What's up?

  • run

    HOME

Sabarlah Duhai Hati. Kini tayang kat TV3.


Selalunya tiap kali bulan puasa, pukul 7 petang, aku akan bukak TV1 sebab nak tengok drama best. Aku ingat lagi start 2014. Permulaan drama best yang TV1 tayang.

2014 - Berlima Ramadan
2015 - Fajar Di Bukhara (tak tengok)
2016 - Satu Cinta
2017 - Seharum Mawar (tak tengok)
2018 - Isteri Untuk Diiktiraf 
2019 - Aku Yang Kau Tinggalkan
2020 - Korban Kasih


Berlima Ramadan - Pasal kehidupan 5 orang anak yatim piatu. Mak ayah diorang meninggal dalam kemalangan. Kakak sulung, Hannan terpaksa ambil alih tanggungjawab jaga adik-adik diorang. Dengan tak cukup duit sebab Hannan ni masih belajar, dengan atok dan nenek diorang yang memang tak suka kat keluarga Hannan (sebab ayah Hannan bukan menantu pilihan). Nasib baik ada Farid, kawan baik merangkap kekasih Hannan yang banyak tolong Hannan. 


Satu Cinta - Drama ni aku ingat lagi. Drama cintan cintun dan kekeluargaan yang best dan tak over. Tapi plot kekeluargaan drama ni kompleks sikit. Banyak twist. Umairah dan mak dia, Fauziah (bekerja sebagai orang gaji) tinggal kat rumah orang kaya, Nek Yam. Nek Yam ni sayang sangat kat dua orang ni sebab anak-anak (Zailan dan Zila), menantu dan cucu-cucu Nek Yam tak macam Umairah dan Fauziah ni. Umairah dan Faris (cucu Nek Yam) suka sama suka dan sebelum Nek Yam meninggal, Nek Yam ni wasiatkan diorang berdua kahwin. Tapi Zila memang anti sangat dengan Fauziah sebab.. tengok lah sendiri.


Isteri Untuk Diiktiraf - Drama ni bagi aku tak logik sangat. Macam terlalu fiksyen. Tapi still best. Pasal Safiyya, gadis kampung yang terpaksa kahwin dengan anak orang kaya kerek plus bad attitude, Tengku Wildan. Hanya ayah, adik dan abang Wildan je yang baik kat Saffiya. Terpaksa lah dia hadap muka mentua dia, Puan Sri Raja Mona yang memang benci kat dia.


Aku Yang Kau Tinggalkan - Drama ni aku boleh katakan antara drama matang yang pernah TV1 tayang. Watak utama pun memang sesuai. Pasal kahwin paksa, bukan atas dasar cinta. Nia terpaksa kahwin dengan Zaril Ikhwan sebab perlukan duit nak tolong keluarga dia. Si Zaril Ikhwan ni pulak tengah sakit lumpuh plus hilang ingatan sementara sebab kemalangan kat Paris.

Cerita ni boleh dibahagikan kepada 2 part. Part awal pasal kisah Nia masa tengah jaga Zaril Ikhwan. Part kedua, lepas Nia bawak diri ke Itali.


Korban Kasih - Antara drama Melayu yang best pernah aku tengok. Plot cerita yang best sebab adaptasi novel kan. Actually, watak utama drama ni Fatimah (adik si kembar, Jalil dan Jamil). Dia yang ceritakan kisah hidup keluarga dia dari pandangan dia. Tapi dalam TV, drama ni takde pun fokus kat Fatimah.

So, kisahnya pasal Jalil yang selalu dipandang serong oleh mak sendiri. Kembar dia, Jamil jadi anak emas mak dia. Memang nampak bias sangat. Aku ingatkan ada kisah disebalik ni. Tapi rupanya kes mak dia tak suka Jalil sebab lepas bersalin, ayah si Jalil dan Jamil ni asyik fokus kat Jalil je, tak fokus kat bini sendiri yang baru lepas pantang. Alahai. Sampai lah diorang besar, mak diorang masih lagi tak suka kat Jalil. Tapi si Jalil ni sangat sabar. Mungkin ikut sifat penyabar ayah diorang.

Drama ni pun pernah ada kontroversi. Kes pelakon tak sesuai dengan watak. Sebab ada scene awal-awal tu pasal zaman sekolah diorang. Tapi kes katanya nak cari watak muda payah sebab latar masa tak jauh beza waktu sekolah dengan waktu diorang bekerja. Lagi satu, Jalil tu terlalu sado untuk bawak watak ni. Lakonan dia memang mantap tapi dari segi fizikal, kurang sesuai.

RTM ni bagus. Mesej pun takde short form.

Paling best, aku suka watak Aisya lakonan Ummi Nazeera. Dia ni kalau berlakon memang simple dan menghayati watak. Macam filem Bisik Pada Langit tu. Sampai sekarang aku ingat panggilan yang dia bagi kat Jalil: Mamat Selipar UFO.


Disebabkan TV1 takde tayang drama untuk tahun ni, aku pun beralih lah ke TV3. Bagi aku, jarang TV3 nak tayang cerita best waktu berbuka puasa. Yang best pun slot malam dalam pukul 10. Lagi satu, drama yang TV3 tayang waktu berbuka ni tak cukup serius dan formal kalau nak dibandingkan dengan TV1. Kalau TV1, drama pasal kampung, mesti akan tunjuk suasana kampung yang detail. Kalau pasal kerja ofis, mesti akan tunjuk keadaan dalam ofis. Bukan just cakap pasal projek juta-juta.


Tadi aku baru lepas tengok episod pertama Sabarlah Duhai Hati. Aku rasa agak janggal. Dalam satu masa, ramai sangat pelakon yang diketengahkan. Watak utama tak menonjol sangat sebab dialog watak sampingan lagi panjang. Takpe. Mungkin awal lagi kot. Biasa cerita best memang boring dari awal.

0 comment (s):

Post a comment

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.