Aku pernah buat entri pasal betik yang aku tanam kat laman rumah. Bulan April lepas, pokok betik tu dah mula keluarkan bunga.
Cumanya bunga tu tak lekat. Asyik luruh dari pokok. Entah tak cukup nutrisi apa aku tak tahu. Aku cuba siram pokok tu dengan air ikan, air beras dan air kulit bawang. Ada jugak aku tabur baja subur dan baja buah.
Alhamdulillah. Bunga lekat dan mula keluarkan buah. Dan minggu lepas, buah sulung pokok betik ni dah mula tunjukkan tanda-tanda masak. Aku petik, bungkus dalam surat khabar dan masukkan dalam kotak untuk peram pada 18 November.
Cukup seminggu iaitu hari ni, aku tengok buah yang aku peram tu dah masak dengan ranumnya. Tak sempat pulak aku nak snap gambar kulit buah tu. Kulitnya bertukar dari warna hijau kepada warna oren.
Aku belah. Separuh aku simpan dalam peti ais. Banyak betul bijinya. Isinya elok. Takde rosak atau kulat. Risau jugak rosak. Kes kawasan ni ada lalat buah. Mungkin sebab aku pasang perangkap serangga jenis pelekat warna kuning. Jadi lalat buah tak dapat kacau buah betik.




0 Comments