What's up?

  • run

    HOME

Wood Job! Kisah pemuda bandar selami kehidupan kampung.


Cerita ni dah lama tayang. Tahun 2014. Waktu tu tengok online je. Beberapa tahun lepas, terjumpa DVD yang ada jual kat kedai. Tapi tak terasa nak beli. Mungkin sebab baru je tengok. Wood Job! ni filem live action dari novel Jepun. Kalau kat Jepun, diorang panggil 'adaptasi' sebagai 'live action'. Live action sama ada dari komik, anime atau novel.


Betul lah orang kata yang Shopee ni beracun. Masa godek-godek Shopee, terjumpa pulak DVD ni. Harga pun murah sebab ada diskaun. Dulu tak silap aku Speedy ada buat sales gila-gila. Katanya diorang nak tutup syarikat. Terkesan dek pandemik masa 2020 dulu. Sayang. Kalau diorang jual online, aku rasa boleh hidup lagi syarikat diorang.

Sinopsis

Wood Job! atau tajuk panjangnya Wood Job! Kamusari Nana Nichijo ni kisah pasal Yuki Hirano, pemuda bandar yang baru tamat sekolah menengah. Tapi dia tak lulus pun. Sepatunya kena ulang lagi satu tahun. Kawan-kawan dia yang lain semua lulus dan dapat tawaran masuk universiti. Dalam masa yang sama, disebabkan dia gagal, kekasih dia pulak tinggalkan dia.

Sampai lah suatu malam lepas balik dari pusat karaoke, dia terjumpa pamflet yang ada gambar perempuan cantik. Iklan ni pasal pengambilan pelatih baru dalam kerja pembalakan (lumberjack).


Bermula lah pengembaraan dia ke pedalaman yang dikelilingi gunung-ganang. Bila sampai kat sana, dia dapat tahu yang perempuan tu bukannya pekerja kat syarikat tu tapi hanya sekadar model untuk iklan tu. Walaupun beberapa kali mengalah dan cuba melarikan diri untuk balik semula ke bandar, Yuki akhirnya dapat sesuaikan diri dengan keadaan kat situ.

Ulasan

Masa kat bandar. Sebelum masuk kampung.

Dari awal sampai akhir, banyak scene kelakar yang memang tak kering gusi dalam filem ni. Aku tengok berkali-kali pun memang tak bosan. Bayangkan budak bandar yang memang dah terbiasa dengan kehidupan bandar, tiba-tiba nak kena adept dengan keadaan kampung. Kampung bukan kampung biasa, tapi kawasan pedalaman.


Dengan takde line telefon, takde kedai runcit, takde tandas moden. Even nak keluar ke bandar pun makan masa dua jam. Gila kan? Tapi disebabkan Yuki ni jenis yang bekerja keras walaupun tak pandai buat semua benda, akhirnya dia suka dengan keadaan kat sana walaupun berbeza dengan keadaan bandar.


Dalam Wood Job! ni, ada beberapa kepercayaan orang Jepun yang diketengahkan. Antaranya ialah pasal Kamikakushi (spirit away). Mengikut kepercayaan diorang, Kamikakushi merujuk kepada seseorang yang hilang atau mati secara misteri disebabkan kemarahan tuhan diorang.

Banyak anime atau cerita Jepun yang ada scene pasal Kamikakushi ni termasuk lah filem Spirited Away (2001). Dalam filem ni, diceritakan yang Chihiro mengalami semangat yang hilang (spirited away) dari dunia realiti kepada dunia semangat (spirit). Dalam dunia tu, dia jumpa macam-macam semangat. Ada yang baik, ada yang tak.

Kalau kat Malaysia, bila sesat atau hilang dalam hutan, orang kata kena sembunyi dek hantu atau bunian. Sampai sekarang masih lagi jadi misteri.

Kamikakushi.

Selain tu, di akhir cerita ni, ada pasal perayaan Onbashira tapi versi twist untuk bagi ada elemen lawak. Onbashira ni satu perayaan keagamaan yang melibatkan sebatang balak panjang yang dinaiki beberapa orang dan akan digelongsorkan dari atas bukit ke bawah. Tujuannya sebagai simbolik nak ganti tiang baru kat tempat suci (shrine).


Dalam masyarakat Melayu sendiri pun masih ada kepercayaan kuno. Contohnya, kena mintak izin kalau nak kencing dalam hutan. Ada yang kata benda ni syirik. Itu lah. Apa yang aku nampak kat sini, bukan mintak izin yang jadi isu. Tapi walau kat mana sekalipun kita pergi, kat tempat kita tak kenal ke, jangan sesekali buat perkara tak elok. Kat tempat sesiapa pun, kena buat baik. Kadang orang Melayu dulu-dulu ni suka berkias untuk bagi pengajaran.

Gerabak kereta api yang hanya datang setiap 6 jam.

Banyak yang aku nak tahu lagi pasal kehidupan kat kampung ni. Kalau filem ni buat sequel lagi best. Mungkin boleh diceritakan lagi detail pasal kehidupan masyarakat kampung kat pedalaman ni. Ataupun pasal masalah atau konflik dalam sektor pembalakan.

Antara filem Jepun yang aku tengok berkali-kali tapi tak bosan. Lepas habis, ulang lagi sampai tak perasan duk tengok berjam-jam. Entah berapa kali tengok pun tak terkira. Bukan apa, setiap kali tengok, sejuk je mata memandang. Mungkin sebab banyak scene yang tunjuk gunung-ganang dan pokok-pokok hijau yang merimbun. Recommended untuk tengok filem ni.

5 comment (s):

  1. menarik pula saya baca sinopsisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya masa mula-mula baca pun terus tertarik nak tengok filem ni.

      Delete
  2. shopee memang betul-betul racun , asal tertengok dan terbeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Racun yang takde penawar. Bila tengok harga dah murah, ditambah lagi diskaun dan voucher. Memang tak boleh lari lah. 😅

      Delete
    2. betul tu , kalau tak guna voucher tu rasa rugi pulak .

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.