What's up?

  • run

    HOME

Pengalaman guna pulse oximeter. Shopping kat Lazada je.


Akhirnya sampai jugak barang yang aku order. Lama dah berangan nak ada pulse oximeter ni. Tapi risau sebab ada yang tiruan. Nak beli yang mahal, tak mampu pulak. Jadi, mula lah pencarian dalam Lazada. Kenapa bukan Shopee? Sebenarnya tak semua barang yang Shopee jual. Aku berkenan dengan design pulse oximeter ni. Nampak cantik dan simple. Cari dalam Shopee, tak jumpa. Mungkin seller ni jual dalam Lazada je.

Link Lazada: Pulse oximeter

Apa lagi, lepas baca review, aku check out lah seketul. Ramai yang beli kata jenis ni elok je. Ye lah. Nak kata murah, tak jugak. Sebab harga pun RM31.90 seketul. Ada yang test guna pen, hasilnya bacaan oximeter tu tak bergerak. Maksudnya, memang betul benda ni hanya detect jari.

Full set. Aku beli warna hitam.

Test guna pen.

Dalam masa 10 hari, barang pun selamat sampai kat tangan aku. Memang excited nak guna. Walaupun tak nampak penting mana pun, tapi untuk sesetengah keadaan, benda ni sangat penting. Lagi-lagi bila nak elakkan happy hypoxia. Kita tak tahu bila kandungan oksigen dalam darah berkurang.


Aku beli brand Youwemed. Tak pernah dengar pun. Mungkin OEM. Aku berani beli pun sebab kedai ni LazGlobal. Lagi boleh percaya kalau nak dibandingkan dengan kedai lain yang bukan kategori ni.

Ada bekas untuk simpan oximeter.

Dua bateri AAA.

Bila dah test, memang menjadi. Elok je benda ni dapat baca paras oksigen aku. Ada banyak function lain. Tak habis explore lagi. Paling best, dapat free bekas untuk simpan oximeter ni. Siap ada lanyard lagi. Selain tu, kena beli siap-siap dua bateri AAA sebab seller memang tak sediakan pun bateri. Walaupun mungkin tak selalu guna, semoga oximeter ni tahan untuk jangka masa panjang.

Saspens betul tengok Bangkok Breaking kat Netflix.


Tatkala ramai yang serbu tengok Squid Game, aku ni pelik sikit. Aku tak suka cerita yang terlalu viral. Biar cool down sikit, baru aku tengok nanti. Bukan apa, nanti risau tak capai expectation aku. Selalu macam tu. Di kata best, last-last biasa-biasa je. In the end, Running Man jugak yang best. 😅

Tajuk: Bangkok Breaking
Jumlah episod: 6
Genre: Action, crime, drama, thriller
Bahasa asal: Thai
Tarikh tayangan: 23 September 2021
Siaran TV: Netflix
Pelakon: Weir Sukollawat Kanaros, Sushar Manaying, Pavarit Mongkolpisit, Sahajak Boonthanakit, Suthipongse Thatphithakkul, Daweerit Chullasapya, Waratthaya Wongchayaporn

Bangkok Breaking. Baru habis tayang minggu lepas. Lama sudah tak layan drama Thai. Last tengok drama Bad Genius tahun lepas. Thai kalau buat drama atau filem yang berkualiti, memang betul-betul berkualiti. Dari segi sudut kamera, sinematografi dan pelakon memang tip top. Terjebak layan cerita Thai sebab terikut-ikut kakak aku tengok drama Thai masa zaman sekolah dulu-dulu. TV2 dan TV3 antara channel yang suka tayang drama Thai. Drama The Princess, Soda & Ice Tea dan Wai Rai High School. Sanggup tak join kelas tambahan sebab nak tengok cerita-cerita ni. Jahat tak?


Berbalik kepada Bangkok Breaking. Drama Thai ni ada 6 episod je. Durasi setiap episod lebih kurang sejam. Drama ni berkonsepkan thriller dan saspens. Episod satu pun dah buatkan aku tertanya-tanya 'wat da hell hapen??' berkali-kali.

Sinopsis

Kisahnya pasal seorang pemuda kampung, Wanchai, yang baru pertama kali jejak kota Bangkok. Dia ke sana untuk jumpa abang dia yang dipisahkan sejak kecil (mungkin dijadikan anak angkat sebab masalah kewangan). Malangnya, tragedi ngeri berlaku depan mata dia sebelum sempat diorang jumpa.

Ada kereta sport yang accident sebab bawak laju dan disebabkan kereta ni, banyak nyawa melayang termasuk lah abang Wanchai tu sendiri. Tapi masa Wanchai tengah mamai dek kemalangan ngeri tu, dia perasan ada sesuatu yang tak kena dengan orang sekeliling dia. Antaranya:
  • Ada sebuah motor yang datang senyap-senyap ambil driver kereta sport.
  • Abang dia tiba-tiba mati walaupun beberapa saat tadi elok je bercakap.
  • Ada yang tak kena dengan paramedik yang datang ke tempat kemalangan tu.

