Sekarang Mamee Monster buat promo baru. Diorang collab dengan ZUS. Masa masuk pasar raya hari tu, sempat lah aku beli paket besar Mamee Monster ni.
Kat situ, ada perisa pedas dan BBQ je. Perisa ayam versi ZUS aku tak nampak pulak. Versi biasa je ada. Mungkin belum masuk lagi.
Ada 2 benda baru dalam promo ZUS ni. Satu, dalam setiap pek besar ada seketul kad yang ada code. Kalau bertuah, boleh menang hadiah.
Kedua, ada perisa misteri yakni perisa nasi lemak. Nak dapat pek misteri ni, bergantung pada nasib jugak. Kalau bertuah, dapat lah seketul.
Untuk claim hadiah, boleh masukkan code dalam app ZUS. Tapi tak start lagi. Katanya 17 Ogos 2026 sampai 31 Oktober 2026 tarikhnya.
Senarai hadiah aku pun tak tahu. Takde lagi info yang Mamee Monster atau ZUS bagi. Mungkin jugak nak dekat tarikh tebus code tu, baru diorang inform.







0 Comments