Semalam aku kan pergi CBTL. Punya gigih keluar jauh-jauh sebab nak seketul sticker. Lepas tu, memandangkan kawasan bandar tu banyak kedai dekat-dekat, aku pun singgah lah beberapa buah kedai untuk collect sticker.
Ada lah sikit ketulan sticker yang aku dapat lepas tebal muka duk tanya staff. Nasib baik staff situ baik-baik. Siap mintak aku tunggu sebab nak geledah cari sticker. 😂
Hasil masuk bandar
1. Kad pelajar Marrybrown
Ni bukan sejenis sticker. Tapi kad untuk pelajar sekolah dapat diskaun bila nak makan kat Marrybrown.
Kad ni design baru. Dulu aku pernah dapat jugak 2 ketul. Aku tak guna pun kad-kad ni. Sekadar mintak sebab nak buat koleksi.
2. Tatoo Mamee sempena FIFA 2026
Hari tu aku pernah info pasal benda ni. Malangnya emart yang aku pergi tanya tu, sampai sekarang staff kata tak jumpa tatoo ni kat mana. Gitu lah setakat 2 kali aku pergi.
Masa kat bandar semalam, aku tanya emart cawangan lain ni. Staff kata pernah ada promo tatoo Mamee ni. Dia mintak aku tunggu kejap sebab dia nak setel buat makanan customer.
Tak lama tu, dia cari dan bagi aku 2 ketul tatoo Mamee yang dia jumpa. Excited betul aku waktu tu. Dapat jugak tatoo ni lepas 3 kali masuk emart. 😄
3. Sticker Ahmad's
Kat sini ada cawangan kedai ayam goreng Ahmad's. Aku pernah nampak kat mana entah ada sticker Ahmad's warna biru.
Staff sini tak tahu pasal sticker tu. Tapi dia bagi aku sticker baru. Sticker ni free je dapat bila beli set budak.
Dia kata promo set budak tu dah takde. Jadi, banyak lebihan sticker. Aku mintak 2 ketul je nak buat koleksi.
Gitu lah. Punya gigih nak kumpul sticker. Berbaloi jugak lah jalan jauh-jauh. Ingat nak singgah FamilyMart. Tapi kes dah nak hujan, aku pun siap-siap balik rumah lepas shopping kat Ecoshop. 😆




0 Comments