What's up?

  • run

    HOME

Coklat Cadbury Dairy Milk viral? Gabungan rasa yang unik.


Ni antara coklat yang aku cari tanda harga tak jumpa kat pasar raya hari tu. Mesin untuk check harga pun takde. Alahai. Main agak je lah harga coklat-coklat ni. Tahu harga sebenar pun masa bayar kat kaunter.

Perisa Harga
Pandan coconut 37 gram RM2.90
Chipsmore 40 gram RM3.30
Oreo 60 gram RM4.20

Sebelum ni aku dah pernah rasa perisa pandan coconut. Bau daun pandan masa makan tapi rasa tu, lebih kuat rasa coklat. Rasa pandan light je. Masa kunyah, ada rasa crunchy. Tak tahu aku apa dia. Mungkin kelapa parut yang dicampur sekali dalam coklat tu.


Aku beli perisa Chipsmore sebab nampak lawa dia punya paket. Warna ungu dan kuning yang striking. Rasa terliur tiba-tiba. Tapi rasa tu kureng sikit. Tak rasa sangat ada Chipsmore dalam tu. Aku ingatkan tekstur coklat tu macam Chipsmore. Berbiskut. Tapi tekstur coklat biasa.

Antara 3 perisa ni, aku paling suka Oreo. Sebab coklat Cadbury Oreo ni lain daripada yang lain. Bukan coklat kosong. Ada lapisan Oreo kat tengah-tengah. Bila makan, memang sedap je rasa kerangupan Oreo tu. Macam coklat Ritter Sport perisa peppermint yang aku pernah beli sebelum ni. Ada inti kat dalam coklat. Coklat pesen gini memang tak pernah tak sedap. Sekali makan, memang boleh habis satu bar tu.

10 comment (s):

  1. Harga beza-beza ikut berat.

    ReplyDelete
  2. Menarik rasa nak try yang oreo. Dah try chipsmore and rasa dia mmg biasa biasa je tak ketara chipsmore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Chipsmore least favourite. Better makan yang original daripada Chipsmore.

      Oreo memang sedap. Jadi pilihan lah kalau nak beli coklat Cadbury lepas ni.

      Delete
  3. Replies
    1. Kann. Antara coklat yang best dijual kat Malaysia.

      Delete
  4. Saya suka semua flavor diatas.. Yang pandan tu, yup ada kelapa kering.. tu yang crunchy.. best layan..

    ReplyDelete
  5. citarasa yang sama . CCL pun suka Cadbury Oreo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kombinasi tu memang ngam. Rasa pun best.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.