Filem Jepun: Friends Games: The Movie Final (2017).


Tajuk: Friends Games: The Movie Final
Genre: Drama, psikologi, persahabatan
Bahasa asal: Jepun
Tarikh tayangan: 2 September 2017
Tempat tayangan: Jepun
Pelakon: Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Amatsuki, Yuuka Ueno, Yuki Kubota, Seishuu Uragami, Silk Road, Takuma Zaiki, Hirohiko Machiyama, Daisuke Uematsu, Akiko Kato

Gigih betul aku buat review setiap siri Friends Games ni. Bukan apa, cerita mind games macam ni memang kena buat record. Nanti lupa jalan cerita macam mana. Friends Games: The Movie Final merupakan filem terakhir siri ni. Memandangkan ni filem terakhir, harus lah banyak plot twist dan rahsia yang terbongkar.

Sinopsis


Kali ni hanya 2 orang (Yuichi dan Tenji) daripada 5 pemain yang terpaksa pergi ke peringkat terakhir iaitu Yuujou Kakurenbo (Friendship Hide-and-Seek). Dalam filem ni ada dua kumpulan. Yuichi dan Tenji (Kumpulan C) akan bertanding dengan Kumpulan K dalam hutan rimba.


Tema untuk filem ni tak sama dengan versi drama dan filem pertama. Filem ni bertemakan survival game. Pemain kena bertahan dalam permainan ni dan elakkan daripada disingkirkan oleh lawan.

Ulasanspoiler alert


'Ketua' Kumpulan K (sebelah kanan).

Filem terakhir ni lagi mencabar otak. Boleh mereng aku tengok cerita ni. Kisahnya bermula lepas Yuichi dan Tenji yang kena denda Divine Punishment dalam filem kedua. Diorang berdua ni kena pergi ke level terakhir untuk lunaskan hutang. Tapi kali ni diorang bukan lawan berdua tapi kena lawan dengan kumpulan lain iaitu Kumpulan K. Kumpulan K terdiri daripada pelajar sekolah lain.

Disebabkan Yuichi dan Tenji berdua je, diorang terpaksa terima sorang ahli (yang dah kalah) dari kumpulan lain. Permainan kali ni bila makin ramai ahli, makin mudah untuk menang.

Ahli-ahli Kumpuln K.

Permainan ni, setiap kumpulan kena ada sorang wakil untuk jadi Hider (kena sembunyi) dan yang lain kena jadi Seeker (kena pergi cari Hider lawan). Hider akan bersembunyi dan kalau kumpulan lawan jumpa Hider, permainan akan tamat. Tapi bukan senang nak cari Hider setiap kumpulan tu.


Antara syarat dalam permainan ni:
  1. Pemain tak boleh guna kekerasan.
  2. Hider tak boleh tukar-tukar tempat persembunyian.
  3. Kalau pemain langgar peraturan, jumlah hutang akan berganda.
  4. Setiap pemain akan diberi telefon untuk berhubung dengan ahli kumpulan.
  5. Ahli kumpulan kena pergi sendiri ke tempat persembunyian Hider untuk bagi makanan dan minuman.
  6. Hider akan diberi Bom Give Up. Bila Hider tekan butang bom tu, kumpulan Hider tu akan auto kalah.
  7. Seeker setiap kumpulan boleh tukar untuk masuk ke kumpulan lawan. Tapi hanya sekali pertukaran je dibenarkan.

Secara teori, nak menang permainan ni ada dua cara:
  1. Cari Hider yang bersembunyi.
  2. Hider tekan Bom Give Up (kumpulan lawan akan menang).

Latar tempat permainan kali ni adalah dalam hutan rimba. Dalam filem lepas, Yuichi berjaya kantoikan pembelot. Walaupun dah berjaya selesaikan kes tu, tapi Yuichi kena tanggung hutang pemain-pemain lain. Untuk langsaikan hutang tu, dia dan Tenji berganding bahu dalam permainan ni.

Bom Give Up.

Tujuan permainan ni pun sama macam versi drama jugak iaitu kepercayaan terhadap ahli kumpulan. Kalau Hider tak percaya kat ahli kumpulan diorang, Hider tu bila-bila masa boleh tekan butang bom sebab tak tahan berjauhan dan berseorangan dari ahli yang lain.

Plot twist? Banyak sangat. Yuichi memang boleh dikatakan King yang sentiasa 10 steps ahead. Apa yang kumpulan lain rancang, dia dapat pintas dan kenakan kumpulan tu balik.

Masa tengok filem ni, aku pun memang yakin Yuichi (Kumpulan C) akan kalah. Tapi tidak. Kumpulan C tetap menang. Macam mana boleh menang? Kena tengok lah. Banyak trick yang dia guna untuk pastikan kumpulan dia menang.

Dalam filem ni, kisah silam Yuichi terbongkar.

Siapa yang cipta permainan gila ni? Siapa pengkhianat sebenar antara 5 orang sahabat ni? Apa sebab Yuichi boleh ada kemahiran berfikir yang tinggi macam KBAT? Kena lah tengok. Baru syok. Nak cerita kat sini nanti banyak pulak spoiler.

Yang pasti, siri Friends Games ni sangat menguji keupayaan otak untuk berfikir dan hadam setiap jalan cerita. Memang kena tengok dari drama. Kalau tak, kurang faham jalan cerita siri ni. Sekali lagi, sangat recommended untuk tengok. Boleh asah otak yang makin berkarat sambil isi masa terluang.


Siri Friends Games ni diadaptasi dari manga (komik Jepun). Kalau tengok manga, banyak lagi plot cerita ni. Tak tahu sama ada akan ada filem terbaru atau tak. Kalau ada, kena perah otak lagi lah.

Post a Comment

4 Comments