What's up?

  • run

    HOME

Rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober 2021. Apa syaratnya?


Baru sebentar tadi diumumkan kebenaran untuk rakyat Malaysia merentas negeri. Takde SOP baru yang digunakan. Maksudnya semua negeri boleh direntas tanpa perlu isi borang dsb. Dengan pengumuman tadi, ada dua perkara yang terlibat, iaitu:

1. Mereka yang telah lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan rentas negeri.

Vaksin Dos Syarat
Pfizer-BioNTech 2 Cukup 14 hari lepas suntikan dos ke-2
AstraZeneca 2 Cukup 14 hari lepas suntikan dos ke-2
Sinovac 2 Cukup 14 hari lepas suntikan dos ke-2
CanSinoBIO 1 Cukup 28 hari lepas suntikan
Janssen 1 Cukup 28 hari lepas suntikan

2. MyTravelPass dimansuhkan bagi mereka yang ingin keluar masuk negara.

Ya. Bukan je dalam Malaysia yang terkesan. Tapi untuk mereka yang nak pergi ke luar negara, kini Jabatan Imigresen Malaysia tak lagi guna pakai MyTravelPass iaitu sistem yang digunakan untuk memudahkan keluar masuk rakyat Malaysia dan foreigners sepanjang pandemik COVID-19.


Tapi sentiasa beringat lah. Jangan sampai excited dapat balik kampung, lupa segala mak nenek SOP. Bertandang rumah jiran sekampung. Paling takut bila virus melekat ikut balik sekali.

Harapnya plan kali ni menjadi lah. Risau kat mak ayah kat kampung. Walaupun dah lengkap vaksinasi, tetap ada kebarangkalian untuk kena COVID-19. Entah orang dari mana yang berpusu-pusu balik nanti. Semoga balik tanpa bawak penyakit.

15 comment (s):

  1. alhamdulillah . berita yang rakyat malaysia tertunggu - tunggu

    ReplyDelete
  2. Akhirnya...Dibenarkan juga untuk merentas negeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga mereka yang betul-betul perlu balik kampung, dimudahkan urusan.

      Delete
  3. Akhirnyaaaa, berita yang ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia. Memang ramai dah standby nak apply cuti hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Harap takde lah abaikan SOP nanti. Risau jugak duk bawak balik virus kat kampung walaupun dah lengkap dua dos.

      Delete
  4. memang seronok dngr dah boleh rentas negeri...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..mudah urusan nak merentas negeri. Balik kampung pun spend time kat rumah sendiri je lah kan. itu pun dah cukup puas hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang tak boleh lah nak singgah rumah jiran-jiran sekampung. Risiko tetap ada.

      Delete
  6. Tunggu anak ammi complete 2nd dose brlah rentas dgn aman

    ReplyDelete
  7. Finally kita dah boleh rentas negeri. Tiada lagi proses nak kena minta surat dan seabgainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Semoga kita semua lebih alert dalam menjaga SOP.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.