What's up?

  • run

    HOME

Larangan Shopee: Jangan sesekali log in lebih dari satu akaun dalam satu peranti.


Sejak dua menjak ni team Shopee gigih duk ban user. Bagus sebenarnya diorang bekerja untuk hapuskan scammer. Tapi malangnya even user yang bukan scammer pun tak terkecuali dari kena blocked, frozen atau banned. Bila dah jadi macam ni, satu hal pulak nak kena contact Shopee buat surat appeal untuk aktifkan semula akaun tu. Walaupun kita bukan scammer dan memang ada akaun yang betul dan sah, untuk elakkan masalah ni berlaku, ada 3 point penting yang perlu faham.

1. Satu nombor telefon untuk satu akaun Shopee.


Mungkin ramai tak tahu. Sebenarnya, Shopee benarkan buyer untuk buat lebih dari satu akaun Shopee aka multiple accounts. Tapi syaratnya mesti lah satu nombor telefon per satu akaun. Contohnya kita ada 5 nombor telefon. Kita boleh buat 5 akaun Shopee berdasarkan setiap nombor telefon tu.

Tak kisah banyak mana pun akaun Shopee yang kita nak buat, mesti lah hanya dengan menggunakan satu nombor telefon untuk satu akaun.

2. Satu akaun Shopee dalam satu peranti.


Syarat kedua, walaupun kita ada 5 akaun Shopee, tapi kita hanya boleh log in satu akaun Shopee dalam satu peranti (telefon atau tablet). Kalau log in lebih dari satu akaun, kebarangkalian akaun-akaun kita untuk kena banned adalah tinggi.

Sebab? Shopee nak elak scammer atau voucher abuser yang berkemungkinan salah guna voucher yang diberi.

3. Boleh guna internet atau sambungan Wi-Fi yang sama.


Contohnya kita ada 5 telefon. Setiap telefon tu guna Wi-Fi yang sama. Untuk kes ni, Shopee takkan banned. Sebabnya Shopee hanya detect nombor siri atau info yang berkaitan jenis peranti yang digunakan. Kalau Shopee tak benarkan kongsi Wi-Fi, macam tak logik pulak kan? Kalau satu rumah tu guna Wi-Fi yang sama, takkan semua akaun satu rumah (atuk, nenek, Mak Jemah, Kak Bedah) tu kena banned pulak?

 Special case: Dari point nombor 2, sebenarnya kita boleh guna lebih dari satu akaun dalam satu peranti tapi ada syaratnya. Contohnya kita ada dua akaun Shopee. Akaun pertama tu kita dah guna untuk beli barang dengan voucher. Nak elakkan kena banned, untuk akaun kedua tu, jangan beli barang guna apa-apa voucher. Maksudnya, check out tanpa voucher.

Konklusinya, selagi kita tak guna atau log in lebih dari satu akaun dalam satu peranti, Shopee takkan block, freeze atau ban akaun kita. Salah satu tujuan one account per one device ni adalah untuk elakkan penyalahgunaan voucher. Tu je. Jadi, lepas ni kalau boleh, elakkan bukak akaun lain dalam phone yang sama.

10 comment (s):

  1. ohh baru tahuu . naseb ida ada satu ja account shopee :)

    ReplyDelete
  2. Hehe rupanya elak orang guna voucher banyak-banyak yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mungkin tak adil bagi orang yang hanya ada satu akaun.

      Delete
  3. Betul.Rajin Shopee banned orang sekarang ni.Pagi tadi ada someone drop comment tanya pasal akaun Shopee kena banned.So, hati2lah. Nanti tak dapat shopping. Kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena banned disebabkan kesalahan yang tak terlalu teruk, mungkin boleh dapat semula akaun tu.

      Delete
  4. Semalam ammi perasan bila ammi login shopee dr desktop dia hantar verification SMS kat phone untuk nak pastikan yang mmg betul kita yg login kat desktop tu. Which is good.

    Dibuatnya bukan kita pastu sesedap rasa je beli guna duit dlm wallet.. Pengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sistem macam ni lagi secure. Dulu Lazada je yang buat macam ni.

      Delete
  5. ooo gitu ye, mama ni ada 1 akaun je poun dah pening haha

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.