Air coklat viral 7e.


Lepas pekena air teh beng kat ZUS, aku singgah 7e pulak. Nak cuba try test air coklat baru. Ramai kata sedap yakmat.

Aku order air coklat Australia beng. Staff kata hari Isnin ada promo. RM5 dari harga asal RM6.90. Jimat RM1.90.

Nampak dari luar, air coklat ni pekat likat. Aku macam excited jugak lah. Bukan apa. Sini ada 7e versi café. Hanya versi café je ada air baru ni.


Bila minum. Memang sedap. Rasa coklat dalam tu agak premium. Bukan rasa coklat murah. Manis pun balance.

Lepas pusing bandar, aku singgah lagi 7e. Cawangan lain tapi boleh jalan kaki je. Sebab sini ada 2 ketul 7e. Dua-dua pun café. Kali ni aku order air coklat Australia versi panas.


Harga seketul air coklat panas RM3 dari harga asal RM5.90. Jimat RM2.90. Lagi banyak dari versi sejuk. Tak pasti pulak Isnin minggu depan ada ke tak promo ni. Kalau tengok iklan, promo diskaun ni 3 Ogos je.



Air coklat versi panas ni pun sedap. Sambil happy dapat beli blind box Energizer dengan harga murah (nanti aku cerita), sambil hirup air coklat ni.

Aku beli kedua-dua air coklat ni dengan harga diskaun. Tapi kalau harga asal pun, tetap berbaloi-baloi. Sebab boleh tahan sedap air coklatnya.

Cuma itu lah ... bagi aku, walaupun air coklat 7e ni sedap, pekat likat dan aku suka tapi tetap tak boleh lawan air coklat Cadbury dan KitKat pilihan hatiku. 😂

Post a Comment

0 Comments