What's up?

  • run

    HOME

Menjajan lagi. Kali ni makan Twisties Spicy Seaweed Splash.


Twisties kalau buat flavour baru, jarang tak best. Sebetulnya, tak pernah lagi aku rasa flavour yang tak best dari Twisties ni. Dari flavour BBQ, sampai lah kaya butter toast, semua best.


Berkesempatan nak merasa salah satu flavour baru keluaran Twisties iaitu Spicy Seaweed Splash. Tengok je gambar kat packaging tu, memang terasa jajan yang dipenuhi seaweed atau rumpai laut. Aku beli kat Lazada. RM5.64 untuk 3 bungkus. Murah jugak kan?


Rasa flavour ni memang sedap. Rasa pedas rumpai laut yang meletup-letup dalam mulut. Memang agak pedas tapi masih boleh makan. Habis sebungkus, aku terpaksa minum air sebab boleh rasa kepedasan kat lidah. Pedas tu bukan pedas fake atau artificial tapi rasa pedas cili fresh. Macam baru petik dari pokok.


Berbaloi jugak lah beli. Memang tak mengecewakan. Tapi Twisties ni jarang nak jumpa kat kedai. Aku cari kat dua pasar raya pun takde. Nak tak nak, kena beli online jugak.

12 comment (s):

  1. Dah macam-macam perisa muncul sekarang. Tadi nampak kat twitter ada orang share gambar Twisties perisa kaya dan butter hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu pun best. Sempoi je flavour kaya butter tu.

      Delete
  2. menarik pulak. lama tak makan twisties. btul tu, flavour rare memang susah nak jumpa di kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tak tahu sebab stok tak cukup atau customer yang banyak beli. Memang kena beli online jugak.

      Delete
  3. wow pestime tengok nii! nampak sedap since saya suka seaweed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Saya yang jarang makan seaweed pun ketagih jajan ni.

      Delete
  4. Menarik juga flavour Spicy Seaweed Splash ni. Memang tak pernah nampak lagi. Agaknya beli online jelah ada kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kedai rasmi Mondelez dalam Shopee atau Lazada. Memang kat situ je saya selalu beli.

      Delete
  5. jangan dioffer jajan ni pada anak ammi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan. Jajan ni memang boleh buat kita ketagih. 😅

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.