Wanchai sama sekali tak sangka kehadiran dia di Bangkok ibarat sebuah mimpi ngeri. Sebelum mati, abang dia ada mesej yang dia nak jumpa Wanchai malam tu sebab ada benda penting yang nak diberitahu? Apa benda penting tu?

Ulasan

Actually banyak plot dan scene menarik yang Bangkok Breaking ni buat. Plot twist sudah tentunya ada. Netflix kan? Tak sah kalau takde plot twist.

1. Sukarelawan paramedik yang korup.


Antara kisah menarik adalah pasal sukarelawan paramedik. First time aku tahu ada sukarelawan paramedik. Aku ingatkan selama ni ada paramedik yang bergaji tetap bawah gomen atau swasta je. Rupanya yang sukarelawan pun ada. Dalam drama ni, diceritakan ada dua team sukarelawan paramedik kat Bangkok. Satu team yang memang buat kerja dengan ikhlas tapi satu team lagi korup. Ada yang curi barang kepunyaan mangsa kemalangan. Jahat kan?

2. Dari zero ke hero.


Tak sangka kehadiran Wanchai mampu bukak mata semua bahawa not all heroes wear capes. Keberanian dan keikhlasan Wanchai selamatkan mangsa kebakaran buatkan dia dikenali dan dikagumi ramai.

3. Institusi politik yang kotor.


Kemasyuran Wanchai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan tak bertanggungjawab. Dalam cerita ni, ada sorang lelaki ternama yang salah gunakan kuasa dan duit untuk buat kerja-kerja tak elok. Di mata semua, dia bagus sebab mampu ubah keadaan Bangkok jadi lebih baik. Tapi rupanya ada benda kotor yang terselindung di sebalik topeng.

4. Wanchai x Kat ship.


Kalau dalam drama Korea Descendants of the Sun, ada percintaan antara tentera dan doktor tentera. Tapi dalam Bangkok Breaking, ada percintaan antara sukarelawan paramedik dan wartawan. Bersemut tak? Kalau yang memang minat plot cenggini, memang akan feeling habis lah.

5. Sinematografi yang awesome.


Tak dapat disangkal. Dari awal episod pun dah tunjuk pemandangan Bangkok di waktu malam yang cukup cantik. Dengan bangunan dan lampu yang bergemerlapan menyinari seluruh kota. Dan boleh tengok jugak pemandangan dari kawasan setinggan kat sana. Ye lah. Mana-mana bandar besar sekalipun, selalunya akan ada jugak kawasan yang macam ni.

Overall, aku memang suka dengan jalan cerita Bangkok Breaking. Setiap episod akan ada tahap saspens tersendiri. Jalan cerita mungkin masih terikat dengan style Thai tapi cara penyampaian tu tak sama. Cerita ni nak kata straightforward tak. Nak kata banyak plot twist pun tak jugak. Kata orang, secukup rasa. Just nice. Bila tengok pun takde lah pening sangat sampai kena perah otak. Yang pasti, unsur thriller dan saspens tu yang buatkan cerita ni berbaloi untuk ditonton.

Adakah Mann akan balas dendam untuk ayah dia?

BTW, mungkin akan ada musim kedua. Ada beberapa misteri yang masih belum terungkai. Apa kisah yang menyebabkan ketua sukarelawan paramedik Jaitham, Somsak masuk penjara suatu ketika dulu? Kenapa isteri dia lumpuh? Apa yang akan anak Wat yang balik dari luar negara buat bila tahu ayah dia kantoi buat kerja kotor? Nantikan. Harapnya plot musim kedua nanti (kalau ada), akan bertambah menarik.

Menunggu surat PIN dari Google AdSense tiba ke rumah.


Minggu lepas, aku dapat emel dari Google AdSense. Katanya diorang dah hantar surat Personal Identification Number (PIN) ke alamat rumah aku pada 22 September 2021. Apa maksudnya? Maksudnya, duit dalam akaun AdSense aku dah cecah 10 USD. Berdasarkan syarat dalam AdSense, sesiapa yang dah cecah 10 USD dalam akaunnya, akan dapat surat PIN untuk proses pengesahan alamat.


Dijangka akan tiba ke alamat rumah aku dalam masa 2 hingga 4 minggu dari tarikh surat tu dihantar. Aku ada baca pengalaman bloggers pasal surat PIN ni. Ada yang tak terima pun. Surat tu tak dihantar ke rumah. Kesnya surat ni takde tracking number. Bila takde, memang leceh lah nak tahu keberadaan surat tu kan? Dan ada bloggers yang sampai terpaksa cari sendiri kat pejabat pos.

