What's up?

  • run

    HOME

Komen tak muncul di ruangan komen Blogger? Jom publish not-a-spam comment!


Isu komen dalam Blogger bukan benda baru. Acap kali berlaku masalah. Kadang bila kita aktif mengomen, tiba-tiba muncul reCAPTCHA iaitu sejenis sistem tapisan untuk halang spam aka robot. Kadang tu jugak, bila ralit komen kat blog orang dan tekan 'Publish', komen kita tu tak muncul. Sedangkan owner blog takde buat setting comment moderation pun (yakni owner kena approve setiap komen).

Pelik bin ajaib kan? Sebenarnya, komen yang kita dah hantar atau 'Publish' tu ada. Tapi dalam dashboard owner, komen kita tu ditanda sebagai spam. Ya. Spam. Kenapa? Mungkin sebab masa kita tengah aktif mengomen, sistem Blogger ada detect something yang tak kena waktu tu. Mungkin kita terlalu aktif komen sampai Blogger anggap kita ni robot atau spammer yang nak memeriahkan ruangan komen.

Cara nak publish komen yang disalah erti sebagai spam:
  1. Log in Blogger > Comments.
  2. Klik icon arrow kat bahagian atas senarai komen dan pilih Spam.
  3. Kat senarai komen, hover (guna desktop) atau klik ⋮ (guna phone) dan klik tanda right (Not spam).
  4. Akan mucul pop-up dan klik PUBLISH.





Lepas dah buat langkah-langkah ni, komen yang ditanda sebagai spam sebelum ni, akan muncul dalam kotak komen. Tapi kalau komen tu memang spam, sila lah delete. Buat apa nak simpan lagi kan?

14 comment (s):

  1. Aha walaupun ada pengawasan (moderation) ada komen ditanda sampah. Nasib baik tengok.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih bro, memang ada komen termasuk dalam spam.. jem blogger ada masalah ini haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Memang tak boleh lari dari masalah komen. πŸ˜…

      Delete
  3. Ha betul, lately memang selalu kena check ruangan spam. Banyak komen legit sangkut kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Satu hal nak kena bukak situ. Harap masalah ni cepat-cepat setel. 😌

      Delete
  4. thanks for sharing.. kalau jadi lepasni senang lah nak betulkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga tutorial ni bermanfaat. πŸ˜€

      Delete
  5. betul tu , kadang terkomen banyak-banyak ada yang masuk dalam spam . CCL selalu juga check kotak spam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tu lah. Leceh jugak. Tapi nak buat macam mana. Nak elakkan komen spam yang betul, komen bukan spam pulak terkesan. πŸ˜…

      Delete
  6. Lagi satu, ada satu benda ni tak tahu lah dia masuk spam or tak. Bila blog tu tak moderation comment, akan ada satu timing bila blogger aktif komen, dia tak boleh komen dekat blog yang tak buat moderation ni. Kena uninstall browser and install balik baru dapat comment semula. Dah kali kedua saya terpaksa buat macam tu.

    hanya dekat yang moderation je saya boleh comment sebelum saya uninstall browser. Sebab dah pernah kena setahun lepas mcm tu, jadi tahu lah nak uninstall and install semula browser

    ReplyDelete
    Replies
    1. Clear cache dan history pun tak jadi ke? Teruk lah sampai kena uninstall browser. πŸ˜…

      Setakat ni saya blogwalking dan komen, takde masalah lagi. Terima kasih info. Kena hati-hati lah lepas ni.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.