What's up?

  • run

    HOME

Iklan Ramadan 2021.

Update: 7 Mei 2021

Setiap tahun antara benda yang aku excited bila dekat nak raya adalah iklan raya. Berpusu-pusu syarikat-syarikat besar terutamanya bersaing hasilkan iklan raya terbaik.

Tapi jarang sangat ada iklan Ramadan atau puasa kan? Kalau ada pun, tak sebanyak iklan raya. Dengan gigihnya, aku pun cari lah iklan puasa yang negara kita hasilkan untuk tahun ni.

1. Keberkatan PLUS PLUS - bersama 100PLUS (30secs) (5 April 2021)


2. Video Iklan Ramadan BN 2021 - Ramadan : Kembali Ke Asal (12 April 2021)


3. Iklan Sempena Ramadhan 2021 | KEJUJURAN (13 April 2021)


4. Iklan Puasa 2021 (Rindu...Ramadhan) (13 April 2021)


5. Syukur Bersyukur (McDonald's Malaysia) (13 April 2021)


6. Syukur VS Suri (McDonald's Malaysia) (20 April 2021)


7. Syukur Terlepas Sahur (McDonald's Malaysia) (27 April 2021)


8. Riangkan Ramadan Dengan foodpanda (27 April 2021)

UPSR dimansuhkan? Pilihan atau paksaan?


Semalam, kita dapat berita tergempar dalam dunia pendidikan. UPSR aka Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang dah 3 dekad diperkenalkan (mulai tahun 1988), bakal dimansuhkan.

Kalau baca kat Twitter, ada yang bersetuju dan ada yang tak setuju. Pemansuhan UPSR ni dah jadi buah mulut sejak tahun 2009 lagi.




Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kalau dah pihak KPM sendiri yang nak mansuhkan, mesti diorang dah ada future plan kan? Tapi bila cakap pasal pendidikan ni, kadang-kadang boleh katakan ibarat tikus membaiki labu. Sebab benda kita tak boleh nak jangka. Even negara luar yang maju pun ada masalah dalam sistem pendidikan.

Lecturer aku pernah cakap, kalau nak jatuhkan sesebuah negara, kacau lah sistem pendidikannya.

Kenapa? Sebab pendidikan ni memang satu portfolio utama setiap negara. Hebat macam mana pun bidang ekonomi dan teknologi negara tu, semua asalnya dari pendidikan.


Bagi aku, aku sendiri pun rasa berbelah bagi. Terlalu cepat kata putus untuk memansuhkan UPSR. Bila sebut UPSR, ramai pihak yang bash, cakap apa keperluan UPSR, budak-budak kecil tak perlu lagi stress dengan exam, cikgu-cikgu terbeban dengan nak kejar silibus.

Entah. Sejujurnya, semua tu alasan. UPSR ni dah molek plus comel dah. Masyarakat negara kita bukan jenis yang membaca. Dengan adanya exam sejak kecil, benda ni akan pupuk sikap untuk bersaing dalam meningkatkan ilmu.

Aku faham kenapa UPSR jadi isu. Antaranya sebab ada parents yang bangga duk canang satu dunia anak-anak diorang dapat keputusan cemerlang. Anak orang lain bodoh. Anak dia sorang yang cerdik pandai bijak cendikiawan! Hal ni sedikit-sebanyak akan terkesan pada mental dan emosi calon UPSR akan datang. Mak bapak diorang pun akan push anak-anak diorang untuk dapatkan keputusan cemerlang jugak!

Banyak rungutan dari cikgu-cikgu yang mengeluh tak cukup masa nak habiskan silibus buku teks. Ye lah. Sekarang cikgu-cikgu kena buat kerja kerani. Borang aktiviti luar pun nak kena buat sendiri. Aku faham sangat. Tapi ni bukan alasan untuk mansuhkan UPSR. Macam aku cakap, UPSR dah molek dah. Dengan pemansuhan UPSR, aku tak rasa pun beban cikgu-cikgu akan berkurang.