Harapnya nasib aku tak macam tu lah. Risau jugak nak kena pergi cari kat pejabat pos kalau surat ni tak sampai. Memang boleh request surat baru kalau surat sebelum ni tak sampai. Tapi kalau perkara sama berulang? Leceh jugak kan? Doakan semoga surat PIN ni sampai dengan jayanya ke tangan aku.

Senarai pemain badminton Malaysia dalam Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

 Update: China juara Piala Sudirman 2021 (3 Oktober 2021)


Sedikit info pasal Piala Sudirman. Piala Sudirman merupakan pertandingan badminton yang diadakan setiap dua tahun di seluruh dunia. Menariknya, Piala Sudirman tak beri ganjaran berupa wang tunai kepada pemenang. Pemain sertai pertandingan ni atas nama untuk harumkan nama negara masing-masing dan untuk dapatkan point dalam ranking Badminton World Federation (BWF).

Mungkin ramai yang keliru dengan nama piala ni. 'Sudirman' bukan lah diambil dari penyanyi tersohor Malaysia iaitu Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad. Tapi nama 'Sudirman' ni datangnya daripada bekas pemain badminton Indonesia iaitu Dick Sudirman.

Siapa Dick Sudirman?


Beliau merupakan bekas pemain badminton tersohor kat Indonesia suatu ketika dulu. Boleh katakan beliau merupakan orang kuat dunia badminton, bukan je kat Indonesia tapi dikenali jugak di seluruh dunia badminton. Sudirman ni memang legend kat sana sampai tercetusnya Piala Sudirman ni.

Anak-anak Sidek yang legend.

Kalau kat Malaysia, anak-anak Sidek yang jadi antara pemangkin sukan badminton, yang sampai sekarang masih jadi sukan yang naikkan nama Malaysia di mata dunia. Suatu hari nanti, tak mustahil akan ada Piala Sidek untuk menghargai semangat dan kesungguhan diorang dalam memartabatkan sukan badminton ni.

Senarai pemain badminton Piala Sudirman 2021


Kategori Pemain
Perseorangan lelaki
  • Lee Zii Jia (23 tahun) Kapten
  • Ng Tze Yong (21 tahun)
  • Aidil Sholeh Ali Sadikin (21 tahun)
Perseorangan wanita
  • S Kisona (22 tahun)
  • Eoon Qi Xuan (20 tahun)
  • K Letshanaa (18 tahun)
Beregu lelaki
  • Aaron Chia (24 tahun) - Soh Wooi Yik (23 tahun)
  • Man Wei Chong (22 tahun) - Tee Kai Wun (21 tahun)
Beregu wanita
  • Pearly Tan (21 tahun) - M Thinaah (23 tahun)
  • Yap Ling (21 tahun) - Teoh Mei Xing (24 tahun)
Beregu campuran
  • Hoo Pang Ron (23 tahun) - Cheah Yee See (25 tahun)
  • Chen Tang Jie (23 tahun) - Peck Yen Wei (25 tahun)

Piala Sudirman 2021 bermula pada 26 September 2021 hingga 3 Oktober 2021. Untuk musim ni, Malaysia hantar 18 pemain yang terdiri daripada 5 jenis kategori. Kebanyakan diorang ni merupakan pemain-pemain muda yang jarang kita tengok dalam pertandingan-pertandingan besar. Macam biasa, kalau nak tengok live, boleh tengok dalam Astro atau YouTube channel BWF TV.


Setakat ni, China yang jadi negara paling banyak menang dalam Piala Sudirman iaitu sebanyak 11 kemenangan dari 16 perlawanan. Melampau kan? Hahaha. Takde lah. Dah diorang hebat, apa boleh buat? Malaysia tak pernah menang. Pencapaian terbaik pada tahun 2009. Waktu tu team Malaysia berjaya masuk ke separuh akhir.


Malaysia tak menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam Piala Sudirman ni. Target pun nampak lebih realistik iaitu untuk berjaya masuk ke suku akhir. Wong Choong Hann yang merangkap jurulatih badminton Malaysia sendiri beritahu yang harapannya untuk skuad Piala Sudirman kali ni fokus untuk ke suku akhir dulu. Lepas berjaya, baru plan selanjutnya akan dimulakan.

Semoga ada sinar yang terang-benderang buat Malaysia dalam Piala Sudirman kali ni. Walaupun kebanyakan pemain dalam pertandingan ni masih baru dan tak berpengalaman besar, harapnya diorang mampu capai target yang dirancang. Malaysia boleh!

