Beli sticker ZUS Chubstick Fun Fair.


Tak lama dulu, pernah viral sticker 3D yang ZUS Coffee jual. Sticker ni diorang buat sempena kemunculan tumbler Chubee.


Masa tu kuantiti sticker ni sangat lah limited. Ramai yang mengeluh termasuk aku sebab tak sempat beli. Dan sakit hati bila tengok ada geng FOMO yang borong tak ingat dunia. 😥

Tapi tak lama tu, ZUS tambah stok banyak-banyak. Maka, bergumbira lah sekalian peminat sticker ZUS. Dapat beli dengan harga asal, bukan dengan scalper yang jual dengan harga tak masuk akal.

ZUS jual kat Shopee, Lazada, TikTok dan website diorang. Harga seketul RM8.50. Aku beli 3 ketul kat Shopee. Dapat dengan harga murah sikit sebab ada voucher diskaun.



Sticker Chubstick ni unik. Sebab ada elemen 3D. ZUS jarang buat sticker gini. Yang ada pun masa promo ChubbyBara dan Butterbear.

Sekarang banyak je stock kat kedai online ZUS. Kalau tak sempat beli, sila lah beli. Boleh tampal kat tumbler atau buat koleksi. 😀

Post a Comment

0 Comments