Aku ke bandar kejap. Nak beli susu kotak. Sebelum tu, aku singgah ZUS. Waktu tu dah masuk tengah hari. Ramai jugak pekerja luar yang lepak sambil sembang kopi dalam tu.
Aku order air Gula Melaka. Beli pun sebab ada makna. Nak collect sticker Travel lagi. Alang-alang promo masih jalan, boleh kumpul barang baik sambil minum kopi. Cup sleeve Travel habis stok kata staff. Nasib baik sebelum tu aku sempat kumpul beberapa ketul dari outlet lain. 😆
![]() |
| Sebelum kacau. |
![]() |
| Selepas kacau. |
Air kopi versi gula melaka ni kalau nak minum, kena kacau. Gula melaka tu ada kat dasar. Kalau biarkan, rasa tak manis dan pahit sikit.
Kejap je aku duk situ. Sekadar ambil gambar. Lepas tu, aku keluar. Minum kopi kat luar kedai bawah panas terik. Bukan apa. Sekarang musim influenza. Kalau kita tak jaga diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong jagakan? 😉




0 Comments