Update 1 (1 Oktober 2021, 5.30 PM)


Malaysia berjaya capai target untuk masuk ke peringkat suku akhir. Tahniah. Lepas ni, harapnya Wong Choong Hann buat plan yang betul-betul terbaik dalam pemilihan pemain untuk menentang team Indonesia. Bukan senang tu.

Update 2 (2 Oktober 2021, 2.50 AM)


Tahniah team Malaysia! Sejarah tercipta. Malaysia berjaya jejakkan kaki ke separuh akhir buat kali pertama. Pertarungan sengit selama 6 jam dari pukul 9 malam yang cukup mendebarkan. Semoga bersiap sedia untuk berjumpa Jepun di separuh akhir nanti.

Update 3 (3 Oktober 2021, 1.15 AM)



Terima kasih team Malaysia atas kesungguhan dan semangat jitu yang ditunjukkan dalam separuh akhir Piala Sudirman 2021. Pertarungan yang cukup sengit. Walaupun tak berjaya ke final, semoga perlawanan kali ni menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain BBNU untuk bertarung ke peringkat yang lebih tinggi.

Update 4 (3 Oktober 2021, 11.30 PM)


Tahniah buat negara Tembok Besar, China yang berjaya mengekalkan kemenangan. China berjaya ke final menentang Jepun, seterusnya jadi juara dengan mata 3 - 1. 

Lunch coklat Ritter Sport perisa peppermint.


Antara coklat yang paling aku suka. Brand Ritter Sport ni aku mula kenal tahun 2015. Coklat buatan Jerman ni ada banyak variasi flavour. Banyak sangat. Berpuluh-puluh. Setiap flavour yang aku pernah rasa, memang sedap. Daripada rasa coklat sampai lah isi dalam coklat tu.

Dalam banyak-banyak flavour, aku suka peppermint. Rasa sejuk berangin bila makan. Coklat ni memang kena letak dalam peti sejuk. Kalau tak, cair lah nanti. Walaupun baru keluarkan dari peti sejuk, coklat ni senang je nak gigit.

Ice pack dan coklat.

Kat kedai runcit setakat ni aku tak pernah jumpa lagi. Tapi kalau kat dalam mall, banyak je yang jual. Tapi tak semua flavour yang diorang jual. Selalunya flavour biasa je ada. Aku beli yang ni pun dari Shopee. Import dari Langkawi. First time aku tengok kotak Shopee tu ada cop Kastam. Seller ni memang bagus. Siap letak ice pack dan bubble wrap tebal. Seller pos 15 September dan aku dapat 20 September. 5 hari. Tapi elok je coklat ni. Tak cair pun.

Link kedai: LGS SuperStore


Dalam setiap petak coklat tu, ada inti peppermint. Tak tahu nak cakap macam mana dia punya feeling masa kunyah coklat tu. Rasa coklat yang berangin. Tapi bukan macam gula-gula keras berangin yang ada kat kedai runcit tu. Yang ni ibarat paste coklat yang dicampur dengan peppermint. Rasa rich coklat dan bila kunyah, rasa peppermint.

Hari ni Shopee ada buat promo RM10 free shipping sepanjang hari. Boleh lah guna voucher ni nanti. Harga coklat ni seketul RM6.50 dan kalau beli dua, baru RM13.00. Rasa macam nak beli lagi seketul perisa ni. 😄

Filem Jepun: Friends Games: The Movie Final (2017).


Tajuk: Friends Games: The Movie Final
Genre: Drama, psikologi, persahabatan
Bahasa asal: Jepun
Tarikh tayangan: 2 September 2017
Tempat tayangan: Jepun
Pelakon: Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Amatsuki, Yuuka Ueno, Yuki Kubota, Seishuu Uragami, Silk Road, Takuma Zaiki, Hirohiko Machiyama, Daisuke Uematsu, Akiko Kato

Gigih betul aku buat review setiap siri Friends Games ni. Bukan apa, cerita mind games macam ni memang kena buat record. Nanti lupa jalan cerita macam mana. Friends Games: The Movie Final merupakan filem terakhir siri ni. Memandangkan ni filem terakhir, harus lah banyak plot twist dan rahsia yang terbongkar.

Sinopsis

Kali ni hanya 2 orang (Yuichi dan Tenji) daripada 5 pemain yang terpaksa pergi ke peringkat terakhir iaitu Yuujou Kakurenbo (Friendship Hide-and-Seek). Dalam filem ni ada dua kumpulan. Yuichi dan Tenji (Kumpulan C) akan bertanding dengan Kumpulan K dalam hutan rimba.


Tema untuk filem ni tak sama dengan versi drama dan filem pertama. Filem ni bertemakan survival game. Pemain kena bertahan dalam permainan ni dan elakkan daripada disingkirkan oleh lawan.

Ulasan

'Ketua' Kumpulan K (sebelah kanan).