UPSR sebenarnya untuk apa? Ia satu ujian penilaian. Untuk test kefahaman murid-murid tahap 2, yang dah belajar dari darjah 4 sampai lah darjah 6. Untuk uji sejauh mana keupayaan mereka dalam memahami apa yang diajar oleh guru-guru mereka.

UPSR dikatakan berorientasikan peperiksaan. Bagi aku, mana-mana institusi pendidikan pun ada peperiksaan. Zaman aku sekolah rendah dulu, banyak je cikgu-cikgu buat aktiviti berdasarkan projek dan eksperimen. Sains ada eksperimen sendiri macam litar elektrik dan percambahan biji benih. Kemahiran Hidup (KH) pun ada projek pertukangan. Zaman sekarang, murid-murid siap buat roket air lagi! Hebat kau!


Ya. Ada pihak yang cakap budak-budak ni, pemirkiran diorang lain. Diorang belajar based on play. Bukan exam. Tapi ramai still tak tahu yang UPSR ni merupakan stage terakhir ujian yang diorang kena tempuh setelah beberapa tahun diorang 'play'. Dari darjah 4 - 6, setiap subjek ada je aktiviti yang melibatkan student-oriented atau student-centered learning. Cikgu-cikgu buat aktiviti dengan murid-murid. Paling banyak subjek Sains sebab Sains banyak eksperimen best!


Pendapat aku, kalau dikatakan UPSR ni fokus on exam semata, kenapa tak buat reformasi? Ubah balik sistem penilaian murid. Ambil contoh universiti buat penilaian. UPSR tak perlu mansuh, tapi percentage daripada result UPSR tu diperlukan untuk tambah dalam sistem penilaian pelajar. Bagi markah untuk participation dalam kelas, kuiz, presentation dsb.


Aku harap apa jua plan KPM lepas ni, harapnya menjadi lah. Jangan jadi macam kes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah lah. Banyak feedback negatif. Aku antara batch terawal sebelum dimansuhkan. Tapi bagi aku, aku bersyukur dapat belajar Sains dan Math dalam English. Sebab? Sebab bila dah masuk matrik dan universiti, Math, Kimia, Fizik, Engineering semua dalam English. Disebabkan aku dah didedahkan dari awal istilah-istilah Sains dan Math dalam English, jadi memang senang nak catch up dan faham. Even skor English aku pun meningkat masa PMR dan SPM.

Sabarlah Duhai Hati. Kini tayang kat TV3.


Selalunya tiap kali bulan puasa, pukul 7 petang, aku akan bukak TV1 sebab nak tengok drama best. Aku ingat lagi start 2014. Permulaan drama best yang TV1 tayang.

2014 - Berlima Ramadan
2015 - Fajar Di Bukhara (tak tengok)
2016 - Satu Cinta
2017 - Seharum Mawar (tak tengok)
2018 - Isteri Untuk Diiktiraf
2019 - Aku Yang Kau Tinggalkan
2020 - Korban Kasih


Berlima Ramadan - Pasal kehidupan 5 orang anak yatim piatu. Mak ayah diorang meninggal dalam kemalangan. Kakak sulung, Hannan terpaksa ambil alih tanggungjawab jaga adik-adik diorang. Dengan tak cukup duit sebab Hannan ni masih belajar, dengan atok dan nenek diorang yang memang tak suka kat keluarga Hannan (sebab ayah Hannan bukan menantu pilihan). Nasib baik ada Farid, kawan baik merangkap kekasih Hannan yang banyak tolong Hannan.


Satu Cinta - Drama ni aku ingat lagi. Drama cintan-cintun dan kekeluargaan yang best dan tak over. Tapi plot kekeluargaan drama ni kompleks sikit. Banyak twist. Umairah dan mak dia, Fauziah (bekerja sebagai orang gaji) tinggal kat rumah orang kaya, Nek Yam. Nek Yam ni sayang sangat kat dua orang ni sebab anak-anak (Zailan dan Zila), menantu dan cucu-cucu Nek Yam tak macam Umairah dan Fauziah ni. Umairah dan Faris (cucu Nek Yam) suka sama suka dan sebelum Nek Yam meninggal, Nek Yam ni wasiatkan diorang berdua kahwin. Tapi Zila memang anti sangat dengan Fauziah sebab.. tengok lah sendiri.


