What's up?

  • run

    HOME

Santai tengok Sinkhole, filem terbaru 2021 dari Korea.


Tajuk: Sinkhole
Genre: Action, comedy, disaster, drama
Bahasa asal: Korea
Tarikh tayangan: 28 Oktober 2021
Tempat tayangan: GSC (Malaysia)
Pelakon: Cha Seung Won, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo, Kim Hye Jun, Nam Da Reum, Ko Chang Seok, Kwon So Hyun

Sinopsis

Kisah Park Dong Won bersama isteri dan anaknya yang baru pindah ke rumah baru. Rumah ni dia berjaya beli selepas 11 tahun bekerja. Adat orang Korea, untuk meraikan masuk rumah baru, diorang akan buat housewarming party. Park Dong Won ni ajak lah rakan sekerja dia datang ke rumah baru dia.


Tapi nasib malang menimpa. Disebabkan hujan yang lebat, bangunan rumah dia tenggelam 500 meter ke dalam tanah dalam masa seminit je. Dia dan beberapa orang lain terperangkap dan tak boleh keluar dari situ. Maka, bermula lah misi diorang dalam mencari cara untuk keluar selamatkan diri.

Ulasan

Cerita ni sangat menarik untuk ditonton. Sekarang tengah tayang kat pawagam Malaysia. Filem ni boleh dikategorikan sebagai disaster comedy film iaitu filem berkaitan bencana dan dalam masa yang sama ada unsur lawak. Part awal tu agak awkward sikit. Tapi lepas bangunan tu tenggelam, makin menarik pulak untuk terus tengok.


Jalan cerita filem ni mudah sangat nak faham. Takde plot twist dan penggunaan otak yang berat. Dari awal lagi boleh expect jalan cerita macam mana. Unsur lawak yang ada pun memang tak kering gusi duk ketawa berdekah.


Paling best unsur adventure yang ada dalam filem ni. Bila satu bangunan (5 tingkat) tu tenggelam ke dalam tanah, Park Dong Won dan yang lain terpaksa cari cara untuk keluar dari situ. Ibarat misi survival tapi dalam situasi yang lucu.


Yang aku pelik, team Search and Rescue (SAR) macam takde function. Ada scene yang menunjukkan team diorang dah cuba masuk tapi macam tak pro aka amateur pulak tengok. Orang dah tenggelam dalam tanah, esoknya baru nak guna drone untuk pantau keadaan kat bawah. Tapi tak berjaya sebab line takde.


Bila lubang tu dah dipenuhi air sebab hujan, takde pulak apa-apa bantuan yang melibatkan pasukan diving dsb. Diorang banyak duk dalam khemah dan bincang plan tak habis-habis. Seolah-olah rileks sangat. Bila Park Dong Won dan yang lain-lain berjaya timbul ke permukaaan air, baru lah team SAR terhegeh-hegeh buat kerja. Aku yang tengok pun sakit hati.


Filem ni memang bukan filem berat. Kalau sesetengah filem lain, bila ada bencana macam ni, mesti dah melibatkan pihak-pihak yang cuai dalam pembinaan bangunan atau ahli-ahli politik yang salah guna kuasa. Tapi dalam filem ni takde sentuh pun pasal tu. Mungkin nak fokus kat perkembangan setiap watak dalam cerita ni.


Secara keseluruhan, aku memang enjoy tengok filem Sinkhole ni walaupun masalah kewujudan lubang besar penyebab bangungan tu tenggelam tak dibincangkan langsung. Filem yang santai, saspens dan lawak tak kesudahan. Memang sesuai kalau nak tengok sekali satu famili.

10 comment (s):

  1. cerita mcm ni best boleh tgk dgn anak² dan kena bersedialah dgn soalan² bonus dpd anak².. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Best tengok dengan famili. Jangan ditanya soalan cepumas sudah lah. πŸ˜„

      Delete
  2. Best gak ni kalau tengok kat wayang. Harap next weekend sempat lagi tengok

    p/s: tak baca entry sampai habis sebab sejenis yang tak suka spoiler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Recommended. Takpe. Nanti lepas tengok boleh singgah sini lagi.

      Delete
  3. best ni..mcm dah boleh imagine macam mana anak no. 2 ammi gelak nanti.
    tp kenapa takde kat netflix? kena masuk panggung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Netflix belum masuk lagi. Sekarang tengah tayang kat panggung wayang.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.