Filem terakhir ni lagi mencabar otak. Boleh mereng aku tengok cerita ni. Kisahnya bermula lepas Yuichi dan Tenji yang kena denda Divine Punishment dalam filem kedua. Diorang berdua ni kena pergi ke level terakhir untuk lunaskan hutang. Tapi kali ni diorang bukan lawan berdua tapi kena lawan dengan kumpulan lain iaitu Kumpulan K. Kumpulan K terdiri daripada pelajar sekolah lain.

Disebabkan Yuichi dan Tenji berdua je, diorang terpaksa terima sorang ahli (yang dah kalah) dari kumpulan lain. Permainan kali ni bila makin ramai ahli, makin mudah untuk menang.

Ahli-ahli Kumpuln K.

Permainan ni, setiap kumpulan kena ada sorang wakil untuk jadi Hider (kena sembunyi) dan yang lain kena jadi Seeker (kena pergi cari Hider lawan). Hider akan bersembunyi dan kalau kumpulan lawan jumpa Hider, permainan akan tamat. Tapi bukan senang nak cari Hider setiap kumpulan tu.


Antara syarat dalam permainan ni:
  1. Pemain tak boleh guna kekerasan.
  2. Hider tak boleh tukar-tukar tempat persembunyian.
  3. Kalau pemain langgar peraturan, jumlah hutang akan berganda.
  4. Setiap pemain akan diberi telefon untuk berhubung dengan ahli kumpulan.
  5. Ahli kumpulan kena pergi sendiri ke tempat persembunyian Hider untuk bagi makanan dan minuman.
  6. Hider akan diberi Bom Give Up. Bila Hider tekan butang bom tu, kumpulan Hider tu akan auto kalah.
  7. Seeker setiap kumpulan boleh tukar untuk masuk ke kumpulan lawan. Tapi hanya sekali pertukaran je dibenarkan.

Secara teori, nak menang permainan ni ada dua cara:
  1. Cari Hider yang bersembunyi.
  2. Hider tekan Bom Give Up (kumpulan lawan akan menang).

Latar tempat permainan kali ni adalah dalam hutan rimba. Dalam filem lepas, Yuichi berjaya kantoikan pembelot. Walaupun dah berjaya selesaikan kes tu, tapi Yuichi kena tanggung hutang pemain-pemain lain. Untuk langsaikan hutang tu, dia dan Tenji berganding bahu dalam permainan ni.

Bom Give Up.

Tujuan permainan ni pun sama macam versi drama jugak iaitu kepercayaan terhadap ahli kumpulan. Kalau Hider tak percaya kat ahli kumpulan diorang, Hider tu bila-bila masa boleh tekan butang bom sebab tak tahan berjauhan dan berseorangan dari ahli yang lain.

Plot twist? Banyak sangat. Yuichi memang boleh dikatakan King yang sentiasa 10 steps ahead. Apa yang kumpulan lain rancang, dia dapat pintas dan kenakan kumpulan tu balik.

Masa tengok filem ni, aku pun memang yakin Yuichi (Kumpulan C) akan kalah. Tapi tidak. Kumpulan C tetap menang. Macam mana boleh menang? Kena tengok lah. Banyak trick yang dia guna untuk pastikan kumpulan dia menang.

Dalam filem ni, kisah silam Yuichi terbongkar.

Siapa yang cipta permainan gila ni? Siapa pengkhianat sebenar antara 5 orang sahabat ni? Apa sebab Yuichi boleh ada kemahiran berfikir yang tinggi macam KBAT? Kena lah tengok. Baru syok. Nak cerita kat sini nanti banyak pulak spoiler.

Yang pasti, siri Friends Games ni sangat menguji keupayaan otak untuk berfikir dan hadam setiap jalan cerita. Memang kena tengok dari drama. Kalau tak, kurang faham jalan cerita siri ni. Sekali lagi, sangat recommended untuk tengok. Boleh asah otak yang makin berkarat sambil isi masa terluang.


Siri Friends Games ni diadaptasi dari manga (komik Jepun). Kalau tengok manga, banyak lagi plot cerita ni. Tak tahu sama ada akan ada filem terbaru atau tak. Kalau ada, kena perah otak lagi lah.

Tebus e-baucar Pizza Hut bagi yang dah lengkap vaksinasi.


Beberapa hari lepas, aku ada info yang KFC ada buat promo beli satu percuma satu Snack Plate bagi mereka yang dah selesai cucuk vaksin. Total harga RM13 untuk take-away dan kena tambah RM4 kalau nak guna servis delivery.


Kali ni, Pizza Hut pun ada buat promo beli satu percuma satu jugak. Best kan macam ni? Untung betul sesiapa yang dah setel vaksinasi. Boleh dapat piza free. Free ke? Eh tak. Kena bayar jugak.


