Tadi aku pergi pusing-pusing bandar jap. Banyak tempat singgah. Tempat pertama aku singgah ... ZUS. Sebab ada promo baru, aku pun ke sana.
Kali ni ZUS buat promo air-air mewakili 4 buah negara dalam Asia: Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura. Tak semua air kopi. Malaysia dan Singapura je yang ada kopi. Thailand guna teh dan Filipina guna ube.
Memandangkan aku dah pernah minum air Gula Melaka dan Ube Latté, jadi aku beli air Thai Milk Tea dan Kopitiam Double Espresso. Semua air yang ZUS promote ni versi ais. Takde versi panas.
Sempena promo ni, ada jugak voucher diskaun RM2. Masa nak check out, masukkan kod ZFPXRM2 untuk dapat diskaun. Boleh guna voucher ni untuk beli mana-mana 4 jenis air tu.
Aku cuba minum air Thai Milk Tea. Sedap. Standard rasa air milk tea yang aku pernah minum kat luar sebelum ni.
Aku beli versi Less Sweet. Teh ni pekat dan wangi. Warna teh yang diorang guna ni pun terang dan vibrant. Walaupun ada susu, teh Thai ni tak muak.
Lepas tu, aku cuba pulak air Kopitiam Double Espresso dari Singapura. Kuat bau kopinya. Kopi ni pekat. Bila minum, macam rasa arang gitu. Kopi ni kena kacau sebati sebab susu ada kat dasar.
Kopi ni pun aku order versi Less Sweet. Tapi rasa pahit. Mungkin sebab espresso tu diorang taruk double (hence the name).
Sebab pahit, aku mintak staff tambah gula. Bagi rasa normal. Dan bila aku minum, kopitiam ni jadi sedap pulak. 😆
Untuk promo travel ni, ZUS bagi cup sleeve dan sticker percuma. Nak dapat benda ni, kena beli at least seketul air antara 4 tu.
Tapi kan ... sticker kali ni tak diletak dalam plastik lutsinar. Tak tahu pulak aku kenapa. Sebelum ni, bila ZUS buat promo yang ada sticker, mesti sticker tu ada dalam plastik. Ke ZUS nak join go green?
Bagus ada plastik untuk situasi macam ni. Sebab at least dapat lindung sticker dari basah kena air. Bila takde plastik, risau pulak jadinya. Nasib baik tangan staff tu tak basah masa bagi sticker kat aku. 😅











0 Comments