What's up?

  • run

    HOME

Hadiah giveaway blog Shida Radzuan dah sampai.


Tak lama dulu, blogger Shida Radzuan ada buat GA. Tak sangka rezeki untuk terpilih kategori entri pilihan. Sebenarnya dalam entri aku tu, aku ceritakan sebab kenapa aku suka singgah blog beliau setiap kali ada entri baru.



Tak lama lepas pemenang diumumkan, hadiah pun dihantar. Dah lama aku dapat. Cuma sekarang baru sempat nak buat entri ni. Antara hadiah yang diberi adalah phone stand, sambal garing Wanez, magnetic bookmark, sheet mask dan face mask dari Jovian.



Terima kasih banyak-banyak atas hadiah-hadiah ni. Sejujurnya aku tak pernah pakai sheet mask seumur hidup. Pernah beli brand Garnier tapi sampai sekarang tak pakai. Mungkin nanti boleh cuba. Mana lah tahu kot-kot lepas ni muka berubah jadi macam Song Joong Ki.


Paling menarik perhatian aku kat sini adalah sambal garing. Sambal garing yang aku dapat ni jenis ikan bilis dan pucuk ubi. Sambal bilis ni kelihatannya sungguh mengancam gitu. Boleh lah makan sekali dengan nasi putih nanti. πŸ˜‹

22 comment (s):

  1. silalah pakai face sheet mask tu pastu ambik gambar dan buat entry. baru ngam

    ReplyDelete
  2. wahhh dapat sambal garinggg . makan dengan nasik panas panas tu sedap gilaaa tau . ehh tetiba lapar huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Terasa sedap pulak. Nasi kosong pun boleh sedap ni.

      Delete
  3. Hehe tidak dapat bayang kali pertama pakai topeng kecantikan.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  4. tahniah tuan. mmg menarik sambal garing tuh...

    ReplyDelete
  5. tahniah menang hadiah, nampak sedap sambal dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ‘

      Itu lah. Tengok gambar pun dah terasa kesedapan.

      Delete
  6. tak kenal siapa Song Joong Ki tapi nak ucap tahniah jugaklah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. πŸ‘

      Kalau peminat Kdrama atau Kmovie mesti kenal Joong Ki ni.

      Delete
  7. Wah,tahniah BK!! Smbal tu macam sedap jer tengok.Hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sambal garing ni memang betul-betul garing. Sedap bila makan dengan nasi putih.

      Delete
  8. Alhamdulillah..tahniah! Dah tertulis rezeki BK. Selamat menikmati sambal garing ikan bilis pucuk ubi dan memanjakan diri pakai sheet mask:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Segan pulak nak pakai sheet mask tu. πŸ˜‚

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.