What's up?

  • run

    HOME

Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut dilimpahi haruman pandan dan freebies.


Akhirnya dapat jugak merasa coklat pandan kelapa dari Cadbury ni. Selalu tengok review je. Kali ni dapat jugak rasa sendiri 'keenakan' coklat ni.

Aku beli kat Lazada. Kebetulan waktu tu ada promo free shipping untuk barang yang harga at least RM8. Coklat ni RM8.10 seketul. Kalau seller buat promo, boleh dapat RM5.95 je. Kat luar, tak tahu lah berapa harganya. Saja nak try beli coklat kat seller ni. Selalunya kalau aku beli dari sini, aku tak beli coklat. Aku beli serbuk coklat atau jajan je.

Link kedai: Mondelez

Terpaling best, setiap kali beli, seller akan bagi freebies atau barang percuma. Paling kurang, dia akan bagi dua batang coklat Zip. Bagus kan? Tak kedekut. At least, dapat dia promote product yang lain. Orang kata, sambil menyelam minum air. Barang yang diberi pun memang rare. Kalau kat kedai luar, kena beli product Cadbury dengan harga tertentu, baru dapat freebies macam ni.


Best ke coklat pandan kelapa ni? First of all, cita rasa kita semua tak sama. Bagi aku, aku tak rasa sangat kekuatan flavour pandan tu. Rasa light je. Rasa coklat lagi kuat. Dari segi bau pulak, memang ada bau pandan. Tapi bukan semerbak bau daun pandan macam bau nasi lemak tu. Overall, sedap tapi aku takkan makan selalu flavour ni.


Bila fikir balik, elok jugak composisi pandan yang diorang masukkan. Kalau terlalu kuat, memang tak lalu nak makan. Sebab nanti rasa makin pelik. Ibarat letak esen pandan dalam coklat. Boleh bayangkan tak? Rasa tu ada tapi kalau terlebih letak, memang jahanam keseluruhan rasa tu.

Tapi agak kecewa sikit. Seller main taruk coklat yang mudah cair ni dalam parcel yang ada bubble je. Lepas tu, letak ice pack. Sampai rumah, coklat dah cair. Cepat-cepat aku masukkan dalam fridge. Pelik aku. Sepatutnya kena letak ice pack dan coklat tu dalam insulator. Baru coklat tak cair. Sebab insulator tu dapat tahan panas dan kekalkan suhu sejuk.

Ingat lagi tak entri yang aku pernah cerita pasal coklat Ritter Sport? Seller tu memang bagus betul. Siap ada insulator. Coklat pun dibalut dengan bubble wrap. Bila sampai rumah, memang 100% elok.


Mungkin lepas ni aku kena inform seller. Sebab 3 kali aku beli coklat, 3 kali jugak macam tu. Cair. Sekarang kalau aku nak beli barang seketul atau dari kedai yang sama, aku akan beli kat Lazada. Lazada memang selalu bagi RM8 free shipping. Kalau nasib baik, akan dapat voucher free shipping no minimum spend.

8 comment (s):

  1. Replies
    1. Memang. Ni stok pun ada banyak lagi tak termakan. 😅

      Delete
  2. tak pernah beli coklat online. ada pros and cons jugak la. dapat freebies memang best. tak coklat cair tu tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Harga dah murah tapi berisiko kalau seller tak alert benda-benda macam ni.

      Delete
  3. koko, pandan dan kelapa.. satu kombinasi yang rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi tak semua yang suka. Macam saya, tak boleh nak makan selalu.

      Delete
  4. Antara cadbury kesukaan saya sebab bits kelapa kering tu..

    ReplyDelete
  5. belum pernah cuba , ramai yang review mengatakan cadbury pandan ni sedap

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.