What's up?

  • run

    HOME

Mamee Monster x We Bare Bears Family. Perisa rendang? Best ke?


Hari tu barang yang aku order dari Shopee dah sampai. Yahoo! Bapak besar kotak. Aku beli pek besar Mamee Monster yang ada satu pek We Bare Bears Family dalam setiap pek tu. Memang dulu plan nak beli tapi tak terbeli kes duk pikir berbaloi ke tak.

Masa awal-awal promo, Mamee ada bagi seketul tumbler untuk setiap pembelian RM15 pek limited edition ni. Tapi sekarang, diorang dah ubah kepada contest pulak. Tak tahu lah sama ada tak cukup stok atau terlalu ramai permintaan nak dapatkan tumbler tu. Ye lah. Barang baik. Limited edition dan percuma pulak tu. Siapa yang tak nak kan?

Promo lama.

Promo baru. Hahaha. Tak kuasa pulak aku nak join.

Setiap pek (8 ketul) ada satu pek Mamee beruang. Bukan perisa beruang ya tapi perisa rendang. Diulangi, perisa rendang. Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba Mamee nak buat perisa rendang. Nak kata viral pasal rendang, tak jugak. Kalau perisa pandan, gula melaka atau onde-onde tu logik lah jugak kan? Perisa ni tengah viral sekarang.

Dalam pek besar ni ada 8 pek kecil termasuk satu pek beruang.

Lengkap 3 ketul.

Alhamdulillah. Aku dapat ketiga-tiga pek beruang tu. Ada 3 warna berlaianan iaitu biru, kuning dan pink. Semua ni mewakili karakter kartun beruang ni iaitu Ice Bear (biru), Panda (kuning) dan Grizzly (pink). Viral ke cerita beruang ni sekarang? Aku tak pernah tengok lagi.

Perencah je yang lain.

Bagi aku, rasa rendang terlalu kurang. Tak terasa pun bila campur dalam mi Mamee tu. Aku nak explain macam mana ya? Rasa rendang tu seolah-olah timbul tenggelam. Kadang ada rasa rendang, kadang takde pun. Tak macam perisa ayam, BBQ atau pedas tu. Bila aku makan perisa-perisa ni, memang rasa kick. Tapi bila makan perisa rendang, kick tu takde. Tapi masih boleh dimakan. Bukannya macam perisa nasi ayam Hainan dulu tu. Perisa tu memang aku tak boleh makan. Tak kena dengan tekak.


Untuk beberapa minggu ni, terpaksa menjajan lagi lah. Kena habiskan stok yang ada. Kalau kira, total pek Mamee yang aku ada termasuk beruang ni sebanyak 48 ketul. Nak bagi kat anak-anak buah, semua duk jauh-jauh. Terpaksa lah makan sendiri sampai habis.

16 comment (s):

  1. First time tau ada perisa rendang.. X jumpa lagi ni

    ReplyDelete
  2. nampak comel pulak packaging mamee ni , ccl belum rasa lagi , memang rasa-rasa rendang ke bila makan mamee ni ?

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak makan mamee monster. huhu :)

    ReplyDelete
  4. Dah lama gila tak makan mamme monster ni, bila tengok post ni rasa nak beli pula

    ReplyDelete
  5. Dah try yang perisa rendang. Tak berapa sedap. Macam lari je rasa Mamee Dan perencahnya

    ReplyDelete
  6. Comelnya we bare bear ni. Lama sungguh tak makan mamee monster ni

    ReplyDelete
  7. comel pulak mamee monster beruang tu

    ReplyDelete
  8. Hehe pelik betul pilihan Mamee untuk ketengahkan.
    Entah-entah ada perisa nasi lemak.
    Popular juga kartun beruang itu. Ada unsur lawan sinis.

    ReplyDelete
  9. Macam comel pulak packaging mamee monster beruang ni. Lain macam perisa yang mamee keluarkan. Unik ada rasa rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik jugak. Musim beruang kot sekarang ni. Kat 7e pun ada jual biskut beruang ni.

      Delete
  10. Ada dapat juga tapi dua warna je.. Ingatkan berlainan rasa, rupanya sama je.. Warna je berbeza.. Suka plastik dia je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mi sama. Perisa je yang lain. Plastik tu memang boleh simpan buat koleksi. 😄

      Delete
  11. Packaging dia comel betholllll tapi macam takut nak try perisa rendang tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap je rasa tu. Cuma tak menepati ciri-ciri asli rendang.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.