Promo Pizza Hut ni ada dua e-baucar: RM16.90 untuk set MyBox dan RM29.90 untuk Regular Supreme. Macam biasa, kalau pernah order online sebelum ni, akan ada option untuk kita pilih topping, jenis air, fries dsb.


Sama macam KFC, kena claim dulu voucher ni sebelum boleh check out. Tapi Pizza Hut punya sistem tak auto dapat voucher tu dalam website. Sebab lepas setel claim voucher, diorang akan hantar kod voucher dalam emel. Lepas tu kita kena copy kod tu dan paste kan kat ruangan 'COUPONS' dalam website Pizza Hut.

Masukkan kod voucher dari emel kat sini.

Promo ni berlangsung selama 92 hari iaitu dari 16 September 2021 hingga 15 Disember 2021. Tapi bila dah claim voucher, kena guna dalam masa 30 hari. Sama macam KFC jugak, ada dua pilihan untuk dapatkan piza ni, sama ada pergi ambil kat kaunter ataupun guna servis delivery.

Filem Jepun: Friends Games: The Movie (2017).


Tajuk: Friends Games: The Movie
Genre: Drama, psikologi, persahabatan
Bahasa asal: Jepun
Tarikh tayangan: 3 Jun 2017
Tempat tayangan: Jepun
Pelakon: Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Amatsuki, Yuuka Ueno, Yuki Kubota

Orait! Hari tu aku ada buat entri pasal Friends Games versi drama. Memang cannot brain pemikiran pembikin cerita ni. Dia punya twist tu sampai otak tak mampu nak proses.

Recap balik versi drama. Dalam versi drama, diorang kena main game duit syiling (Kokkuri-san). Setiap 5 orang tu diberi satu kad yang ada soalan. Diorang kena cipta satu soalan yang membolehkan kesemua 5 pemain tu jawab 'ya'. Bila semua jawab 'ya', diorang akan menang permainan tu.


Ada beberapa syarat penting yang diorang kena ikut:
  1. Setiap orang diberi tanda nama. Kat belakang tanda nama tu ada jumlah hutang. Tapi tak boleh tunjuk jumlah tu kat pemain lain. Kalau tak, jumlah tu akan berganda.
  2. Duit syiling akan bergerak menuju ke jawapan minoriti. Maksudnya, kalau ada 4 orang yang jawab 'ya' dan sorang jawab 'tidak', duit tu akan bergerak ke jawapan 'tidak'.
  3. Ada 5 soalan. Kalau semua soalan tu salah jawab, pemain yang paling banyak jumlah hutang akan kena denda. Dendanya adalah pemain tu kena bayar semua hutang termasuk hutang pemain-pemain lain.
  4. Kalau syiling bergerak ke jawapan 'tidak', hutang pemain yang bertanya soalan tu akan dibahagi separuh.

Pembelot ada dalam permainan pertama ni. Tapi tak tahu lagi siapa orang tu. Watak utama, Yuichi, tak dapat kesan siapa yang jadi dalang. Masing-masing seolah-olah berlakon untuk sembunyikan identiti sebenar.

Sinopsis

Kesinambungan drama Friends Games, filem pertama ni masih lagi berkisarkan tentang permainan yang perlu 5 sahabat ni main untuk lunaskan hutang salah sorang dari mereka. Permainan kali ni diberi nama Kageguchi Sugoroku. Lebih kurang macam dam ular. Untuk menang permainan ni, pemain kena capai petak terakhir.

Ulasan

Kali ni ada beberapa rahsia yang muncul dan dalam filem ni, dalang di sebalik permainan bayar hutang ni terbongkar.

Petak laluan permainan ke-2.

Permainan dalam filem ni (Kageguchi Sugoroku) melibatkan penonton yang tengok secara live. Motif permainan kali ni adalah untuk bongkar rahsia pemain-pemain lain. Selepas selesai langkah petak dam tu, setiap pemain kena masuk dalam satu bilik dan tulis rahsia pemain-pemain lain atas kertas.

Penonton yang akan bagi markah.

Bilik untuk tulis rahsia pemain lain.

Untuk menang permainan ni, pemain kena belot antara satu sama lain. Pemain yang berjaya cecah petak dam terakhir, akan tanggung semua hutang pemain-pemain lain dan kena pergi ke level permainan seterusnya yang dikatakan paling susah.


