What's up?

  • run

    HOME

Peliknya rasa granola perisa kelapa Amazin' Graze.


Waktu Shopee buat promo hari tu, sempat aku rembat 2 ketul granola. Bukan selalu dapat diskaun 50% kan? Jadinya aku pun beli lah promo bundle of 2 ni. Boleh pilih flavour. Aku pilih kedua-dua flavour kelapa.

Dulu aku pun pernah beli nut mix dari seller ni. Harga boleh tahan. Nak beli selalu memang tak lah. Walaupun harga agak mahal tapi rasa kacang yang aku beli tu sedap sangat. Ditambah lagi dengan kerangupan setiap biji kekacang yang ada dalam tu.


Yang baru ni, aku saja nak cuba granola sebab aku tak pernah merasa lagi granola sebelum ni. Ada dua iaitu coconut kaya dan blueberry coconut. Kombinasi pertama tu macam elok tapi kombinasi kedua tu macam pelik sikit kan? Ngam ke kelapa campur beri biru?

1. Coconut kaya


Aku masukkan dalam air susu kotak perisa coklat. Ada je susu putih tapi saja nak cuba campur susu coklat. Rasa granola flavour coconut kaya ni lebih kepada rasa kelapa. Masa gigit tu ibarat gigit kelapa parut. Kaya tu rasa light sangat. Macam takde. Tapi bila betul-betul kemam dalam mulut, baru terasa cebisan kaya.

2. Blueberry coconut


Flavour ni aku tak campur dalam susu pun. Makan ratah macam tu je. Sama macam flavour coconut kaya, flavour kedua ni lebih kuat rasa kelapa berbanding blueberry. Tak manis dan tak tawar. Sebab tu aku boleh ratah macam tu je sampai habis.

Bagi aku, aku lebih suka rasa nut mix yang aku pernah review sebelum ni iaitu coconut curry dan sweet chilli. Masa makan, boleh rasa ke-elegan-an perisa-perisa tu. Aku tak berapa suka sangat granola perisa coconut kaya dan blueberry coconut. Tak rasa macam mahal pun granola tu. Mungkin sebab kuat sangat flavour kelapa berbanding kaya atau blueberry.

6 comment (s):

  1. "ke-elegan-an"... Im impressed dgn perkataan ini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak jumpa perkataan Bahasa Malaysia yang sesuai. 😅

      Delete
  2. bluberry kelapa nampak cam sedap. mama ni agak kureng kelapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Saya pun rasa kalau takde kelapa tu, granola ni akan lagi best.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.