What's up?

  • run

    HOME

Nostalgia cerita kartun Korea kat TV2.


Tatkala drama Korea tengah trending awal 2000's, Malaysia tak terkecuali untuk tayang beberapa cerita kartun dari Korea. Kalau tak silap dalam tahun 2002 hingga 2005. Ada beberapa cerita yang TV2 tayang, antaranya:
  • Uniminipet
  • Che Che Pong Kimchi Pong
  • Taekwon Kid Typhoon Kang

1. Uniminipet



Siapa yang tak kenal kisah budak lelaki yang kena jaga patung kucing yang boleh bercakap kan? Lagu yang cukup catchy. Aku ingat lagi waktu tu memang wajib mengadap depan TV nak tengok cerita ni. Sanggup stop main kat luar dengan kawan-kawan sebab tak nak miss satu episod.

2. Che Che Pong Kimchi Pong



Aku tak pasti ejaan mana yang betul. Ada yang eja Chaechaepong Kimchi Pong. Ada yang eja Chi Chi Pong Kimchi Mong. Kartun ni tayang waktu petang nak dekat maghrib. Lepas Uniminipet tamat, kartun ni sambung. Memang tak pernah missed waktu tu tengok. Kisahya pasal budak lelaki yang boleh guna kuasa kimchi untuk selamatkan dunia. Dengar cerita sampai sekarang scene kartun ni ada terselit dalam iklan Apollo kat TV2.

3. Taekwon Kid Typhoon Kang



Kisah Kang Typhoon (atau Kang Taepoong), budak lelaki yang terrer tae kwan do. Cerita ni tayang waktu petang. Tak silap dalam 4.30 petang macam tu lah. Seminggu sekali kat TV2. Selalu tengok lepas balik sekolah. Ada episod yang tak sempat tengok kes tiap kali cerita ni tayang, ada je kelas tambahan.

Selain TV3 dan NTV7 yang selalu tayang kartun (majoriti anime), TV1 dan TV2 pun ada banyak kartun. Mungkin ramai yang tak tahu sebab slot masa banyak berubah waktu tu.
  • Captain Tsubasa (TV2)
  • Dear Boys (TV1)
  • Grander Musashi (TV2)
  • Mojacko (TV1)
  • Monkey Typhoon (TV2)
  • Planet Survival (TV1)
  • Princess Tutu (TV2)
  • Rocket Kidz (TV2)
  • Samurai X atau Rurouni Kenshin (TV2)
  • Secret of Akko Chan (TV1)
  • Star Ocean EX (TV2)
  • Wedding Peach (TV1)

Aku tak ingat. Memang banyak sebenarnya yang RTM tayang. Cuma waktu tu ramai peminat anime fokus kat TV3 dan NTV7. Sebab anime kat situ kebanyakannya baru-baru dan hebat-hebat. Ada sampai NTV7 siap pergi tayang anime tengah-tengah malam macam anime Jigoku Shoujo dan Trinity Blood. Tapi bahasa diorang pakai ni bahasa original. Macam Jigoku Shoujo, diorang guna bahasa Jepun. Subtitle ada disediakan. Dalam Bahasa Malaysia lagi tau.

Sanggup tidur lewat sebab nak layan cerita ni.

Sama jugak dengan anime Bleach! kat TV3. Tayang pun waktu malam dan guna Bahasa Jepun. Time tu memang tak biasa tengok sebab selalunya anime yang tayang kat Malaysia akan dialih suara atau dubbing dalam Bahasa Malaysia.

Kenangan melayan kartun zaman sekolah. Lepas je tamat sekolah, memang kurang 100% tengok anime. Time tu mula layan drama (Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan dsb). Kecewa jugak bila ada beberapa anime yang hebat tak ditayang sampai habis. Contohnya Inuyasha dan Naruto. Spoil mood nak tengok. Slam Dunk aku tak pasti tayang habis ke tak. Sebab dulu aku ingat masa tahun 2001, NTV7 tayang waktu pagi. Pastu tiba-tiba stop. Sambung balik waktu tengah hari. Lepas tu aku tak pasti terus sambung sampai habis ke tak. Macam biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap takde.

Generasi sekarang banyak layan anime secara online. Ye lah. Dulu tengok kat TV pun sebab best diorang punya dubbing dalam bahasa kita. Tak banyak sumber nak tengok anime waktu tu. Dengan kos internet yang mahal. Lebih senang nak tahu episod bila layan online. Sebab setiap episod akan ada tajuk sendiri. Tak macam kat TV. Episod ke berapa pun tak ditulis, apatah lagi tajuk setiap episod tu.

Nak sangat suatu masa nanti, stesen TV kita betul-betul serius dalam menayangkan anime atau mana-mana kartun. Tayang sampai habis dan kalau boleh jangan tukar-tukar slot masa. Pening nak catch up nanti. Kembalikan zaman kegemilangan anime dan kartun suatu ketika dulu. Stesen TV berebut nak tayang kat channel diorang.

20 comment (s):

  1. nama kartun begini agak asing buat..

    ReplyDelete
  2. Jarang2 tonton cerita kartun yang macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah saya. Bila dah meningkat usia, makin kurang layan kartun macam ni. Anak-anak buah je yang gigh tengok.

      Delete
  3. ahhh bestnya tengok kartunnn.. rindu rasanya

    ReplyDelete
  4. Ammi dulu x minat anime. Tapi sekarang anak dara ammi yg F1 alahaiiiii setiap hari ada peluang dia pegang remote je mmg anime lah yg dia buka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok anime memang ketagih. Kalau start tengok, alamat sampai takde kesudahan duk mengadap TV.

      Delete
  5. Chaechae pong tu nostalgia ye. Sampai bergaduh dgn adik berebut nak tengok kartun ni ke nk tgok Akademi Nasyid kat TV1. Hahaha igt lagi XD

    Grander Musashi pun best cerita pasal memancing.

    Pastu ada satu cerita tu yang mcm perempuan ni jadi penjaga budak2 (kalau ak silap) pastu lagu ending dia "Doe a dear a female deer, Ray a drop of golden sun~" Tu pun best jgk tp tak tahu tajuk dia apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita. Berebut remote nak tukar channel. Last-last menang jugak. 😄

      Grander Musashi best. Seiyuu (pelakon suara) tu pun best. Ngam betul dengan karakter.

      Cerita Trapp Family Story ke? Ke anime apa? Setakat ni tak jumpa lagi anime yang ada ED lagu tu.

      Delete
  6. dulu memang ingat semua kartun kat tv tu dari jepun, kalau dari negara lain pun memang tak tahu sebab semua dubbing dalam malay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mostly anime Jepun. Ada je dari negara lain. Tapi tak banyak dibawa masuk.

      Delete
  7. salam ziarah..seorang PENUKIL..kata yang baru Etuza jumpa..penulis pengkarya maksudnya kan BK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Suka guna term 'penukil' berbanding author.

      Delete
  8. Yeyy betul la tuuu. Haha finally jumpa jugak tajuk kartun tu. Trapp Family Story rupanya.. Hehe thank youuu! Excited betul bila dah tu ni hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Saya pun ingat-ingat lupa. Bila tengok OP kat YouTube, baru ingat.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.