What's up?

  • run

    HOME

Final Piala Thomas dan Piala Uber 2020. Siapa jadi juara?

 Update: Indonesia juara Piala Thomas 2020, China juara Piala Uber 2020 (17 Oktober 2021)


Sesungguhnya hati ni masih lagi sedih dan pilu persis bait-bait lagu Awan yang Terpilu.

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Sekian lama Malaysia menanti. Kali terakhir Malaysia juara adalah pada tahun 1992. 29 tahun bukan satu tempoh yang singkat. Hafiz Hashim? Roslin Hashim? Lee Chong Wei? Choong Tan Fook - Lee Wan Wah? Koo Kien Keat - Tan Boon Heong? Diorang antara players terbaik yang Malaysia pernah ada. Tapi bukan rezeki lagi untuk kita kecapi dan julang piala yang cukup berprestij dalam sukan badminton.

Kemenangan Malaysia dalam Piala Thomas 1992.

Harapan kini tertumpu pada anak-anak muda: Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aaron Chia - Soh Wooi Yik dan beberapa pemain yang meningkat naik. Walaupun Malaysia tak mampu untuk bawak pulang piala, tapi semangat yang ditunjukkan setiap pemain kali ni memang another level. Gagal tak bermakna kalah. Semoga pengalaman yang ada dapat diorang guna untuk improve skill dan teknik dalam match akan datang.

Final final final!

  • Piala Thomas: China vs Indonesia
  • Piala Uber: China vs Jepun

Kalau bukan penyokong, kita hanya mampu jadi pemerhati. Final kali ni bukan calang-calang. Semua team final, Malaysia pernah lawan diorang. Memang terkedu. Jauh beza? Berdasarkan pemerhatian aku, team kita masih jauh lagi untuk samakan level dengan diorang. Kalau lawan secara individu, kita mungkin boleh menang. Tapi bukan secara team.

Bila main badminton, nak kata teamwork tu kena kuat, tak jugak. Teamwork hanya berkesan bila dalam beregu. Badminton tak sama macam bola sepak yang memang memerlukan teamwork 200%. Nak main secara solo dalam bola sepak? Mustahil.

Piala Uber? Kalau tengok situasi realiti sekarang, agak payah untuk team kita lepasi sekurang-kurangnya ke suku akhir. Dulu masa zaman Wong Mew Choo dan Wong Pei Tty - Chin Eei Hui, nampak bersinar harapan Malaysia untuk julang Piala Uber buat kali pertama. Tapi tetap bukan rezeki lagi.


Bagi aku, setiap pemain kena ada mindset untuk improve diri sendiri. Jadi lebih baik berbanding sebelum. Masa match Ng Tze Yong lawan pemain Indonesia, Jonatan Christie, boleh tengok kesungguhan dia untuk buktikan yang dia mampu bagi yang terbaik walaupun masih baru dan gap ranking yang sangat besar berbanding lawan.

Setakat entri ni ditulis, China berjaya rampas balik Piala Uber dari Jepun (yang juara tahun 2018). Piala Thomas tak start lagi. Mampukah Sang Garuda runtuhkan Tembok Besar China? Sama-sama kita saksikan. Semoga yang terbaik antara yang terbaik jadi juara.

Piala Thomas 2020

Date Time Match
Sun, 17 Oct Day 9 1.00 PM INA (3) vs (0) CHN
πŸ† CHAMPION: INDONESIA

Piala Uber 2020

Date Time Match
Sat, 16 Oct Day 8 7.00 PM JPN (1) vs (3) CHN
πŸ† CHAMPION: CHINA

Update (17 Oktober 2021, 11.50 PM)



Tahniah team Indonesia jadi juara Piala Thomas 2020. Setelah 19 tahun, akhirnya Sang Garuda berjaya merampas kembali piala. Tak lupa juga kepada team Piala Uber China yang berjaya rampas kembali piala dari team Jepun. Tahniah buat semua. Semoga kemenangan ni dapat membakar semangat team kita untuk julang kedua-dua piala tu suatu hari nanti.

8 comment (s):

  1. lama tak tengok live badminton games.. skrg tgk update dekat twitter jee siapa menang, kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kadang memang tak sempat nak follow up.

      Delete
  2. Malaysia boleh, keluarga sukan negara boleh

    ReplyDelete
  3. Belum rezeki Malaysia.. mungkin satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Dua tahun lagi lah nampaknya. Harapnya pelapis-pelapis baru ni terus cemerlang. Indonesia dah berjaya rampas Piala Thomas. Malaysia bila lagi? 😁

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.