Demi sticker, aku order set budak The Chicken Rice Shop.


Aku masuk mall. Sebab nanti nak singgah kedai buku Popular. Sebelum tu, aku pergi ke The Chicken Rice Shop dalam mall tu. Kes nak collect sticker.

Aku tanya staff kat kaunter. Macam mana nak dapatkan sticker baru. Sebab ada sticker yang TCRS buat sempena 26 tahun anniversary diorang.


Kena order set budak baru dapat. Ada 2 sticker. Satu lagi versi besar sikit dan lama katanya. Aku tanya lah macam mana nak dapat. Katanya kena order set budak lagi. Alamak. 😱

Lepas pujuk rayu, baru staff tu bagi je yang lama. Kalau kena order jugak set budak lagi, memang tak lah aku nak order. Kembung perut tak pepasal makan banyak. Dah lah sebelum tu aku melantak kat ZUS. 😅


Set budak yang aku order ni ada wanton. Sedap. Nuget dan fish ball pun best. Cuma tak best sebab pinggan yang diberi tu agak sedih. Dah tertanggal warnanya. Dah macam makan kat warung pulak.


Aku rasa kalau pakai pinggan kertas pakai buang lagi better. Jimat masa nak sediakan makanan dan praktikal. Tak perlu basuh bagai. Entohh. 😂

Total damage: RM10.90

Post a Comment

0 Comments