What's up?

  • run

    HOME

Aiskrim Onde-Onde Nestlé. Rasa lemak manis yang sedap.


Semalam singgah kat pasar raya sebelum balik rumah. Kali ni aku pergi ke pasar raya kat cawangan lain. Ingat lagi tak aku ada cerita pengalaman ngeri kat pasar raya sebelum ni? Kebetulan aku lalu kat satu cawangan ni, aku pun singgah lah. Niatnya nak tengok apa yang ada. Katanya kat sini merupakan pusat utama pasar raya tu. Kiranya macam HQ lah kot.


Masuk depan pintu, ada dua orang staff yang jaga keluar masuk customer. Diorang bagi satu tag nombor giliran dan siap tolong tekan hand sanitizer lagi kat tangan aku. Bagus tak customer service kat sini? First impression is the best impression.

Masuk dalam, memang tak ramai manusia yang shopping. Boleh kira dengan jari. Mungkin bukan minggu gaji masuk. Tapi majoriti bawak troli. Maksudnya barang yang diorang beli tu banyak, walaupun tak ramai orang. Ada beberapa kawasan yang diletakkan pita merah putih yang menandakan kawasan larangan macam kawasan pakaian dan alat tulis. Aku pelik jugak. Tak boleh masuk ke? Rupa-rupanya, bila baca notis, kawasan tu hanya dibenarkan masuk bagi sesiapa yang dah cucuk dua dos vaksin. Hebat kan? Memang menjaga SOP.

Paling best area produce dan frozen diorang. Senang cakap, kawasan barang basah termasuk bahagian sayur, buah, nugget dan aiskrim. Memang bersih. Jauh beza dengan cawangan yang aku pergi sebelum ni. Staff kat sini memang aktif bekerja susun dan top up barang. Dengan tanda harga yang cukup dan tak berselerak.

Jadi, aku beli apa? Aku sebenarnya cari coklat Ritter Sport. Tak jumpa. Mungkin pasar raya ni dah tak jual. Dulu-dulu waktu aku datang, ada je kat area chiller sebelah susu segar. Bila dah takde, terpaksa cari benda lain. Salah satu barang yang aku jumpa iaiah aiskrim onde-one. Nestlé punya. Sekian lama mencari, akhirnya dapat jugak merasa.


Aiskrim ni RM2.50 seketul. Ada dijual kat dalam peti sejuk sebelah cashier. Banyak lagi masa aku ambil tu. Aku beli dua ketul. Nak cuba rasa macam mana. Aiskrim ni memang tersangat sedap. Antara flavour onde-onde yang menjadi. Boleh rasa berlemak aiskrim ni. Paling best, inti aiskrim ni memang sebijik rasa inti gula melaka onde-onde. Siap ada rasa kelapa parut lagi. Tak tipu. Cumanya rasa tu terlalu manis. Macam onde-onde kan? Manis gula melaka.

Puas hati bila dapat masuk pasar raya ni. Memang bagus betul. Teruja aku masuk sini. Disebabkan gembira dan bahagia, aku pun buat lah kad ahli. RM10 setahun. Kalau guna kad ahli, memang banyak diskaun yang boleh dapat. Barang kat sini nak kata mahal, tak jugak. Standard mana-mana pasar raya. Sebab tu kena bayar guna kad ahli. Untuk dapat diskaun.

InsyaAllah next time kalau ada masa boleh singgah lagi. Seronok. Aku tak expect pun kawasan sini boleh ada pasar raya yang level macam AEON. Kemas tersusun dan penuh barang yang diorang top up. Bagus betul management cawangan ni.

7 comment (s):

  1. Memang akan maniss kot kalau makanan yang berunsurkan onde onde gini tapi tetap sedapp kan hahahaha. Nanti nak try jugakkkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Manis tapi sedap. Antara produk onde-onde yang kena repeat order. 😅

      Delete
  2. Akhirnya dapat jugak merasa. Memang sedap, makan luaran sahaja tanpa inti pun dah sedap dah sebenarnya. Kalau makan sekali dengan inti dalam tu boleh lah balance kan sikit rasa gula melaka manis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Luaran tu memang dah cukup sedap. Rasa berlemak. Inti tu memang saya paling suka. Boleh rasa crunchy gula melaka dan kelapa parut.

      Delete
  3. Bila dgr manis je terus rasa ngeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Memang manis. Kalau nak makan selalu, tak digalakkan. Saya pun terpaksa minum air masak lepas makan aiskrim ni.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.