What's up?

  • run

    HOME

Shopee Express: Status delivered tapi barang tak sampai pun.


Untuk yang biasa shopping online kat Shopee, pernah berlaku tak kejadian aneh dan misteri ni? Barang yang kita order tak sampai pun kat rumah atau tangan kita. Tapi dalam sistem, status tu ditulis 'delivered'.

Aku pelik. Bukan apa, aku sepatutnya kena bayar guna COD. Tapi siapa yang bayarkan barang aku tu? Siapa penerimanya? Kalau driver tak sempat hantar, kenapa aku tak terima apa-apa panggilan dari dia? At least inform yang barang tu tak dapat dihantar atas sebab sekian-sekian dan status terpaksa dibuat 'delivered'.

Kenapa status delivered tanpa barang?

Lama dulu aku pernah alami benda ni tapi dari J&T. Barang tak sampai tapi dalam status ditulis delivered dan bukannya delivery attempt was unsuccessful. Dua benda ni lain tau.
  • Delivered: Kurier dah hantar barang kepada penerima.
  • Delivery attempt was unsuccessful: Kurier tak dapat hantar barang kepada penerima atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Rupanya waktu tu dah malam. Aku syak driver J&T tak sempat nak hantar. Dan memang betul. Dia call aku. Dia kata barang tak sempat hantar. Dia terpaksa buat status delivered sebab barang tu dia bawak balik rumah dia. Jadi, takpe lah macam tu. At least aku tahu barang aku tu selamat dan tak salah alamat.

Untuk Shopee Express ni, aku tak pasti kenapa status delivered. Driver takde call aku. Aku contact office pun tak diangkat. Last-last aku call nombor telefon driver yang biasa hantar barang kat aku kes dia pernah call aku sebelum ni sebab tak jumpa rumah. Bila check, dia cuti semalam. Orang lain yang bertugas. Tapi katanya dia akan cuba contact orang yang bertugas tu.

Barang belum dihantar lagi

Rupa-rupanya barang aku tu memang tak delivered pun. Tak salah alamat. Driver tu yang belum hantar lagi. Katanya tak sempat nak hantar. Tak boleh nak pulangkan semula sebab office dah tutup. Nak tak nak, barang tu kena bawak balik rumah dan buat status delivered.

Lagi satu, katanya dia dah WhatsApp aku. Adoi. Aku dah lama tak aktif WhatsApp. App pun tak install dalam phone. Memang tak terbalas lah macam tu.

Bamboo tissue yang aku beli.

Lembut dan berkualiti tisu ni.

Saspens betul lah. Nasib baik barang aku beli tu bukannya mahal beriban pun. RM4.90 je. Cuma aku risau seandainya orang lain terpaksa bayar COD. Bagi aku, kalau kes macam ni, lebih baik call. Tak perlu mesej pakai WhatsApp ke Telegram ke. Sebab belum tentu customer ada akaun app tu semua. Tapi tak tahu lah. Mungkin waktu tu driver tak cukup credit nak call.

8 comment (s):

  1. Oh! ada ya kes macam ni. Dah tertulis rezeki kita akhirnya dapat jugak kan. Alhamdulillah.

    Macam kes Mrs. A lain sikit status delivered tapi barang tu jiran sebelah punya siap Mrs. A dah open lagi tapi bila tengok bukan barang yang sepatutnya Mrs. A terima. Terus check kat details penerima tu la Dr yang punya terus Mrs. A pi rumah Dr yang selang sebuah rumah dari Mrs. A. Explain apa yang patut sambil tunjukkan status shoppee Mrs. A kat dia. Mujurlah Dr. okay je tak marah sambil cakap takpe kak ini barang budak-budak je sabun diaorang nih! fuh! lega. Kalau tak naya Pak Karim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman kita pun sama yang ni. Pernah sekali Shopee Express salah hantar barang sebab nama sama satu kampung. Nasib baik tak bukak sebab tengok alamat lain. Dan kebetulan ada nombor phone driver tu. Dia pun tak perasan salah alamat. 😂

      Delete
  2. Kes J&T tu pernah jadi, tapi tak pernah guna lagi Shopee Express. Maybe dia tak call sebab takut tengah busy ataupun whatsapp tu memang SOP dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal WhatsApp sebagai SOP tu rasanya tak logik. Even kalau dia send mesej guna WhatsApp sekalipun tapi customer tak reply atau seen, dia tetap kena contact customer sampai dapat. 🤔

      Delete
  3. Pelik jugak tu status delivered tapi belum bayar sebab COD. Pernah jadi tapi dapat barang lain. Tertukar dengan orang lain. Mujur satu taman je, no rumah sama tapi jalan lain. Mujur contact orang tu. Dah buat report kat DHL senyap sepi sampai sekarang. Huhu...
    Ohh rupanya mereka terpaksa juga buat status delivered ye. Tapi boleh pulak bawa parcel balik. Policy courier ni kadang luar dari rules. Huhu... Syukur barang selamat sampai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nasib baik kita ni tak berani nak bukak barang orang. Saya memang pernah buat report masalah kurier tapi macam biasa, takde feedback.

      Rasanya kalau ikut terma, barang yang diambil dari pusat delivery, kena hantar sampai habis kat customer, tak boleh bawak balik rumah, apatah lagi sesuka hati tukar status delivered.

      Delete
  4. Patutnya dia kena call..atau dia taktau kalau takde double blue tick tu maknanya recepient tak terima mesej.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sepatutnya macam tu. Kalau tak dapat call baru cuba cara lain.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.