Game ni pun ada syarat:
  1. Pergerakan setiap petak akan ditentukan oleh penonton yang tengok secara live.
  2. Setiap rahsia yang ditulis, penonton akan tentukan sama ada orang yang berahsia tu boleh dimaafkan atau tak. Kalau boleh dimaafkan, peratus yang diberikan adalah tinggi. Kalau tak boleh dimaafkan, peratus yang diberikan adalah 0%.
  3. Pemain yang dapat peratus paling tinggi akan gerak 5 petak ke depan. Pemain ke-2 tertinggi akan gerak 4 petak dan seterusnya macam tu. Ikut level.
  4. Pemain yang tak cecah petak dam terakhir, hutangnya akan dihapuskan dan tak perlu join level seterusnya.
  5. Pemain yang menipu, akan kena denda yang dipanggil Divine Punishment. Pemain ni kena bergerak ke petak depan pemain yang paling depan.


In the end, pembelot terbongkar. Yuichi berjaya guna kemahiran berfikir yang luar biasa untuk kenakan pembelot tu tanpa pengetahuan dia. Memang saspens betul tengok filem ni. Siri Friends Games ni memang banyak bercakap. Sebab setiap percakapan diorang tu ada klu dan rahsia yang akan pengaruhi jalan cerita ni.

Recommended? Ya. Sangat berbaloi habiskan masa tengok filem ni. Dapat tajamkan otak yang sememangnya dah tepu sejak pandemik melanda. Pemain yang berjaya cecah petak terakhir, kena main dalam level seterusnya yang akan diceritakan dalam filem ke-2 dan terakhir iaitu Friends Games: The Movie Final.

Menu supper hari ni: Nescafé Gula Melaka dan kek pandan kulit harimau.


Malam ni terasa lapar. Tapi malas masuk dapur masak nasi. Ingat nak masak megi tapi rasanya baru je lepas makan megi. Tak elok makan selalu. Teringat pulak masa pergi kat 7e hari tu, aku ada beli seketul air tin Nescafé. Tak bukak lagi dari hari tu. Duk tergolek dalam fridge.

Air tin gula melaka ni rasa sebijik macam rasa inti gula melaka dalam onde-onde. Rasa pekat kopi dan gula melaka. Boleh bayangkan tak? Sedap tapi aku rasa macam ada yang kurang. Tak rasa kick kopi. Macam terlebih gula melaka pun ada.

Air dah ada. Makanan? Aku bukak kek pandan yang aku beli masa singgah kat MR. DIY. Kek pandan ni masih maintain kesedapannya. Bila makan, aku paling suka lapisan tengah antara warna kuning dan hijau pandan. Lapisan tu memang manis. Macam rasa madu.

Supper hari ni semua manis. Tak tahu lah boleh tidur awal ke tak malam ni. Orang kata jangan makan manis sebelum tidur, nanti terlebh aktif sampai tak boleh tidur. Harapnya tak jadi macam tu lah. 😄

Masak Vit's Italian Mi Goreng Aglio Olio, Bolognese dan Carbonara.


Serius. Jarang nak jumpa mi goreng ala Itali atau negara-negara Eropah lain. Selalu jumpa ramen atau ramyun dari Jepun dan Korea je. Daripada cheese, black pepper, pedas sampai lah super duper extra pedas. Kalau rasa Malaysia pulak, ada laksa kari, lontong dan tom yam. Boleh katakan semua flavour yang ada sekarang, berkaitan Asia.

Memandangkan Vit's ada buat contest, konon nak join jugak. Tapi bila makan mi goreng ni, tak sangka pulak memang sedap. Rasa betul-betul style Itali. Ibarat makan spageti tapi versi megi. Rasa perencah tu memang cukup padu dan tak rasa pun makan megi. Ibarat makan spageti betul. Mungkin perencah tu yang buatkan mi goreng ni sedap.

Flavour aglio olio.

Edisi Itali ni ada 3 jenis iaitu aglio olio, bolognese dan carbonara. Flavour bolognese tu aku dah biasa makan dalam spageti. Tapi flavour aglio olio ni first time aku makan.

Dalam Bahasa Itali, aglio olio maksudya minyak zaitun dan bawang putih.

Tak pasti nak explain macam mana. Rasa berlemak dan pedas-pedas manja. Nak kata macam carbonara tak jugak. Tapi bila makan, memang feeling-feeling Itali. Bersiar-siar sambil naik sampan kat Venice gitu.

Flavour bolognese.

Flavour bolognese pulak memang rasa lah 'bolognese' dia tu. Sedap dan tak muak. Silap hari bulan, boleh makan terus sampai habis satu bundle. Rasa ngam-ngam. Tak lebih dan tak kurang. Kalau siapa pernah makan spageti kat Pizza Hut, macam tu lah rasanya. Kick dan buatkan nafsu makan bertambah-tambah.

Flavour carbonara.

Dan last sekali, flavour carbonara. Yang ni memang standard rasa carbonara. Aku selalu jugak makan spageti carbonara. Rasa megi ni memang hampir sama dengan rasa sos carbonara brand Prego. Cuma lagi light sikit. Aku rasa kes carbonara untuk megi ni berbentuk serbuk. Sebab tu rasa agak kurang kick berbanding carbonara pes atau sos.

