Singgah KFC beli jajan Mister Potato.


Sekarang KFC tengah buat promo baru. Collab dengan Mister Potato. Ada beberapa menu baru.


Tapi aku tak beli pun menu tu. Aku order jajan Mister Potato Ayam Goreng Berapi. Jajan ni perisa baru dan bukan jajan biasa. Hanya ada kat KFC je setakat ni.

Aku order kat kiosk. Harga seketul RM5.99. Murah ke mahal? Entah. Aku beli sebab curious nak tahu rasanya macam mana.

Isinya tak banyak pun dalam tu. Macam biasa, banyak oksigen. Permukaan jajan ni jenis berlekuk-lekuk. Bukan leper macam jajan biasa.




Boleh tahan pedas. Tapi tak terlalu pedas. Rasa pedas tu sekejap je. Dalam beberapa saat. Pastu hilang. Boleh lah buat raso-raso. 😄

Post a Comment

0 Comments