Start semalam, 29 Ogos sampai 31 Ogos, Mixue jual air matcha dan tembikai. Aku order air dan sundae matcha. Order delivery kat Foodpanda.
Aku order macam last minute sangat. Kes baru tengok ada orang post kat medsos pasal air matcha ni. Mixue sini tutup pukul 10 malam. Dalam pukul 9.57 malam, aku order. 😂
Agak-agak staff Mixue tu marah tak? Ye lah. Mesti diorang dah start kemas nak balik, tup tup masuk order aku. Harap diorang tak marah lah.
Sebelum pukul 11 malam, order aku sampai dengan selamat. Tak sabar pulak nak cuba try test air dan sundae matcha Mixue ni.
Pengangan order lewat, dapat lah aku sundae salah. Aku order sundae matcha tapi diberi sundae biasa. Tak pasti sama ada matcha takde stok atau staff salah buat. Alahai. 😅
Aku pun buat lah refund.
Rasa air matcha ni tak menjadi. Ceroi sangat. Matcha kurang dan kuat dengan rasa susu yang tawar. Bagi aku, setakat aku minum air matcha, air matcha Kenangan kopi yang paling sedap.
Dapat refund, aku order sundae matcha.
Hari ni, aku order lagi sundae matcha. Alhamdulillah. Dapat sundae yang aku nak. Bukan apa, alang-alang caj delivery murah dan promo matcha ni Mixue buat 3 hari je, baik terus order.







0 Comments