Kalau nak dibandingkan ketiga-tiga ni, aku paling suka flavour aglio olio. Rasa peda-pedas manja, rasa minyak zaitun dan bawang putih. Fresh dan tak muak makan berkali-kali.

Drama Jepun: Friends Games (2017).


Tajuk: Friends Games
Jumlah episod: 4
Genre: Drama, psikologi, persahabatan
Bahasa asal: Jepun
Tarikh tayangan: 6 April 2017 - 27 April 2017
Siaran TV: TVK (Jepun)
Pelakon: Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Amatsuki, Yuuka Ueno, Yuki Kubota

Lama sudah aku tak tengok drama Jepun. Kali terakhir aku tengok drama Jepun kat TV masa layan drama Tokyo Friends. Tu pun masa tahun 2008 tak silap. 13 tahun lepas. TV2 tayang masa tengah malam. Waktu tu takde laptop atau PC lagi. Sanggup tidur lewat semata-mata nak tengok drama tu.

Friends Games atau Tomodachi Game ni ada 3 bahagian:

Ketiga-tiga ni ditayang dalam tahun yang sama iaitu 2017. Hebat kan? Penonton tak sempat bernafas tengok ending drama, tup tup ada dua filem. Filem-filem yang ditayang selepas drama tu, saling berkait. Mungkin sebab tu kot ditayang dalam tahun yang sama.

Sinopsis


Kisah 5 orang sahabat yang dijemput oleh karakter anime (Manabu) untuk main permainan dalam suatu tempat rahsia. Permainan ni melibatkan psikologi, emosi dan fizikal. Diorang terpaksa main permainan ni sebab ada sorang di antara 5 orang ni yang berhutang sebanyak 2 juta Yen. Untuk lunaskan hutang, orang tu jemput kawan-kawan dia yang lain untuk main sekali.

Drama ni fokus kat permainan duit syiling. Masing-masing kena letak jari kat satu duit syiling besar kat tengah-tengah meja. Untuk menang permainan ni, setiap kali soalan ditanya oleh setiap peserta, duit syiling tu mesti ada kat jawapan 'ya'. Kalau duit tu ada kat jawapan 'tidak', akan ada kesan buruk yang bakal diorang alami. 

Ulasan

Aku gigih tengok drama ni dari awal sebabnya tahun lepas, Astro ada tayang filem Friends Games kat channel Boo. Waktu tu aku tak faham jalan cerita tu macam mana. Sebab Astro tayang filem terakhir. Siri ni kena tengok dari drama. Kalau start tengok dari filem, memang akan pening dan tak tahu jalan cerita asal.


Setiap jenis permainan tak sama dalam setiap cerita. Untuk drama ni, diorang berlima kena main permainan duit syiling. Aku dah explain sikit dalam sinopsis tadi. Setiap pemain akan tanya satu soalan dan untuk menang permainan ni, duit syiling tu mesti berada kat tempat 'ya' bila soalan dijawab.

Ni bukan panggil roh tau.

Tujuan permainan ni adalah untuk uji kepercayaan antara sahabat. Nak menang senang je. Kena bagi 100% kepercayaan kat kawan-kawan yang lain. Tapi dalam 5 orang ni, ada satu pembelot. Pembelot ni yang nak kenakan salah sorang dari pemain-pemain tu. Jadi, walaupun semua dah bagi 100% kepercayaan, pembelot tu yang akan gagalkan semuanya nanti.

Drama ni best. Walaupun pelakon dan latar tempat tak banyak, tapi jalan cerita memang mind-blowing. Banyak plot twist yang tak terfikirkan dek akal. Dan plot twist ni memang saling berkait dari awal cerita sampai akhir. Tak macam sesetengah drama atau filem lain, plot twist yang tiba-tiba muncul dari mana ntah tak tahu. Seolah-olah nak sedapkan cerita, ditambah plot twist kat hujung-hujung.


Drama ni bukan macam tu tau. Plot twist drama ni memang saling berkait. Semua peserta nampak innocent. Tapi ada kisah tersembunyi di sebalik wajah. Lepas tengok drama ni, memang wajib tengok filem pertama iaitu Friends Games: The Movie. Kalau tak tengok, memang tak tahu lah kesinambungan drama ni macam mana. Jangan risau, drama ni pendek je. Ada 4 episod dan setiap episod tak sampai 30 minit pun. Memang style drama Jepun. Kebanyakan episod bawah 20 je.

Manabu yang psiko.

Sangat recommended untuk tengok siri Friends Games ni. Aku bagi 10 bintang sebab jalan cerita yang best dan buatkan kita berfikir sekali untuk selesaikan masalah.