Pertama kali makan Cloud 9 Wafret Twins Kaya Pandan.


Sebelum ni aku tak pernah tahu kewujudan snek dari Cloud 9 ni. Aku panggil wafer ni sebagai snek dari aku kecik lagi. Tak tahu kenapa aku dan famili aku panggil snek. Mungkin sebab olahan daripada perkataan opmutih snack atau snacking. Oleh itu, terhasil lah perkataan snek untuk jajan macam ni.


Aku beli snek ni masa duk scroll app Shopee. Masa tu nak guna voucher COD. Tak sangka pulak ternampak snek ni. Selalu beli yang warna biru dan merah je. Tak tahu pun ada flavour kaya pandan. Setakat ni, rasanya takde lagi mana-mana jajan yang ada kombinasi coklat, kaya dan pandan serentak. Biasa jumpa gabungan flavour coklat dan pandan je.


Harga snek ni RM2.70 untuk sepaket besar. Tak tahu lah berapa harga kalau beli kat kedai fizikal. Dalam paket besar tu ada 10 paket kecil. Menggunakan sedikit ilmu matematik, harga satu paket kecil tu kiranya RM0.27 lah kan?


Sedap tak? Bagi aku, memang sedap. Memang ada rasa pandan dan kaya. Terasa macam dalam bulan Ramadan bila makan kuih-muih perisa pandan. Nak kata manis tu takde lah manis sangat. Standard rasa manis snek. Tapi memang ketagih makan snek ni. Habis satu paket, bukak paket lain pulak. Tak cukup 10. Nak kena beli lagi ni. 😂

Post a Comment

16 Comments

  1. Dah lama tak makan C9. Selalu beli pack yang merah2 jer.Tak pernah beli yang pandan ni lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba pandan ni nanti. Pack merah tu pun sedap jugak.

      Delete
  2. Tak pernah pulak nampak cloud9 versi wafer ni. Fuhh..lagi lagi pandan. Memang fenomena pandan betul. Harga pun kira murah gak tu. Akan terjebak membeli ni nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Fenomena pandan 2021. Betul. Harga memang murah jugak.

      Delete
  3. saya sangat kurang makan benda yang manis begini..

    tapi boleh layan juga sekali sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nak makan selalu tak digalakkan sangat sebab snek macam ni banyak gula jugak.

      Delete
  4. wahhh beli jajan pon pakai apps shopee je kanns 😅

    ReplyDelete
  5. betul selalu jumpa yg merah dan biru je. haritu kakak belikan yg pandan kaya ni tp tak berani nak try takut tak kena citarasa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba baru tahu. Mula-mula makan rasa pelik sebab tak biasa. Tapi lama-lama memang ketagih duk kunyah dalam mulut. 😅

      Delete
  6. ui ada baru ke? ni belum jumpa lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah nampak lagi kat kedai. Mungkin limited stock.

      Delete
  7. masa kecik ammi suka beli cloud 9 tapi chocolate dia yg jenis chewy tu..yg jenis wafer ni tak pernah try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang chewy tu pun best jugak. Tapi bila meningkat usia ni terpaksa lupakan sebab ada kacang. 😭

      Delete