What's up?

  • run

    HOME

Masak Vit's Italian Mi Goreng Aglio Olio, Bolognese dan Carbonara.


Serius. Jarang nak jumpa mi goreng ala Itali atau negara-negara Eropah lain. Selalu jumpa ramen atau ramyun dari Jepun dan Korea je. Daripada cheese, black pepper, pedas sampai lah super duper extra pedas. Kalau rasa Malaysia pulak, ada laksa kari, lontong dan tom yam. Boleh katakan semua flavour yang ada sekarang, berkaitan Asia.

Memandangkan Vit's ada buat contest, konon nak join jugak. Tapi bila makan mi goreng ni, tak sangka pulak memang sedap. Rasa betul-betul style Itali. Ibarat makan spageti tapi versi megi. Rasa perencah tu memang cukup padu dan tak rasa pun makan megi. Ibarat makan spageti betul. Mungkin perencah tu yang buatkan mi goreng ni sedap.

Flavour aglio olio.

Edisi Itali ni ada 3 jenis iaitu aglio olio, bolognese dan carbonara. Flavour bolognese tu aku dah biasa makan dalam spageti. Tapi flavour aglio olio ni first time aku makan.

Dalam Bahasa Itali, aglio olio maksudya minyak zaitun dan bawang putih.

Tak pasti nak explain macam mana. Rasa berlemak dan pedas-pedas manja. Nak kata macam carbonara tak jugak. Tapi bila makan, memang feeling-feeling Itali. Bersiar-siar sambil naik sampan kat Venice gitu.

Flavour bolognese.

Flavour bolognese pulak memang rasa lah 'bolognese' dia tu. Sedap dan tak muak. Silap hari bulan, boleh makan terus sampai habis satu bundle. Rasa ngam-ngam. Tak lebih dan tak kurang. Kalau siapa pernah makan spageti kat Pizza Hut, macam tu lah rasanya. Kick dan buatkan nafsu makan bertambah-tambah.

Flavour carbonara.

Dan last sekali, flavour carbonara. Yang ni memang standard rasa carbonara. Aku selalu jugak makan spageti carbonara. Rasa megi ni memang hampir sama dengan rasa sos carbonara brand Prego. Cuma lagi light sikit. Aku rasa kes carbonara untuk megi ni berbentuk serbuk. Sebab tu rasa agak kurang kick berbanding carbonara pes atau sos.

Kalau nak dibandingkan ketiga-tiga ni, aku paling suka flavour aglio olio. Rasa peda-pedas manja, rasa minyak zaitun dan bawang putih. Fresh dan tak muak makan berkali-kali.

14 comment (s):

  1. dah ada di pasaran ke? menarik, kene cari ni..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kann. Boleh terbelit lidah nak sebut. πŸ˜…

      Delete
  3. Owh! First time tengok. Nanti try cari. Hehe...

    ReplyDelete
  4. menariknya.. klau jumpa, nk beli la..

    ReplyDelete
  5. selalu je nampak kat blog..tapi bila pegi pasaraya manjang aje ammi lupa. kalau beli ni standby kat rumah pun best gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Boleh beli siap-siap. Memang cepat je habis kalau beli. πŸ˜…

      Delete
  6. Menarik ni maggi italian. Nak cari brand vits ni. Suka makan spaghetti boleh layan yang ni cepat dah mudah nak sediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lagi cepat bila ada yang segera macam ni. Orang kita kan suka makan mi segera. Lagi lah sesuai. πŸ˜…

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.