saya tak pernah tengok lagi rasanya.

      Hari tu baru habis tengok Yes, Sir. Sorry, Sir! setelah sekian lama tertangguh. Sekarang plan nak tengok Armed Reaction 2021 tapi risau kena ulang tengok season lepas kes lupa jalan cerita dulu. 😅

      Delete
    2. Fuh terbaik masih setia dgn drama tvb

      Armed reaction baru ni rasanya reboot, pelakon lain
      Tapi aku pon tak tengok lagi,haha

      Delete
  9. Smart kid..all the time fav... treasure venture pn best... anak raja menyamar jdi rakyat biase... cite the legend of condor heroes bos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Legend of Condor Heroes. Terima kasih banyak-banyak bagitau. Cerita ni yang saya cari tapi tak jumpa tajuknya. Tayang kat TV3 dalam pukul 7 petang tak silap. Memang layan. Lagu opening cerita ni memang best. Sampai terikut-ikut nyanyi.

      Tapi cerita ni (versi 2003) bukan under TVB. Sebab tu takde dalam list ni. 😅

      Delete