Tebus e-baucar Pizza Hut bagi yang dah lengkap vaksinasi.


Beberapa hari lepas, aku ada info yang KFC ada buat promo beli satu percuma satu Snack Plate bagi mereka yang dah selesai cucuk vaksin. Total harga RM13 untuk take-away dan kena tambah RM4 kalau nak guna servis delivery.


Kali ni, Pizza Hut pun ada buat promo beli satu percuma satu jugak. Best kan macam ni? Untung betul sesiapa yang dah setel vaksinasi. Boleh dapat piza free. Free ke? Eh tak. Kena bayar jugak.


Promo Pizza Hut ni ada dua e-baucar: RM16.90 untuk set MyBox dan RM29.90 untuk Regular Supreme. Macam biasa, kalau pernah order online sebelum ni, akan ada option untuk kita pilih topping, jenis air, fries dsb.


Sama macam KFC, kena claim dulu voucher ni sebelum boleh check out. Tapi Pizza Hut punya sistem tak auto dapat voucher tu dalam website. Sebab lepas setel claim voucher, diorang akan hantar kod voucher dalam emel. Lepas tu kita kena copy kod tu dan paste kan kat ruangan 'COUPONS' dalam website Pizza Hut.

Masukkan kod voucher dari emel kat sini.

Promo ni berlangsung selama 92 hari iaitu dari 16 September 2021 hingga 15 Disember 2021. Tapi bila dah claim voucher, kena guna dalam masa 30 hari. Sama macam KFC jugak, ada dua pilihan untuk dapatkan piza ni, sama ada pergi ambil kat kaunter ataupun guna servis delivery.

Post a Comment

16 Comments

  1. Menarik ni. Takdelah suka pizza sangat tapi boleh share pada member.

    ReplyDelete
  2. Selamat dah kita tebus voucher KFC & juga PIzza ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Waa.. untung ler.. Bagus ada inisiatif sebegini, barangkali boleh menarik orang untuk ambil vaksin.. hihi

    ReplyDelete
  4. Belum redeem lagi ni. Nanti nak redeem dulu lah then senang nak guna dalam masa 30 hari tu. Terima kasih share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Betul. Lagipun promo ni lambat lagi nak tamat.

      Delete