What's up?

  • run

    HOME

9-1-1: What's your emergency? Musim baru dah bermula!


Musim ke-4 dah start pertengahan bulan Januari hari tu. Aku tak perasan pulak. Biasanya aku akan search pasal 9-1-1 ni sebab patutnya musim ke-4 start tahun lepas. Tapi sebab virus, terpaksa delay. Kalau nak diceritakan dari awal, aku start tengok 9-1-1 ni dari musim ke-2. Waktu tu aku tengok episod yang pasal eksiden jentera bomba terbalik dan hempap kaki salah sorang team bomba tu (Buck).

Antara scene musim ke-2 yang akan ubah the whole story dalam musim ke-3.

Kesian Buck jadi mangsa.

Sebenarnya, aku tak tahu pun tu dah ending musim ke-2. Dan start dari episod tu lah, aku terus tengok dari awal. Aku tengok kat Astro channel FOX (704). Masa tu aku stayed kat rumah kakak aku. Aku sempat tengok dari episod pertama musim ke-2 sebab Astro kan selalu ulang-ulang cerita sama. So, ada kelebihan jugak tengok Astro, kan?

Eddie, Bobbie, Hen.

Buck dan Eddie.

Maddie dan Chimney yang bakal bergelar ibu bapa.

Dan paling best, lepas je cerita ni ditayang kat US, dalam masa 24 jam, Astro akan tayang kat FOX. Biasanya pukul 9 malam setiap Selasa. Tapi takde subtitle pun. Mungkin team Astro tak sempat nak buat. Tengah hari esoknya, ulangan cerita ni, baru lah ada subtitle. Bukan apa, kadang mat saleh ni cakap laju dan bila takde subtitle, aku memang tak sempat pick up dan terlepas point-point penting.

Musim pertama.

Musim ke-2.

Musim ke-3.

Untuk setiap musim, akan ada opening scene yang major dan penting. Macam musim ke-2 pasal gempa bumi, musim ke-3 pasal tsunami dan musim ke-4 ni pasal empangan yang pecah. So, untuk musim ke-4 ni, aku baru tengok episod 2. Memandangkan diorang shooting dalam COVID-19, musim ni memang berkisarkan persekitaran pandemik ni. Boleh tengok macam mana diorang buat SAR (Search and Rescue) dalam keadaan dikelilingi COVID-19.

Jujurnya aku rasa dulu kerja bomba ni macam biasa dan tak best kalau dibandingkan dengan kerja beruniform yang lain. Tapi bila aku tengok 9-1-1 ni, aku jadi berminat nak tahu pasal kerjaya bomba.

4 comment (s):

  1. aritu baru tengok a few episodes only..haish kne start over balik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Start dari awal pun memang tak bosan tengok.

      Delete
  2. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.