What's up?

  • run

    HOME

Digimon Ghost Game. Lebih seram, lebih menakutkan.


Lama sudah tak layan Digimon. Rasanya tahun lepas kali terakhir tengok. Tu pun tengok Digimon Adventure 2020. Mampu layan hanya beberapa episod. Bukan apa, ingatkan masih kekalkan cerita asal berdasarkan siri Digimon pertama. Ternyata bukan. Karakter je yang sama tapi jalan cerita tak sama.

Sekarang, ada siri Digimon baru yang ditayangkan kat Jepun iaitu Digimon Ghost Game. Kalau siri Digimon Adventure guna konsep pengembaraan dan Digimon Tamers guna konsep teknologi, kali ni, Digimon Ghost Game guna konsep seram. Jalan cerita yang ketengahkan unsur seram dan menakutkan.

Digimon pasal apa sebenarnya?

Digimon asalnya kisah pasal kanak-kanak (terpilih) yang masuk ke dalam dunia digital. Kat situ diorang ada satu partner iaitu Digimon (Digital Monster) berbentuk haiwan yang boleh berevolusi dengan bantuan gajet (dipanggil Digivice). Untuk selamatkan dunia digital, kanak-kanak terpilih ni dan partner diorang bertungkus-lumus melawan Digimon jahat yang cuba kucar-kacirkan dunia digital.

Digimon Adventure. Pernah tayang kat NTV7 tahun 2001.

Lepas Digimon original iaitu siri Digimon Adventure tamat, disambung pulak dengan beberapa siri Digimon baru. Sekarang, paling terbaru ialah Digimon Ghost Game yang baru ditayangkan beberapa minggu lepas.

Musim Tajuk Tahun
1 Digimon Adventure 1999 – 2000
2 Digimon Adventure 02 2000 – 2001
3 Digimon Tamers 2001 – 2002
4 Digimon Frontier 2002 – 2003
5 Digimon Data Squad (Digimon Savers) 2006 – 2007
6 Digimon Fusion (Digimon Xros Wars) 2010 – 2012
7 Digimon Adventure tri. 2015 - 2018
8 Digimon Universe: App Monsters 2016 - 2017
9 Digimon Adventure 2020 2020 - 2021
10 Digimon Ghost Game 2021 - sekarang

Mengenai Digimon Ghost Game

Digimon Ghost Game kisah mengenai budak sekolah, Hiro Amanokawa. Diceritakan kat Jepun ada satu fenomena pelik, di mana ada orang ternampak makhluk seakan hologram. Ada yang kata, tu sekadar iklan yang canggih dari syarikat tertentu. Kecoh dalam medsos, ada yang pernah nampak makhluk hologram tu depan-depan. Tempat tu kat sekolah dia.


Suatu hari, si Hiro ni dengan beraninya pergi ke tempat kejadian tu. Kat situ lah dia saksikan yang hologram tu bukannya hologram, tapi makhluk digital.


Nak dijadikan cerita, dia secara tak sengaja aktifkan Digivice ayah dia. Digivice dalam cerita ni berupa smart bracelet. Zaman dah moden kan? Bila dia aktifkan Digivice ni, muncul makhluk digital, Gammamon, yang jadi partner dia untuk bersama-sama lawan 'hologram' yang buat masalah tu.


Sekarang, aku baru tengok episod 2. Memang lain daripada tipikal siri Digimon. Design karakter anime pun memang tak sama. Digimon Ghost Game ni lebih bersahaja lukisannya tapi nampak fresh, kena dengan trend anime semasa.


Jalan cerita Digimon terbaru ni memang boleh tahan bestnya. Masa tengok pun, aku ada feeling terselit vibe Cardcaptor Sakura dan Jigoku Shoujo. Si Hiro terpaksa tangkap 'Hologram Ghost' yang buat kacau. Sama macam Sakura, terpaksa tangkap dan kumpulkan semua Kad Clow yang buat kacau. Ditambah pulak dengan elemen seram, memang boleh rasa vibe Jigoku Shoujo dalam siri Digimon ni.


Bagi aku, walaupun Digimon Ghost Game ni masih nampak kebudak-budakan kalau nak dibandingkan dengan style anime matang macam Attack on Titan, tapi jalan cerita yang fresh macam ni buatkan aku rasa nak tengok episod-episod seterusnya. Worth waiting kata omputih.

12 comment (s):

  1. Alamak kak shida dah lama xlayan kartun..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kak. Duk layan drama je. Kartun selalunya tengok kat TV. πŸ˜„

      Delete
  2. Salam ziarah....hargai minat kan..seronok tu dek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul. Kalau dah minat tu memang tetap akan tengok.

      Delete
  3. adik-adik saya masa kecik minat both Digimon dan Cardcaptor sakura tu. hehe. bolehla layan kalau santai-santai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang kanak-kanak satu Malaysia layan Digimon. Siap beli game bawak kat sekolah. πŸ˜‚

      Delete
  4. Kalau versi ghost ini nampak macam lebih menarik.. boleh cuba tengok nie nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Memang menarik. Saya pun terjebak layan. πŸ˜…

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.