What's up?

  • run

    HOME

Bulan Februari patut dijadikan Bulan Bahasa.


Entah kenapa makin menjadi-jadi isu kesalahan sebutan bahasa Inggeris. Bila bukak Twitter, berjela-jela tweet pasal ni. Bila salah sebut perkataan, ada yag kecam, ada yang setuju dan ada yang tak kisah. Ada jugak yang menegur tapi tak kena cara. Ingat, niat tak menghalalkan cara. Kalau kesannya boleh mengaibkan orang, maka memang tak elok lah dibuat.

English is fun. So, make English fun, not make fun of others.

Pendapat aku? Dalam konteks menegur, masing-masing ada cara menegur tersendiri. Cuma yang tak sama adalah cara penerimaan orang yang ditegur tu dan orang sekeliling yang termakan cili. Bagi aku, tak perlu sentap pun bila jadi macam ni. Sebab? Satu, at least kita nampak kesalahan kita dan dapat improve mana yang patut. Kedua, kita tak boleh nak halang orang. Selagi takde undang-undang pasal ni, selagi tu diorang bebas bersuara.


Aku ada baca tulisan Azizulhasni Awang. Dia share pengalaman dia diketawakan oleh golongan bijak pandai sebab salah sebut satu perkataan (gene). Aku pun pernah alami benda yang sama macam dia. Bila salah sebut satu perkataan English, terus dikecam dan diketawakan. Padahal kita yang terbiasa makan budu dan belacan setiap hari ni, memang akan ada lah kesilapan sebutan.

Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.

Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.

Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan🤦🏻‍♂️).

Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai sakai seperti itu.

Tapi mentaliti segelintir orang yang acah-acah bijak bahasa ni, terus kecam bila kita salah sebut. Bukannya nak sama-sama tolong improve, tapi sibuk duk gelak sakan. Seolah-olah besar sangat kesalahan yang dibuat. Memang lah ada sesetengah perkataan tu kalau disalah sebut, lain maksudnya. Tapi the point is, tegur lah dengan sopan. Bukannya 100 kali kita duk salah sebut perkataan tu. Baru sekali salah, gelak tak henti.

Aku harap, lepas ni masing-masing ambil iktibar dari apa yang berlaku. Bila nampak orang salah sebut perkataan, tegur dengan elok. Biar kena tempat. Jangan jadikan kesalahan sebutan bahasa sebagai bahan jenaka.

2 comment (s):

  1. bila baca entri ni, teringat waktu kena gelak dgn cikgu bi sebab saya sebut uncle sebagai 'my mother's brother'. tahu je perkataan uncle tu wujud, cuma sbb tak biasa pki english, so otak mcm selow sikit.

    tapi takpe, isu lama dah pon. tk kesah dah sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah tu. Selagi sampai maksud pun dah cukup.

      Yang pasti, keep learning sebab belajar bahasa ni best.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.