Isteri Untuk Diiktiraf - Drama ni bagi aku tak logik sangat. Macam terlalu fiksyen. Tapi still best. Pasal Safiyya, gadis kampung yang terpaksa kahwin dengan anak orang kaya kerek plus bad attitude, Tengku Wildan. Hanya ayah, adik dan abang Wildan je yang baik kat Saffiya. Terpaksa lah dia hadap muka mentua dia, Puan Sri Raja Mona yang memang benci kat dia.


Aku Yang Kau Tinggalkan - Drama ni aku boleh katakan antara drama matang yang pernah TV1 tayang. Watak utama pun memang sesuai. Pasal kahwin paksa, bukan atas dasar cinta. Nia terpaksa kahwin dengan Zaril Ikhwan sebab perlukan duit nak tolong keluarga dia. Si Zaril Ikhwan ni pulak tengah sakit lumpuh plus hilang ingatan sementara sebab kemalangan kat Paris.

Cerita ni boleh dibahagikan kepada 2 part. Part awal pasal kisah Nia masa tengah jaga Zaril Ikhwan. Part kedua, lepas Nia bawak diri ke Itali.


Korban Kasih - Antara drama Melayu yang best pernah aku tengok. Plot cerita yang best sebab adaptasi novel kan. Actually, watak utama drama ni Fatimah (adik si kembar, Jalil dan Jamil). Dia yang ceritakan kisah hidup keluarga dia dari pandangan dia. Tapi dalam TV, drama ni takde pun fokus kat Fatimah.

So, kisahnya pasal Jalil yang selalu dipandang serong oleh mak sendiri. Kembar dia, Jamil jadi anak emas mak dia. Memang nampak bias sangat. Aku ingatkan ada kisah disebalik ni. Tapi rupanya kes mak dia tak suka Jalil sebab lepas bersalin, ayah si Jalil dan Jamil ni asyik fokus kat Jalil je, tak fokus kat bini sendiri yang baru lepas pantang. Alahai. Sampai lah diorang besar, mak diorang masih lagi tak suka kat Jalil. Tapi si Jalil ni sangat sabar. Mungkin ikut sifat penyabar ayah diorang.

Drama ni pun pernah ada kontroversi. Kes pelakon tak sesuai dengan watak. Sebab ada scene awal-awal tu pasal zaman sekolah diorang. Tapi kes katanya nak cari watak muda payah sebab latar masa tak jauh beza waktu sekolah dengan waktu diorang bekerja. Lagi satu, Jalil tu terlalu sado untuk bawak watak ni. Lakonan dia memang mantap tapi dari segi fizikal, kurang sesuai.

RTM ni bagus. Mesej pun takde short form.

Paling best, aku suka watak Aisya lakonan Ummi Nazeera. Dia ni kalau berlakon memang simple dan menghayati watak. Macam filem Bisik Pada Langit tu. Sampai sekarang aku ingat panggilan yang dia bagi kat Jalil: Mamat Selipar UFO.


Disebabkan TV1 takde tayang drama untuk tahun ni, aku pun beralih lah ke TV3. Bagi aku, jarang TV3 nak tayang cerita best waktu berbuka puasa. Yang best pun slot malam dalam pukul 10. Lagi satu, drama yang TV3 tayang waktu berbuka ni tak cukup serius dan formal kalau nak dibandingkan dengan TV1. Kalau TV1, drama pasal kampung, mesti akan tunjuk suasana kampung yang detail. Kalau pasal kerja ofis, mesti akan tunjuk keadaan dalam ofis. Bukan just cakap pasal projek juta-juta.


Tadi aku baru lepas tengok episod pertama Sabarlah Duhai Hati. Aku rasa agak janggal. Dalam satu masa, ramai sangat pelakon yang diketengahkan. Watak utama tak menonjol sangat sebab dialog watak sampingan lagi panjang. Takpe. Mungkin awal lagi kot. Biasa cerita best memang boring dari awal.